Mudah Aje Nak Buat Kuih Sagu Ni. Tak Perlu Masak, Kukus Aje. Patutlah Viral.

Share

Memang Kuih Sagu ini ramai peminatnya. Malah ia merupakan antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Tapi nak buatnya kena tahu resipi yang betul supaya tidak lembik dan sedap. Untuk yang baru pertama kali memasak kuih, boleh ikut resipi yang digunakan oleh puan
Zuhara JN

. Beliau berkongsi cara membuat kuih ini dengan tidak perlu memasak sebaliknya hanya kukus aje.

Ikuti resipinya yang turut viral dengan 5.9K share. Jom cuba!



Kuih sagu..
senang ja resepi dia,xperlu nak masak dulu baru kukus…saya suka. Resepi dr group nie juga..saya guna.

Bahan-Bahan:
Sagu setengah cawan.
Gula 5 sudu
Kelapa parut + garam( kukus kejap)

Cara penyediaan


Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros(saya rendam 1jam setengah)
pastu toskan, buh dalam satu bekas n tambahkan gula kacau2,
Sudukan dalam acuan n kukus selama 25-30 min..
Then gaulkan dalam kelapa..
Siap..sedap…langsung xnampak putih2..merah jernih ja kuih lepas siap…
* manis yg saya guna manis2 buah ja..kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi
* sy buat nie dapat 13 kuih yg comel..

Selamat mencuba

IKLAN