Daun bawang memang sedap digunakan sebagai bahan masakan. Malah bau wangi daun menjadi bahan untuk memasak kuih muih seperti cucur udang atau mee sup. Biasanya kita akan membelinya di kedai. Namun, kadang kala, perancangan untuk memasaknya tidak menjadi akibat kesuntukan masa. Daun bawang yang mulanya segar menjadi layu.
Mungkin, boleh cuba untuk belajar cara menanam pokok daun bawang. Puan Cik Pooja berkongsi ilmu mengenai cara tanam pokok ini. Mudah aje rupanya.
Ads
1) Pemilihan bawang
Ads
*cari bawang yg bila kita potong kepalanya,ditengah² ada warna hijau… *potong bahagian atas bawang(saya panggil bahagian kepala bawang) macam dalam pic.. *senang je nak tau bawang tu ada hijau ditgh² atau x…cuma: -pilih bawang yg dah bercambah daun,potong buang daun tu n tanam…daun tu kalau dibiarpon,nnt dia bantut..
-kalau xde bawang yg bercambah,pilih bawang yg segar n elok pon dah ok…jgn tanam bawang yg dah nak busuk,nnt cepat la dia membusuk dalam tanah…
*nnt ada la soklan diajukan,”knpa ye ada yg xbercambah²?”
Jawapannya; pokok bawang lambat bercambah sbb, xsemua bawang ada hijau ditgh² nya…kalau xcaya,try google bawang kat dapo sebjik².
Ads
2) cara tanam bawang
*ikut cara macam dalam pic..
*cara ni kita guna utk pokok bawang yg kita tanam utk kegunaan daun…
*nak tanam dalam bekas telur pon boleh,cuma kene selalu basahkan bekas telur tu selalu…
*tapi saya lebih suka tanam ditanah,lebih kukuh n cantik.
Esok Ramadhan sudah bermula. Tentu ibu ayah teruja juga untuk meraikan bersama anak-anak. Untuk menjadikan bulan ini menarik, berikut adalah beberapa idea untuk membantu menjadikan ia Ramadhan yang istimewa pada tahun ini.
1. Adakan mesyuarat keluarga tentang Ramadan
Seminggu sebelum Ramadan, digalakkan untuk mengadakan mesyuarat keluarga untuk menjelaskan tentang Ramadan. Jelaskan kepada si cilik apabila kita melihat anak bulan ia menandakan permulaan bulan Ramadhan seperti mana yang umat Islam lakukan dan bagaimana jadual keluarga akan turut berubah. Dapatkan persetujuan bersama dan cadangan daripada semua ahli keluarga akan apa yang akan dilakukan sepanjang bulan ini. Buat perancangan untuk satu bulan berkat ini. Sebagai contoh, waktu pilihan untuk bersahur, makanan pilihan untuk bersahur, tempat untuk berbuka puasa atau pilihan surau/masjid untuk bertarawih dan lain-lain.
2. Raikan kedatangan bulan Ramadhan dengan hiasan rumah yang menarik Raikan kemeriahan “Ramadan Mubarak” dengan hiasan-hiasan yang menarik dan meriah seperti belon, sepanduk dan jadual semak amalan yang besar. Libatkan anak-anak untuk membantu menghiasi rumah supaya mereka merasai kegembiraan dan tertunggu-tunggu dengan kehadiran Ramadhan.
3. Beritahu cerita Ramadan sebelum tidur setiap malam Jangan hanya bergantung kepada buku-buku kanak-kanak berkaitan Ramadan untuk bercerita tentang bulan istimewa ini dengan si pintar cilik. Kongsikan kepada anak-anak kita bagaimana pengalaman kita berpuasa semasa kita masih kecil. Ibubapa juga boleh mereka beberapa cerita berserta perancangan dengan anak anda sebagai watak utama dalam pengembaraan di bulan Ramadan nanti!
4. Membuat dan menghantar kad Ramadan buatan sendiri Oh, tentu menarik jika sebelum bulan Ramadhan bermula, kita duduk bersama anak-anak untuk membuat kad Ramadhan Mubarak. Sediakan kad itu untuk adik-beradik, datuk nenek, ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan kawan-kawan. Hantar kad tersebut walaupun masa yang suntuk. Ia pasti sesuatu yang mengujakan !
5. Membuat “goody bag” Ramadan untuk rakan-rakan mereka Sekiranya anak anda masih di tadika atau sekolah rendah, dapatkan kebenaran guru mereka untuk membuat ‘goody bag’ Ramadan Mubarak. Isi dengan gula-gula, kurma, kismis, mainan kecil dan kad kecil menjelaskan dalam dua atau tiga ayat yang pendek tentang Ramadan. Dan biarkan anak-anak untuk mengedarkan kepada rakan-rakan mereka di tadika/sekolah mereka supaya mereka sama-sama merasai kehangatan Ramadhan.
6. Membuat perkongsian mengenai Ramadan dalam kelas mereka Beri juga galakan kepada anak-anak untuk selalu berkongsi cerita dengan rakan-rakan mereka tentang perkara-perkara menarik tentang Ramadhan. Ia sekali gus akan menyebarkan kemanisan sambutan Ramadhan sesama anak-anak cilik.
7. Membuat kraf sempena Ramadhan di rumah Kraf adalah cara yang bagus untuk menerangkan dengan lebih mudah tentang Ramadan. Ajak anak-anak membuat bentuk bulan yang berbeza-beza. Tunjukkan bagaimana bentuk permulaan bulan, yang mana satu tengah dan mana yang akhir. Boleh juga buat kolaj atau dekorasi beberapa makanan kegemaran mereka untuk berbuka puasa. Oh lebih menarik lagi jika ibubapa boleh menyediakan buku aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Ia akan memudahkan pemantauan perkembangan anak-anak sepanjang bulan mulia ini.
8. Rancang satu perjalanan keluarga untuk melihat anak bulan Mahu pengalaman yang lebih istimewa? Apabila kanak-kanak memakai baju tidur mereka, bawa mereka ke dalam kereta dan ajak mereka untuk menyaksikan anak bulan Ramadan. Lakukan perkara yang sama pada akhir bulan ini. Lebih menarik jika membawa teleskop atau binokular.
9. Jemput rakan-rakan anak-anak untuk Iftar bersama-sama Biarkan anak-anak anda menyenaraikan senarai tetamu dan menu pilihan mereka. Juga, minta mereka menyediakan beberapa makanan istimewa. Kita boleh memilih beberapa resipi mesra kanak-kanak atau mereka boleh membantu dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang tidak memerlukan mereka untuk menggunakan dapur atau memotong dengan pisau. Tentu ia satu aktiviti kekeluargaan yang menghiburkan!
10. Jemput datuk nenek atau ahli komuniti lebih tua untuk Iftar bersama Setelah semua orang selesai berbuka puasa, menarik jika ada sesi bercerita di mana tetamu boleh berkongsi pengalaman bagaimana mereka melalui Ramadan semasa di zaman kanak-kanak. Ceritalah pengalaman berbeza-beza pada zaman dahulu, di negara lain juga bagaimana pula mereka menyambut Ramadhan, apakah jenis makanan yang mereka makan untuk berbuka? Bagaimana mereka berbuka puasa? Apa aktiviti menarik sepanjang Ramadhan dan lain-lain lagi. Kanak-kanak memang suka mendengar cerita dan bertanya soalandi luar kotak.
11. Membuat buku skrap untuk Ramadan ini Mengambil banyak gambar ketika semua orang sedang bersahur tentu sangat menghiburkan. Tidak ketinggalan gambar-gambar kemeriahan ketika berbuka puasa, ketika letih berpuasa, bertadarus, bertarawih dan macam-macam lagi. Jadikan satu buku skrap untuk Ramadhan kali ini. Letakkan pelekat dan hiasan yang menarik sebagai satu kenangan seumur hidup untuk anak-anak kita.
12. Ingat golongan miskin Rancang bersama anak-anak untuk menjadi sukarelawan di dapur beberapa jam pada hari Sabtu atau Ahad. Sediakan makanan untuk berbuka puasa khusus untuk golongan kurang berkemampuan. Bawalah si comel untuk menghantar makanan dan menyantuni golongan miskin. Berikan banyak dorongan untuk anak-anak suka bersedekah dan membantu mereka yang kurang berkemampuan di bulan Ramadhan.
13. Beri dorongan meskipun mereka berpuasa separuh hari
Kanak-kanak teruja untuk berpuasa apabila mereka melihat ibubapa dan adik-beradik yang lebih tua melakukannya. Tahun ini, beri galakan untuk mereka berpuasa selama beberapa jam semampu yang mereka boleh. Jangan lupa sediakan juga “Iftar” khas untuk mereka dengan beberapa makanan kegemaran mereka sebagai satu penghargaan dan sokongan.
14. Pasangkan lagu-lagu Ramadhan Apabila kanak-kanak bermain atau terlibat dalam beberapa aktiviti riadah santai, mainkan beberapa lagu Ramadan yang indah yang boleh menyemarakkan lagi semangat Ramadhan dalam diri anak-anak. Mungkin kita boleh meminta anak-anak untuk menghafal satu dua lagu Ramadhan untuk penghayatan bersama-sama.
15. Membawa mereka untuk iftar dan solat Tarawih
Tiada ada cara paling mudah untuk mengajar semangat komuniti kepada si cilik selain solat berjemaah di surau atau masjid. Biasakan anak-anak kita untuk berbuka puasa di surau atau masjid, juga bawa mereka untuk solat fardhu berjemaah dan solat Tarawih supaya mereka merasakan mereka adalah sebahagian daripada entiti masyarakat. Selain itu, bekalkan sedikit duit untuk merek biasakan diri bersedekah ketika berada di masjid mahupun surau.
Anak-anak yang belum baligh tidak diperintahkan untuk berpuasa. Namun demikian ibubapa sangat digalakkan untuk mendorong anak-anak untuk mula berpuasa sedari kecil agar mereka terbiasa melakukannya apabila menginjak dewasa. Dan supaya mereka mengetahui bahwa ibadah puasa Ramadhan merupakan salah satu kewajiban yang diperintahkan Allah SWT. Ibadah puasa sebenarnya memberi pengaruh positif terhadap emosi anak-anak. Terutamanya mengajar mereka untuk bersabar dan prihatin dengan kesusahan orang lain.
Demikian beberapa tips untuk menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan bulan Ramadhan yang penuh dengan segala macam keberkatan. Selamat mencuba, semoga bermanfaat. Dan, jika anda mempunyai tips lain yang menarik, silalah kongsikan lain-lain tips yang menarik untuk manafaat bersama. Ramadhan Mubarak!
Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut.
Justeru, sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Perkongsian dari Muhammad Hassan ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas,
Bantu isteri banyakkan berjalan,
Bantu isteri susukan anak,
Bantu isteri tukar lampin anak,
Bantu isteri mandi,buang air,
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
-Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
-EncikMatt-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai oleh setiap suami. Walaupun mungkin mereka cuma seorang suri rumah, tetapi besar pengorbanannya terhadap keluarga.
Dalam satu perkongsian, saudara Helmi Abu Bakar berkongsi pengalaman mengambil alih tugas menguruskan anak dan rumah selepas isterinya dimasukkan ke hospital kerana bersalin. Akuinya, dua hari menggalas tugas dan tanggung jawab tersebut, barulah dia tahu betapa susahnya dan mengakui tak mudah melaksanakannya.
Dah 2 hari isteri aku kat hospital angkara bersalin.
Sedih nya lagi aku xbole jaga dia dan x dibenarkan melawat untuk kurangkan pergerakan.
Ini kisah nya. 2 hari juga aku mengambil alih tugas isteri. Anak sulung aku 4 tahun usianya wanita. Segala tugas sebelum di pikul isteri aku galas.
Ini rutin aku. Dari basuh pinggan, terlungkup pinggan (yg ni aku paling tension). Basuh kain, jemur kain, lipat kain. Ini aku panggil kerja sakit 3 serangkai. Ianya sngat menguji minda. X letih tp mencabar.
Dulu isteri aku pernah ajar bila nak basuh kene check poket dan sbgai nya takut kalau ada objek, lepas tu kene asing kan pakaian aku dan anak berbeza basuhan. Dan paling tricky kene tahu jenis sabun dan pewangi berbeza setiap basuhan. Arghhh mencabar nya. Ini bab kain.
Belum sebut pasal masak lagi. Hari pertama aku masak nasi goreng, rujuk YouTube dan acah2 buat live kat Fb nak canang kita power pada kenalan. Niat dah riak nasi goreng hangus hasil nya.
Perangai Anak. Bukak je mata anak aku dah buat hal. Kencing atas tilam. Aduh. Suruh mandi dia bergolek tunjuk perasaan, nak ummi mandikan. Aku punya radang rasa nak gugur jantung. Breakfast aku masak fries dia nak soup. Buat susu dia nak milo, dah siap milo minum depan TV layan upin ipin. Ckp minum kat meja takut tumpah. Belum habis cakap milo tersiram atas karpet.. Arghhh stress nye. Mainan berselerak mcm perang dunia tambah lagi yg terpijak sakit mcm kene periuk api.(Rujuk gambar)
Baru 2 hari guyss. Aku tertekan, rambut makin gugur. Selama ni aku rasa mudah tugasan isteri aku di rumah. Pernah dulu aku terkasar bahasa kat dia ” kau buat apa satu hari kat rumah! “ Bentak aku pada isteri bila aku tengok sepah kat rumah dan hidangan belum sedia. Aku menyesal.
Betapa hebat isteri yg jadi suri rumah ni. Kerja mereka tiada skop. Selagi terbuka mata selagi itu ada saja kerja yg perlu diselesaikan.
Baru aku tahu betapa besar pengorbanan isteri aku. Dia nak makan luar aku tegah, dia nak ” me time” aku sekat nak hooray dgn rakan sebaya aku larang!
Nak bagi wang saku berkira, dia ajak bercuti aku culas, nak bayar dia insurans aku lewat, Apatah lagi nak letak nama dia sbgai penerima hibah jauh skali.
Kalau ada di antara korang perangai mcm aku mari kita sama-sama perbaiki diri. Ni cara tegur diri aku jgk.
Kalau bini korang x sedap dah. Keluar sedikit wang bagi dia gi spa ke. Jgn keluar cari perempuan lain. Hihi Isteri yg jadi suri rumah adalah mulia. Aku rasa kalau maid bole demand gaji pasti dia x bersetuju dgn gaji minima. Kerja kat rumah ni bole tahan banyak nya. Isteri kita je tabah.
Ya Allah adakah aku ketua keluarga yg x bertanggungjawab dan leka. Ampuni aku🙏.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.