Tular di media sosial berita mengenai bayi tertukar di sebuah hospital swasta telah menarik perhatian masyarakat Malaysia. Bagaimana kedua ibu bapa ini telah menemui bayi sebenar setelah menghubungi pihak hospital.
Mujur kejadian ini disedari kedua ibu bapa bayi berkenaan. Bimbang jika sebaliknya ia akan melibatkan nasab keturunan. Moga kejadian ini jadi iktibar buat yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
Allah terima kasih satukan kami , automatik kami dah jadi family . siti tak sangka Allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni.
Syukur suami terdetik hati nak lihat tag nama bayi
Terbaru menerusi berita di Buletin TV3 hari ini siaran 13 Jun 2021, kedua ibu ini telah ditemubual mengenai perasaan setelah dibertemu kembali bayi sebenar mereka. Suasana kelihatan emosi apabila kedua-dua melahirkan rasa sayang kepada bayi berkenaan kerana telah menganggap seperti anak sendiri.
Ads
Menerusi temubual berkenaan puan Siti Suriani Wahiddin, 23, atau Siti Jamumall melahirkan rasa syukur apabila suaminya terdetik untuk melihat tag nama yang dipasang pada bayi berkenaan.
“Ya, Allah kalau Engkau tak jentik hati suami saya untuk tengok nama tu, sampai bila-bila aku tak jumpa anak aku.”
Tengok bayi sendiri tapi teringat bayi puan Siti
Manakala Diana Hanani Abdullah, 23 hanya menyedari setelah dihubungi oleh pihak hospital.
Beliau yang melahirkan anak secara pembedahan yang sama sehari sebelum Siti Suriayani berkata kejadian itu membuatkan emosinya terganggu.
“Suami mengelebah cari balik gelang tu. nasib baik sampah tu belum buang lagi. Memang betul nama puan Siti Suriayani.
Ads
“Kami baru teringat yang kami ada ambil gambar anak hari pertama, kami fikir muka tak sama. Tapi just fikir baby berubah muka.Lagi pun kami ini adalah anak pertama.
“Saya rasa lain sebab saya dah anggap anak puan Siti tu macam anak saya sendiri. Lagilah pengalaman anak pertama kan.
“Lepas tu, dah dua hari saya dan suami jaga. Balik tu memang kami nangis lah. Tengok anak sendiri tapi teringat anak orang lain.
Menurut laporan ini, mereka dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai kejadian ini kepada pihak hospital.
Nyata secara tersiratnya, hubungan ibu susuan ini akan kekal berpanjangan. Pasti ada hikmah buat pasangan kedua ibu bapa ini.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa syukur setelah kedua pasangan ibu bapa ini telah menemui anak masing-masing.
Kanak-kanak 7 tahun lemas dalam kolam renang, Ahmad Firdaus Iqbal akhirnya pergi jua. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Melaka akibat insiden lemas di sebuah kolam renang, disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Kanak-kanak 7 Tahun Lemas Dalam Kolam Renang, Ahmad Firdaus Iqbal Akhirnya Pergi Jua
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, yang turut mengesahkan kesahihan poster tular daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3, Johor mengenai pemergian anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, jenazah kanak-kanak tersebut yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik telah diserahkan kepada keluarganya pada jam 12.05 tengah hari untuk urusan selanjutnya.
“Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, media melaporkan tentang insiden malang yang menimpa sebuah keluarga apabila percutian mereka bertukar menjadi tragedi. Dalam kejadian pada Ahad itu, Ahmad Firdaus Iqbal ditemui dalam keadaan kritikal selepas dipercayai lemas di kolam renang sebuah rumah inap yang terletak di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.
Siapa tak kenal dengan penyanyi rap tanah air, Altimet yang kebanyakan lagunya ditulis dengan bait-bait lirik secara bersahaja menyelitkan unsur nasihat yang cukup bermakna. Terkini dia turut berkongsi nasihat yang dititipkan untuk anak sulungnya bersempena ulang tahun kelahiran anaknya.
Melalui coretan itu, Altimet berharap agar anak remajanya sentiasa di dalam rahmat Allah dan tidak akan melakukan sesuatu perkara yang boleh memberikan kesan buruk pada nama keluarga.
“Selamat ulangtahun kelahiran, ya hamba Allah. Dah masuk usia Baba kena layan mcm kawan dah ni. Baba doakan jadi orang yg lebih baik, lagi soleh, lagi padu dari Baba.
“Pergi mana mana bawak nama Baba, Jangan jadi punca air mata Mama..”
Kata nasihat ini turut mendapat perhatian warganet dan merasakan nasihat ini sangat bermakna. Dan itulah juga menjadi harapan setiap ibu bapa kepada anak-anak agar tahu menjaga nama baik keluarga dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.
Jodoh tak panjang. Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dan Nina Ismail memaklumkan kepada ramai yang mereka telah pun berpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Melalui Instagramnya, Jovian berkongsi kisah duka itu selepas bersama-sama melakukan siaran langsung produk mereka di Tik Tok.
Pun begitu kata Jovian, dia dan Nina namun tetap bersahabat baik untuk kesejahteraan dan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak mereka, Jeanelle.
“Kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, dan setakat ini, kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.
“Kasih sayang kita terhadap ibu bapa dan keluarga juga tak berubah. Kita yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah perancang yang paling hebat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, sokongan dari semua yang sentiasa memberikan sokongan buatnya dan Nina sepanjang 10 tahun berkahwin menjadi suatu perkara yang cukup berharga dan akan terus diingati oleh mereka.
“Sepanjang sedekad yang lalu, ramai daripada anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami akan sentiasa menyimpan tahun-tahun ini di hati kami.
“Sokongan anda untuk #Jovianina sangat berharga, dan kami berharap anda akan terus menyokong dan menyayangi kami seperti yang anda lakukan,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.