Pening kepala memikirkan bagaimana nak suburkan tanaman? Bagi ibu-ibu yang suka berkebun dan bercucuk tanam, melihat tanaman subur menghijau dan bersih pasti terasa puas hati.
Apa lagi kala melihat kesemua tanaman ini berbuah dengan lebatnya.Baik apa jua tanaman samada sayur atau pohon bunga-bungaan, selain baja yang membantu menyuburkannya, baja organik iaitu daripada bahan semulajadi adalah bahan terbaik bagi satu-satu tanaman itu sendiri.
Apakah bahan-bahan semulajadi itu?
Rambut Manusia
Ads
Ketika memotong rambut, orang-orang tua selalu meminta meletakkan lebihan rambut yang digunting ini di bawah pokok terutama pokok pisang. Mitos mengatakan kepala menjadi lebih sejuk mungkin ada benarnya, namun fakta yang lebih tepat, rambut ternyata membantu satu-satu pokok itu jadi lebih subur.
Rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan? Jadi jika menggunting rambut, jangan malas untuk menyumbangkan nitrogen ini dengan menaburkan rambut yang telah digunting di kawasan berhampiran tanaman anda.
Ads
Teh Sebagai Mineral
Ya ini benar. Lebihan uncang teh atau lebihan air teh jangan pula terus dibuang sama sekali. Sebaliknya simbahlah pada pasu tanaman anda. Mineral yang terkandung pada seuncang teh besar khasiatnya pada pokok dan bunga anda.
Siramlah setiap hari, hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga.
Kulit Pisang
Ads
Kulit pisang tanpa ada tahu menyimpan khasiat yang cukup hebat dalam membantu menyuburkan tanaman. Kulit pisang kaya kalsium dan magnesium yang sangat baik untuk menyuburkan tanah. Letakkan kulit pisang di dalam pasu tanaman anda atau di atas tanah, sekitar tanaman anda agar tanaman tumbuh dengan subur. Apa yang perlu anda tahu, kulit pisang ini juga cukup mujarab bagi menyuburkan pokok tomato. Kena cuba!
Hampas Kopi
Tidak hanya teh, kopi juga memainkan peranan yang sama. Jangan buang hampas kopi sebaliknya tapiskan dan taburkan di atas tanah tanaman anda. Tanaman hiasan terutama pokok bunga amat memerlukan mineral daripada kopi ini. Lakukan ini dengan kerap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu cabaran dalam membesarkan anak-anak adalah apabila anak mengamuk untuk memiliki sesuatu barang. Jika tidak mengikuti kemahuannya, pasti menangis. Boleh serabut dibuatnya.
Jangan pintas, biasanya ibu ayah akan ikuti permintaan anak itu. Beli si anak sudah dapat apa yang dihajatinya, terus diam tanpa tantrum lagi. Esoknya buat hal lagi. Tantrum bila kehendaknya tidak diikuti. Ibu bapa ikut sahaja. Dan seterusnya berulang kali ia berlaku.
Namun, hakikatnya cara ini salah! Ia mendidik emosi anak bahawa dia telah mengawal kita. Seharusnya kita kena tegas untuk tidak mengikut kehendak anak. Ketika ini hati kena kering. Bukan tidak berduit untuk membeli tetapi untuk mendidik emosi anak. Ikuti perkongsian saudaraMuhammad Hassan mengenai isu ini.
Ada kenalan datang ke pejabat saya. Katanya anak dia selalu Tantrum apabila masuk pasar raya. Tengok apa yang dia nak terus guling guling jika tak bagi. Akhirnya mengalah dan terpaksa beli juga apa yang dia nak.
Saya kat perbuatan itu salah. Saya kongsi kepada beliau tentang cara nak kawal anak tantrum. Antara caranya saya pernah tulis perkongsian ini di facebook sebelum ini:
Anak TANTRUM boleh diibaratkan seperti seseorang sedang lemas . Mereka tantrum sebab TIDAK DAPAT apa yang mereka mahukan . Orang lemas jangan terus kita tarik mereka, biarkan mereka tenggelam sedikit baru tarik.
Begitu juga anak tantrum, biarkan mereka berguling-guling dan kita jauhkan sedikit, pastikan tempat mereka berguling-guling tidak bahayakan diri mereka dan orang lain.
Jangan malu dipandang orang, kita sedang didik emosi anak. Jangan hati basah, Hati mau kering.
Anak tantrum terus belikan apa yang mereka mahukan, ini salah. Jika kita sedang melihat anak orang lain sedang tantrum jangan pula kita layan anak itu, anak tantrum perlukan simpati bahkan dari orang lain juga. Jika kita layan, nanti mereka akan mulai faham orang lain lebih simpati dari ibu bapa mereka sendiri.
Paling terbaik kita dapat kesan dari awal symptoms tantrum. Bawa sesuatu dari rumah seperti permainan atau buku bacaan mereka, cuba alihkan perhatian mereka dari arah lain. Berkomunikasi lebih awal dengan mereka sebelum terkeluar dari mulut apa yang mereka mahukan.
Kita perlu bijak untuk menangani masalah tantrum dengan emosi yang lebih baik dan tenang, bukan dengan marah, jentik telinga atau tengking mereka.
BAHAYA TENGKING ANAK
Betapa bahayanya jika kita ajar tengking mereka.Otak mereka akan mula proses perkataan-perkataan dan nada yang kita guna. Tidak hairanlah jika suatu masa nanti mereka tiba-tiba tengking kita balik, lawan cakap kita. Jadi, hentikan tengking anak untuk betulkan kesalahan mereka. Diam juga salah satu cara untuk menangani tantrum. Biarkan, nanti mereka akan penat dan tenang.
Apabila mereka tenang ajak mereka makan, sekarang kita nak didik emosi mereka supaya faham dengan tindakan kita. Kita bukan tak mampu nak beli apa yang mereka mahukan. Gula-gula je pun, tetapi jika dilayan mereka akan makin ‘naik kepala’. Terangkan kenapa tidak boleh beli mainan mereka nak, gula-gula mereka nak.
“Muhammad, abi bukan taknak beli kereta kontrol tu, tapi duit abi tak cukup, jika abi beli habis duit abi, kesian umi tak dapat beli sayur, beras, nanti kita nak makan apa? Uminya pandailah buat-buat muka sedih, nanti bila mereka tengok kita emosi sedih, mereka pula akan simpati dengan kita.
Tentang gula-gula atau jajan cerita keburukan makanan tersebut. Tak bagus untuk kesihatan, makan gula-gula nanti boleh kena kencing manis, rosak buah pinggang, rosak gigi dan usus. Gula-gula dan jajan adalah perosak.
Mereka mulai faham, kesian umi dan abi tak boleh beli kereta kontrol sebab nak beli sayur dan beras. Patutlah tak bagus makan gula-gula dan jajan, rupanya tak bagus untuk kesihatan.
Masih tantrum? Itu kerja abi lah, angkat atau peluk mereka terus bawa masuk kereta. Nanti dalam kereta dah penat, kena aircorn tidurlah mereka. Balik rumah baru terangkan kepada mereka.
Anak tantrum? kawal pemakanan, elakkan jajan, gula-gula, makanan segera. Bagi perhatian kepada mereka dirumah. Ketika mereka sedang bermain, join mereka. Tantrum juga berlaku juga disebabkan oleh kurang perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Anak sedang bermain mak ayah sibuk dengan HP. HENTIKAN!.
*Jika berlarutan bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.
HADIAHKAN SESUATU UNTUK ANAK DENGAN PENUH SIFAT KASIH SAYANG BUKAN DENGAN SIFAT BAKHIL.
Memahami apa itu demam secara asasnya semua maklum, bila kita sentuh pada bahagian badan terasa panas dan bila diambil suhu tinggi melebihi 37.5 °c.
Pun begitu, istilah orang dulu-dulu ada pelbagai jenis demam; ada kata demam panas, demam urat, demam kus-kus dan bermacam-macam lagilah jika ingin disenaraikan.
Memahami apa sebenarnya jenis demam mengikut kaca mata bidang perubatan, jom kita baca perkongsian doktor ini agar kita sebagai ibu merangkap ‘doktor’ untuk ahli keluarga memahami tentang hal demam ini.
Ini memandangkan, demam sering sahaja mudah mengganggu kesihatan kita seisi keluarga.
Semoga perkongsian ini dapat memberi info untuk pengetahuan bersama.
” Saya demam urat”
” Dia demam kura ”
” Anak sedara demam beralih bulan”
” Saya demam sebab kena hujan ”
Apebenda demam ni semua?
Betul ke wujud demam2 seperti list kat atas tu?
Manusia DEMAM kerana 2 sebab je, iaitu sebab jangkitan & sebab bukan jangkitan.
Baca seterusnya, jangan malas membaca.Membaca jambatan ilmu.
Virus dan bakteria tak dapat survive dalam badan manusia dengan kenaikan suhu badan, waima ada yang gagal hanya dengan kenaikan 1- 2 darjah celcius.
Maka DEMAM itu ialah salah satu dari sistem pertahanan tubuh badan kita.
Bila sistem imun badan mengesan adanya jangkitan, otak ( di bahagian hypothalamus ) akan setting semula sistem thermostat badan kita supaya suhu asas ( core body temperature) badan dinaikkan beberapa darjah.
Core body temperature yang telah naik ini, kini dianggap normal. Maka badan kita secara teknikalnya akan merasa ‘sejuk’.
Rasa sejuk ini pula akan mencetuskan tindakbalas menggigil, so that otot otot yang bekerja menggigil ini akan menghasilkan haba. Haba inilah yang akan naikkan suhu badan — maka demam lah kita.
Selain kerana jangkitan, kita juga boleh demam kerana:
– Penyakit keradangan ( inflammatory diseases ) / penyakit autoimmune , contohnya Rhematoid Arthritis, SLE,
– Simptom sesetengah jenis kanser, seperti Leukemia & Lymphoma.
– Penyakit hyperthyroidism ( tinggi hormon thyroid)
– Kesan sampingan ubat, contohnya ubat anti-psikotik.
– Kesan sampingan sementara setelah ambil vaksin
– Penyalahgunaan dadah ( drug abuse ), contohnya ambil amphetamine , kokain.
Jika sebelum ini pihak kerajaan membenarkan ziarah hari raya hanya boleh dilakukan merentas daerah sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa, hari ini kerajaan mengeluarkan maklumat bahawa perjalanan tersebut hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.
“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.
“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya.
“Jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah. Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi. 20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial dalam rumah tersebut.
“Bagaimana pun semua pihak masih perlu mengikuti SOP ketika beraya dengan sentiasa menjaga penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta amalan kebersihan diri,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di