Siapa peminat pastry, setiap kali masuk dalam kedai bakeri pasti akan ambil puff. Tak kisah lah puff sardin ke, ayam ke, asalkan nampak sedap pasti akan dipilih! Betul tak?

Sebenarnya nak buat puff macam tu kat rumah tak susah pun tau… Sebab sekarang ni macam-macam produk segera dijual di luar, kita tinggal rajin tak rajin nak masak je!

Misalnya resipi yang akan dikongsikan hari ini iaitu puff sardin. Tak perlu nak susah-susah uli kulit pastry tu, guna je yang ada jual ready made. Nak tahu macam mana nak buat? Jom tengok perkongsian di bawah!

Resipi Puff Sardin Ala Kedai Bakeri

Puff sardin utk minum ptg hrni…resepi paling simple dan senang utk di buat…guna kulit pastry segera…
Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin je…. Bahan sampingan bwg2 dan cili utk masak sardin dan sebiji kuning telur utk di sapu ats pastry..
Cara2 ada di setiap gambar 😘

Bahan-bahan:

Kulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil je dalam 10 keping)
Sardin
Bawang putih
Bawangholland
Cili
Garam
Gula
Kuning telur

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

Cara-cara penyediaannya:

Inti Sardin:

IKLAN

1. Mula-mula hancurkan sardin.

2. Kemudian, tumis bwang putih, bawang holland dan cili sampai garing.

3. Seterusnya, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk inti sardin!

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

Puff Sardin:

1. Ambil pastry dan potong macam gambar di atas. Dan masukkan inti.

IKLAN

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

2. Lipat segi tiga pastry dan tekan dengan garfu.

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

3. Sediakan kuning telur dan sapu atas pastry.

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap! Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

4. Tabur pasley, kalau takde abaikan je.

IKLAN

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

5. Sedia untuk di bakar. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Siap!

Mudah Betul Nak Buat Puff Sardin Kat Rumah. Tak Perlu Uli Pastri, Guna Yang Segera Je, Siap!

Sedia untuk di nikmati panas-panas! Wah nikmatnya. Kalau beli kat kedai biasanya dah tak dapat yang panas macam ni.

Beli kat kedai, sampai rumah dah sejuk. Buat sendiri lagi puas hati kan. Nak buat banyak mana pun boleh. Puas nak makan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Mastura Razali

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI