Anda peminat tempe, selalu beli di kedai kan. apa kata kali ini buat sendiri je. Mungkin makan masa sedikit tetapi mudah je caranya. Bahan pun simple je.Jom kita cuba buat sendiri Tempe, lihat cara-cara yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!Tempe biasanya dikaitkan dengan orang jawa sebab katanya ini makanan yang dicipta oleh orang jawa dan menjadi sebahagian dari makanan ruji orang jawa. Memang tak dinafikan, sejak kecil lagi saya dah terbiasa makan tempe. Macam-macam menu masakan dari tempe dah biasa saya makan. Teringat masa sekolah rendah dulu, ada rakan sebaya yang dikategorikan sebagai ‘budak nakal’ di sekolah, selalu mengejek saya dengan panggilan; jawa tempe. Sakit betul hati masa tu! Dengar cerita ‘budak nakal’ tu dah arwah sekarang (Al-fatihah).
Itu cerita dulu. Kalaulah boleh diputarkan semula masa, tentu saya bangga dipanggil jawa tempe dulu.. Mana taknya, tempe ni super food tau! Tempe is incredibly healthy and nutritious (please google atau baca info dan fakta yang sah tentang kebaikan tempe).
Beberapa hari lepas saya buat tempe. Nak buat tempe ni kosnya sederhana. Cara pembuatan dan proses menyudahkannya yang lama. Kalau nak cuba, resipinya ada di bawah ya!

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!TEMPE
Bahan-bahan:
500grams kacang soya (soy bean)
1 sudu teh ragi tempe
1 sudu makan cuka masakan
Daun pisang secukupnya
Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!Cara-cara:
1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas.

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!

4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!
5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).

IKLAN

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!
6. Timbang 50grams campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!
7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!
8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (saya letak dalam Tupperware dan simpan dalam stor).

IKLAN

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!
10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut citarasa. Happy trying!

IKLAN

Mudah Je Buat Sendiri Tempe Homemade Di Rumah. Guna Tiga Bahan Je, Chef Ni Kongsikan Resipinya!

#tempe #tempeh #tempe #caracarabuattempe #tempehomemade #homemadetempe

Tip dari Chef Sue:

*Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Saya guna kacang soya organic.
*Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau di Lazada atau Shoppe.
*Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir).
*Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna.
*Timbangan 50grams setiap bungkus dari 500grams keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe size kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
*info selanjutnya ada di gambar-gambar ya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI