Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah.
Dengan hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka, mesin basuh bersih berkilat.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
Ads
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak. Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah. Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Ads
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
“Manis Sangat”-Nad Zainal Raih Pujian Ramai & Akui Masih Dalam Fasa Belajar Berhijab!
“Cantiknya Nad berhijab”, “Manis sangat, Semoga terus istiqomah”, itu antara komen dan doa peminat Nad Zainal apabila pelakon berbakat besar itu membuat hantaran beberapa keping gambar dan video di akaun instagramnya yang memaparkan dirinya berhijab.
“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan saja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja.”
“Saya masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa. Ada saja watak yang tak berhijab. Lagi pula, masih ada beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dulu, jadi saya perlu lunaskan.
“Saya memang tak ada nak berjanji dengan orang ramai pun nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah. Tapi saya memang akan menjaga ‘posting’ (hantaran) selepas ini untuk kurangkan gambar ‘free hair’,” jelasnya sebagaimana memetik temubual bersama pihak media.
KELUARGA juga turut mendoakan yang baik-baik buat Nad Zainal.
Dalam masa sama, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berasa sangat gembira apabila mendapat banyak ucapan dan doa daripada peminat mengenai penampilan itu.
“Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak ada nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi. Macam dikatakan tadi, sebab ada saja perkara lain yang masih ‘on going’ saya tak berhijab.
“Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira bila ada orang mendoakan,” katanya.
Selain itu, Nad juga berkongsi Travelog yang diusahakan bersama pelakon Ungku Ismail Aziz untuk saluran YouTube mereka iaitu UIA x NZ bakal ditayangkan bulan depan.
“Insya-Allah, saluran ini akan dilancarkan serentak ketika drama Cina Buta ditayangkan nanti,” katanya.
Melihat pokok buah-buahan berbuah lebat memang teruja dibuatnya dan apatah lagi jika telah masak ranum buah-buahnya. Mahu sahaja dipetik dan tentunya sedap dimakan. Sebab itu juga tidak hairanlah akan membuatkan sesiapa pun ingin untuk mencuba menanam pokok buah-buahan untuk dapat dinikmati hasilnya bersama keluarga tersayang.
Pun begitu, buat anda yang pertama kali ingin bercucuk tanam bolehlah membaca perkongsian ilmu bab tanamam oleh Mohd Ikhwan yang sebelum ini menanam cempedak dan dapat dilihat hasilnya memang cukup ‘meriah’. Nak tahu apa rahsianya, ikuti tip dan cara yang dikongsikan ini.
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.
Tip tanam pokok buah.
1. Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan. Kalau tanah keras sangat tu memang takleh nak tolong. Walaupun size polibeg tu kecik je, takpe. Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ni penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur
2. Selepas pokok dah di tanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa2 yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.
3. Selepas tanam pokok. Kena siram dengan air secukupnya. Tanam sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.
Selamat mencuba. Insyallah kalau diizinkan Allah, pokok akan hidup dengan cantik.
Suami isteri kalau tidak bergurau senda dan asyik serius sahaja tanpa usik mengusik tentu hubungan tidak indah jadinya. Bahkan tidak dapat dinafikan salah satu cara untuk buat pasangan makin rapat dan rasa bahagia berpanjangan adalah bila suami atau isteri rajin bergurau.
Apatah lagi jika dapat pula pasangan yang suka menyakat, ada sahaja idea kelakar yang akan dibuat olehnya hingga bukan sahaja pasangan rasa gelihati bahkan anak beranak tertawa dengan usikan yang diberikan.
Sama jugalah kisahnya bila Puan Junairah Ab Rahman yang berkongsi usikan yang diterima daripada suaminya apabila menghadiahkan kotak barangan kemas yang mana di dalamnya diisi dengan kiub ayam.
Menurut Puan Junariah, begitulah sikap suaminya yang sedari dulu suka menyakat. Dan diakui pemberian kotak merah di pagi hari daripada suaminya itu membuatkan dia terkejut dan pada awaknya memang tidak syak apa-apa pun. Disangkanya kotak merah tersebut berisi emas tapi lain pula di dalamnya bila mana dipenuhi dengan ‘gold bar’ kiub ayam.
Menurut Puan Junariah lagi, ketika suami bagi hadiah masa tu anak tak ada di rumah. Anak-anak dapat tahu pun dalam status whasApp yang saya post. Tapi anak-anak memang tahu perangai nyakat papa diaorang.
Anak-anak telah ‘masak’ dengan perangai papa mereka.
Tak Kecil Hati
Berkongsi perasaan yang dirasai oleh Puan Junariah berkenaan gurauan manja suaminya itu, nyata tidak sedikit pun dirinya terasa hati. Bahkan Puan Junariah turut berkongsi di fbnya mengucapkan tanda terima kasih kepada suaminya dengan menulis “Terkejut si isteri pagi2 dapat kotak merah berisi gold bar bila suami faham benar dengan minat dan citarasa isterinya. tq cik somi …i lap you tau…amboii..pandai noo, buat lawak kat cheq..”
Suami yang kuat menyakat namun cukup membahagiakan.
Nyata, sekali pandang memang nampak serupa bentuknya dengan golden bar dan demikian ada juga netizen yang mendakwa turut dapat hadiah ’emas’ lagi banyak daripada Puan Junariah dan perkongsian ini membuatkan ramai tertawa. Terasa lucu!