Cuti-cuti ini memang anak-anak mempunyai  pelbagai permintaan termasuk jenis hidangan untuk seisi keluarga. Malah ada yang meminta memasak makanan manis. Sekali-sekala tak mengapa. Apa kata, anda mencuba resepi viral yang mudah ini iaitu membuat Choho Jar bertih beras untuk anak-anak. Untuk membuatnya pun mudah. Boleh juga minta bantuan anak-anak untuk menyediakannya. Jom kita semak cara penyediaan resepi ini dikongsi oleh Puan Cik Puan Hana.


CHOCO JAR TERLAJAK SEDAP

Bahan-bahan:

*Sekilo bubble rice
*Coklat BERYLS Milk Chocolate
*Minyak masak secukupnya

IKLAN

Nota: Sekilo bubble rice. Ni leh beli kt kedai jual brg kek. Tak sampai RM10 pun unntuk sekilo
Then beli coklat jenama BERYLS. Amik yang MILK CHOCOLATE ye baru lah terlajak sedap.
Pastu minyak masak secukupnya. Haa tu je bahan2 dia.. Jgn lupa cup utk chocojar ye..

Cara-cara membuatnya:

IKLAN

Goreng tanpa minyak (sangaikan) bubble rice ni dalam kuali. Atau jika bimbang hangus boleh gunakan dalam oven, suhu 100° dalam 10 minit je. Agak dah rangup krup krap ok dah tu.. Then biarkan sejuk. Sementara tu, cairkan coklat Beryls ye. Nak double boiled atas dapur pon boleh tapi saya guna rice cooker je. Bekas pula saya guna kuali kat kedai RM2 je. Jimat kos. Pastikan bekas coklat tu kering ye Jangan ada setitis air pun dalam tu. Sat g menangis meraung lah korang tgok coklat korang tak cair cair.
Kemudian coklat dah cair, buh minyak masak sikit2. Agak-agak dah cair, kira ok dah tu.. Jangn pekat sangat, nanti chocojar mudah keras.. Tak sedap ye puan puan. Kemudian, buh lah bubble rice yang dah dibakar or disangai tu dlm bekas, then curah lah coklat yg da cair tu.. Make sure coklat tu da sejuk n bubble rice tu da sejuk, baru satukan mereka berdua ye.. Baru lah bagai pinang dibelah dua

Berikut gambar penyediaan: 

IKLAN

Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu! Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu! Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu! Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu! Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu! Mudahnya Buat Choco Jar Terlajak Sedap, Rupanya Guna Coklat Perisa Susu!

Sekian sahaja resepi CHOCOJAR TERLAJAK SEDAP. Buat ye, jangn amik resepi pastu simpan wat pusaka macam kawan-kawan i yang lain tu. Nak nampak mewah dan sedap lagi, buh lah serdak-serdaj oreo ke, kit kat ke, cadbury ke atas dia.. so nampak mewah lah n leh up hrga.. Then guna bekas chocojar yang lawo sikit.. Doakan saya dan anak-anak sentiasa sihat, murah rezeki ye. Aamiin

Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI