Biasanya bila teringin makan tauhu, kita akan membelinya tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah
Malah, jika ibu-ibu buat sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, banyak yang anda boleh dapat tauhu.
Bulan ramadan ini, tak salah jika berkongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
1. Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
Ads
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
Ads
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
Ads
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang sebelum ini sihat dan ceria, kini terlantar sakit tidak berdaya. Lebih menyedihkan, si kecil kini ditidurkan dengan bantuan oksigen akibat jangkitan kuman dalam darah selain kahak telah menutup bahagian paru-paru sebelah kirinya.
Kisah si kecil ini dikongsikan sendiri oleh ibunya Adinda Kandadalam facebook. Semoga adik Putera Alif Salahuddin Al Azim kembali sembuh seperti sedia kala.
Bismillahhirahmannirrahim…Alhamdulillah…ramai org yg doakan kesembuhan boboi…dan ramai jugak yg bg kata2 semangat utk ibu n papaAlhamdulillah sedikit sebanyak ibu mndapat semngat…ibu akui bukan mudah utk ibu hadap apa yg sekarang trjadi dihadapan mata ibu..
Menyaksikan ank yg ibu kasih dan cinta bertarung nyawa melawan kesakitan…air mata ibu x mampu lg ibu keluarkan…hanya hati yg meruntun dan mnjerit ….Allahu….kuatlah wahai putera ibu…doa ibu x akan pernah berhenti …berjuanglah sayang….moga2 keajaiban akan hadir bersama kekuatan kita..
Jngn pernah mngalah sayang….ibu tahu boboi kuat….ibu tahu boboi nk sgt ibu peluk dan cium boboi mcm dlu…ibu jugak tahu boboi nk sgt ibu bergurau dengan boboi….sabar ye sayang…ibu x akan pernah mngalah….selagi kita kuat dan berdoa harapan x akan pernah pudar…kepada semua sahabat…tolong doakan kesembuhan putera saya..
Dia skng dimasukkan ke dalam icu.. akibat jngkitan kuman dlm drah…jngkitan kuman dlm paru2 n kahak block paru2 seblah kiri….buat masa ni doktor trpksa tidurkan dia dan berikan bntuan oksigen…..
saya hrap sgt bntuan dari sahabat2semua….bkn sya mnta bntuan wang ringgit…cukuplah sekadar doa yg ikhas…manalah tahu salah satu dari doa sahabt2 semua Allah makbulkan…..amiiinnn
DOA BUAT PUTERA ALIF SALAHUDDIN AL AZIM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan cuaca yang tengah panas sekarang,memang sedap elok la resepi agar-agar santan pandan kami berikan kepada anda untuk mencubanya. Bila dah buat, simpan dalam peti bagi sejuk, makan pada waktu panas.Aduh sangat melegakan tekak kan.
Untuk dapatkan hasil yang menarik, kami beri beberapa tips untuk anda cuba dalam resepi ini.
1: Pastikan air mendidih dan jangan campurkan apa-apa bahan selain daripada agar-agar bertali itu dulu. Kacau dan masakkan hingga semua agar-agar bertali hancur sebati bersama air barulah masukkan bahan lain seperti gula dan santan.
2: Untuk dapatkan hasil agar-agar santan yang menarik dan sekata, pastikan anda tapis dulu sukatan pada peringkat akhir sekali sebelum sejuk bekukan.
3: Untuk resepi ini ianya menggunakan perasa pandan.Jika anda mahukan gunakan kisaran pandan, kisar 6-7 helai daun pandan dan selepas itu ambil 1 cawan air pandan. 1 cawan air pandan itu ditolak daripada jumlah air yang digunakan dalam sukatan resepi.Kalau 3 1/2 cawan air kosong, jadi hanya guna 2 1/2 cawan air kosong dan 1 cawan lagi air kisaran jus pandan. Faham kan.
Untuk agar-agar jenis ini, seeloknya gunakan agar-agar jenis bertali dan bukannya serbuk agar-agar.
Bahan Resepi Agar-Agar Santan :
10 gram agar-agar bertali 1 cawan santan pekat 1 cawan santan cair ( 1/3 santan pekat dan 2/3 air ) 1 biji telur ayam 3 1/2 cawan air 1 cawan gula 1/2 sudu teh garam 2-3 helai daun pandan beberapa titik pewarna hijau beberapa titik perasa pandan (pandan essence) Cara Penyediaan Resepi Agar-Agar Pandan :
#1: Basuh bersih agar-agar bertali dan ketepikan.Didihkan air kosong sahaja dan bila mendidih, masukkan agar-agar dan kacau sebati hingga larut. Barulah tambahkan gula,daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, santan pekat .Masak hingga bahan sebati.
Sementara tu, kacau telur dengan santan cair hingga sebati. Barulah tuangkan dalam periuk tadi dan kacau hingga mendidih untuk beberapa minit. Tutup api,keluarkan daun pandan dan tapiskan dalam bekas. Sejukkan di luar dan bila dah tak panas, barulah masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan lagi untuk 2-3 jam.
Bila dah siap baru lah boleh dikeluarkan dan potong ikut bentuk yang anda mahu. Memang senang je resepi agar-agar santan. Sedap betul makan waktu panas.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di