Biasanya bila teringin makan tauhu, kita akan membelinya tapi sebenarnya ramai tak tahu untuk menyediakannya sendiri adalah cukup mudah
Malah, jika ibu-ibu buat sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, banyak yang anda boleh dapat tauhu.
Bulan ramadan ini, tak salah jika berkongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
1. Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
Ads
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
Ads
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
Ads
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Aneka menu puding, agar-agar atau jeli tidak dinafikan sering ‘menggoda’ selera kita anak beranak untuk menikmatinya, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Terasa nikmat menjamah puding yang sejuk dengan teksturnya yang lembut, rasanya yang manis dan apatah lagi jika cantik pula warnanya.
Umpamanya seperti Puding Awan ini, nampak istimewa dan menyelerakan bukan? Jika tidak masakan resipi ini boleh viral. Boleh dikatakan sekali pandang kita sudah teruja untuk menikmati keenakan rasanya.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini.
Puding Awan
Bahan agar-agar (langit biru)
10gm agar-agar
2 cawan air kelapa
2 cawan air
11/2 cawan gula (boleh kurangkan)
ais secukupnya-dihancurkan
Bahan krim (awan)
1 cawan non dairy whipping cream-dipukul hingga kental
Cara Masak:
1. Masak agar-agar bersama air, air kelapa, gula dan pewarna biru hingga mendidih. Tutup api.
2. Letak agar-agar di atas bekas berisi ais. Biar agar-agar sejuk sambil kacau-kacau dengan sudu hingga mengental dan boleh dicedok dengan sudu. Jangan sampai agar-agar keras ye.
3. Sudukan agar-agar ke dalam botol atau gelas. Kemudian sudukan whipping cream. Buatlah seperti bentuk awan , biar ia melekat di botol atau gelas. Letak 3-4 hiris isi kelapa ditengah-tengahnya. Ulang cara yang sama dan akhiri dengan picit whipping cream di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais.
Ekstra info: Jika tak nak guna air dan isi kelapa, boleh guna air dan buah laici.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biarpun pelbagai kecaman diterima ibu dan bapanya, namun terselit kebaikan dalam ajaran terhadap anak-anak.
Terbaru, menerusi laman instagram anak mereka bernama Ibrahim Adham atau lebih mesra dengan panggilan Baem ada memaparkan anak ketiga dari empat beradik ini menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh ibunya.
Perlakuan Baem mencuit hati netizen dan memuji sikapnya yang ingin belajar biarpun baru berumur 6 tahun.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh ibunya, Baem dikatakan menangis kerana tidak berjaya menghafaz 1 juz al-Quran seperti abangnya Amar.
Di dalam video tular tersebut ada memaparkan ibunya, Dati Seri Shahida memujuk Baem, namun anaknya ini tetap menangis teresak-esak.
“Baem cemburu la ammar dah hafal 1 juzuk….baem belum lagi,” tulis Dtain Seri Shahida di kapsyennya.
Sikap Baem tersebut turut memberi tempias positif pada Dato’ Seri Aliff dan isterinya, Datin Seri Shahida.
Malah ada yang memuji cara pasangan ini mendidik anak-anak bukan sahaja tentang duniawi malah turut menitik beratkan soal agama.
jeonsss._Awh. I understand how he feels. He just wants to be better i know. Alhamdulillah. Better cemburu bab agama dari cemburu benda lain. I know he can do better
fhasionliaYa allah…,kau berikan lah anak ku sifat cam baim ni,yg menetes kan air mata nya untuk bab agama..?
rd_life88bagusnya baem. cemburu yg bagus dan terpuji. mashallah. anak2 org zman skeng nangis tak dpt iphone ipad.
faiezannur_89Datin @shahidadherbssesuai Nama dgn ank nya Ibrahim adham..wali Allah yg masyhur dilangit wlupun manusia X kenali dia…semoga terus kekal sampai besar ya syg❤️
wdta_susuk_modenAnak datin baem ni hatinya tisu sikit. In syaa Allah membesar nanti jadi sorang yang peka jaga perasaan orang lain. Seronok. Bertuah datin dapat anak yang berlumba lumba hafal al quran
farraza_beauteAlaaa sedihnyaa diaaa. Jangan sesedih ya, inshaAllah baem boleh hafaz lebih dari abang ya baemm. Semoga terus jadi anak yg soleh buat ibu dan ayah
syimakekafrinaYaAllahhh… Bagusnya jeles yg camni… Jeles positif
nur_nadzirah93Xpe baem..usaha tgk kejayaan.. Bru 1juzuk..bkn khatam lg msih Ada peluang nk kejar??
nuraliyah.ozThis is how i felt when my sister khatam her quran at the age of 15 while me i just khatam my quran month ago which im 18 now a bit unhappy about it but alhamdulillah still ALLAH s.w.t give me that chance to live and to khatam my quran
507airizJiwa @baem_adham halus..cepat terusik.. tp ibu mna x happy kalau cemburu bab2 ilmu agama ni. Bertuahnya datin @shahidadherbs dpt anak2 syurga cmni
nwrmdnoorBanga la dpt anak mcm baem ni..syurga akk ni. Menangis sbb belom dpt hafal Qur’an.subahanallah
flolesglowsbynysasarahYa allah. Sejuk perut datin mengandung anak anak datin. Menangis sbb xhafal al quran. Mana lah nak jumpa anak anak mcm ni zaman skang.
umie_akhitsuka tgk baem ni…cerdik..jadi nk solehah ya…sebak lak tgk
nddfaasi baem ni mmg dr dlu suke tgk dia. tah taktau nape. nmpk dia ni sungguh sungguh baik hati. anak soleh betul. untungnya dato datin. alhamdulillah.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.