
Oleh itu, bagi yang ingin cuba trik ini, hadam sebaiknya perkongsian ini.
MUDAHNYA MENANAM DAUN SUP
Di sini saya kongsikan dengan tuan/puan bagaimana menanam daun sup. 2 minggu yang lalu saya cuba menanam 2 keratan/umbi isi beserta sedikit daun dari pokok daun sup dengan menggunakan baja lebihan hidroponik. Baja yang telah digunapakai dalam sistem tanaman tidak di buang tetapi kita boleh guna semula/recyle untuk tanaman lain. Saya juga gunakannya untuk pokok rose jepun gantung (nanti saya kongsikan kemudian ye)
Pertama mula pastikan pokok daun sup yang dibeli daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun. Semai dalam cocopeat(sabut kelapa), pastikan basahkan (1000 ppm baja ab) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini adalah kerana batang daun sup sensitif air akan membusuk bila terendam air.

.
Letak ditempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya terlalu banyak kerana ianya boleh menyebabkan media tanaman kering dan seterusnya pokok akan mati.

.
1 dari semaian diatas gagal untuk hidup sebab masalah diatas dan alhamdulillah 1 lagi masih kekal bertahan hingga ke hari ini. Mudah-mudahan ianya membesar dengan baik dan boleh dibiakan lagi selepas ini… In sha Allah.
sumber : Abdul Sapawi Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Lepasan SPM Nak Jadi Jururawat, Baca Dulu Nasihat Wanita Ini. Rupanya Ini Cabarannya, Bukan Calang-Calang Ye!

Rata-rata anak-anak yang telah mendapat keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini sedang merancang untuk masa depan mereka.
Ada yang sedang mencari kursus yang sesuai untuk ke menara gading, ke kolej swasata atau melangkah ke alam pekerjaan.
Bagi anak-anak yang berminat untuk bergelar sebagai jururawat, wanita ini berkongsi pandangan mengenai kerjaya ini.
Apa yang pasti kerjaya ini bukan calang-calang yang mampu menyandang tugas sedemikian.
____________

‘Kakbel, boleh ke kalau saya nak jadi Nurse lepas habis SPM?’
Ada yang pm tanya soalan begini pada saya.
Mari dik, dialu-alukan sangat. Mari jadi penyambung generasi jururawat yang boleh terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Tapi, anda kena tahu yang;
1. Jadi jururawat ni bukan macam drama ikut doktor jalan sambil pegang fail.
Jadi jururawat ni wayyy different dari apa yang ditontonkan dalam drama. Waktu datang kes-kes kecemasan, nak duduk pun tak dapat, nak minum pun jangan harap. Takde drama kenyit mata kat doktor hensem atau kat waris yang boleh buat ovari meletup atau tulang rusuk bergegar. Nehi!
2. Jadi jururawat ni bukan takat cuci najis seperti netizen cakap.
Jadi jururawat ni tugasnya holistik dan menyeluruh. Kitalah jururawat, kita juga tukang paip, kita pun kaunter pertanyaan, kita pun guru, kita juga kaunselor dan kita juga kaunter aduan. Dari punch in sampai punch out, ada je kerja nak buat bukan setakat duduk kaunter layan tiktok atau belek buku Avon.
3. Jadi jururawat ni takat sijil je.
Jadi jururawat ni, bukan takat sijil je. Ada hierarki pendidikan dalam kejururawatan ;
– Sijil Jururawat Masyarakat; belajar 2 tahun setengah, jadi Jururawat Masyarakat (JM) yang kat tudung/cap ada garis ungu.
– Diploma Kejururawatan ; belajar 3 tahun, jadi Jururawat Terlatih/Staff Nurse (JT/SN) yang kat tudung/cap/bahu (bagi jururawat lelaki) ada, garis warna biru.
– Sijil Pengkhususan/Diploma Lanjutan/Post Basic; belajar 6bulan-1 tahun untuk speciality tertentu dari unit kita bertugas contoh, Diploma Lanjutan Perbidanan, Sijil Pengkhususan PeriAnaesthesia, Diploma Lanjutan Kecemasan dan Trauma, Sijil Pengkhususan Orthopaedik dan banyak lagi.
– Kursus Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL); belajar setahun untuk jadi jururawat terlatih. Ni terbuka untuk JM yang dah cukup syarat servis.
– Ijazah Kejururawatan; Belajar 4 tahun untuk dapat ijazah. Kalau naik pangkat, gred 41, tapi ada je yang ada ijazah masih kekal U29 sebab belum ada tawaran kenaikan pangkat.
– Sarjana Kejururawatan atau Sarjana berkaitan. Ni bergantung jenis sarjana yang kita ambil tidak kira sepenuh masa atau separuh masa.
– PhD Kejururawatan atau PhD berkaitan.
4. Jadi jururawat banyak cuti, boleh kesana kesini perabis gaji.
Jadi jururawat ni jangan mimpi nak cuti hujung minggu, jangan mimpi nak cuti raya setiap tahun, nak cuti waktu hari kelepasan am tidak kira kerja hospital atau kerja klinik. Jadi, sebelum nikah nanti pastikan pasangan faham bukannya buat muka bila pasangan kena kerja hujung minggu, bila pasangan kena kerja pada hari raya, bila pasangan kena kerja pada hari kelepasan am. Hospital tak tutup dik.
5. Jadi jururawat senang pakai cable.
Tak kira pakai cable kelajuan kilat pun, bukan cable boleh tolong jawab exam dari Semester 1 Diploma hingga Semester 6. Bukan juga cable tolong jawab soalan exam dari Lembaga Jururawat Malaysia yang bagi lesen untuk kita jadi Jururawat. Lesen ni kena renew setiap tahun sama macam lesen kereta.
6. Jadi jururawat boleh pilih nak kerja dalam kawasan kampung halaman.
Jadi jururawat kena bersedia untuk bertugas tidak kira mana pun dihantar. Nanti dah cukup tempoh servis, mohonlah bertukar walaupun kena beratur tunggu giliran. Masa ni lah kita nak belajar budaya dan bahasa baru.
Jadi, sebelum jadi jururawat, kena bersedia segala segi. Jadi jururawat ni akan buka minda dan buka mata kita betapa kecilnya pengetahuan kita tentang kehidupan. Dan kita akan belajar erti kehidupan, erti menghargai sesiap saat yang ada bila kita lihat segala kesakitan, kehilangan dan keperitan pesakit kita.
Macam mana nak jadi jururawat?

1. Boleh mohon di SPA9 (https://spa9.spa.gov.my/login) dibawah Latihan Separa Perubatan dan pilih Latihan Jururawat kat sana. Sekarang ni, bila mohon kat SPA dia dah letak kelayakan kerja/jawatan berdasarkan sijil atau kelayakan akademik kita.
2. Boleh mohon dimana-mana IPTA/IPTS yang tawarkan jurusan kejururawatan dengan/tanpa tajaan atau perlu buat pinjaman PTPTN.
3. Boleh mohon di mana-mana universiti yang ada hospital/hospital pengajar seperti PPUM, UiTM, PPUKM, UPM, USM, dan UIAM.
** Setiap ipt ada kelayakan untuk kemasukan yang berbeza. Kena rajin layari portal dia.
#BelNawhen
Diploma Kejururawatan, KKM (2008-2010)
Ijazah Sains Kejururawatan dengan Kepujian, MAHSA University (2016-2019)
Sarjana Penguatkuasaan Undang-undang, UiTM Shah Alam ( Feb 2020 – sekarang)
Sumber: Bel Nawhen
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usia 70 Tahun, Steady Je Masuk Fun Run. Anak Ni Kongsi Apa Amalan Ibunya!

Bila bercakap tentang stamina orang yang telah berusia, umumnya kita fahami tidaklah sekuat anak remaja mahupun selincah orang muda. Pun begitu, baru-baru ini viral tentang ibu yang berusia 70 tahun berjaya turut serta Fun Run dan ini membuatkan ramai juga tertanya-tanya apa rahsianya wanita ini sihat dan cergas diusia emas. Kiranya dikongsikan dapatlah dijadikan panduan untuk kita yang masih muda amalkan apa yang dilakukan untuk kekal sihat apabila meniti usia emas kelak.
Menjawab persoalan itu, ayuh kita lihat perkongsian daripada anak kepada ibu tersebut. Jom semak.
Masih ingat mak saya umur 70 tahun steady masuk fun run. Insha Allah ni sekarang dalam proses mak nak masuk larian lagi, terima kasih atas doanya, mendoakan mak saya diberikan kesihatan yang baik, semoga doa kalian diangkat oleh Allah. Insha Allah next year 71tahun dah mak.

Ini semalam training jalan2 dalam kampung, saya ingat nak buat 5km tapi disebabkan nak hujan cuma mampu 3.1km je. Itu pun mak nak lari lagi,saya dah pancit sebab tak berapa sihat.
Balik saya yang demam, mak saya steady je. Ada yang tanya apa rahsia mak saya, mak saya ni orang Jawa. Maaf mak terpaksa reveal kan rahsia mak. Sebab ada orang PM tanya mak still gigih lagi berlari.
As anak saya pun sebenarnya tak mampu nak buat macam mak saya.
1) Bangun pagi pagi, sebelum subuh harus mandi.

2) Mak amalkan makan madu sebelum sarapan. ini wajib sebab dedulu selalu kena paksa makan madu

3) solat mengaji tu mak sentiasa amalkan

4) time lari dekat tangan mak mesti ada tasbih kecik tu,sambil berlari mak berzikir. Kalau saya tak, sambil lari sambil dengar lagu. (Lepas ni saya kena tukar lah)
5) setiap kali lari saya akan tanya mak, "mak ok tak" tapi mak akan balas "kekuatan mak ni Allah yang berikan,percayalah dekat Allah"
6) dulu mak minum anlene, tapi lepas tu tukar lah supplement lain. Untuk tulang juga, supplement yang diyakini (bukan tujuan marketing)
7) mak orangnya positive. Orangnya sentiasa ceria, walaupun dia kata dia sombong tapi jumpa orang tengah berlari pun mak g tegur.
8) paling penting mak takde amalkan pemakanan sangat, mak makan je apa, asalkan makan.
Doakan next run saya dan adik beradik nak masuk larian lagi. sebab kitorang malu kot, mak steady je lari 5km umur dah 70tahun, yang anak2 mak ni pancit. So sesapa yang masuk larian dekat area JB nanti boleh lah tanya apa rahsia mak Par ni. Nama sebenar mak Partini binti Rosman. Tapi mak punya fb Cempaka Senja (tak nak tag nanti mak marah)
sumber : Fatimah Abdul Hamid via MALAYSIA RUNNERS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kobis & Sayuran Lain, Penyeri Laman Rumah! Ibu Ni Kongsi Tip Menanamnya Dengan Mudah.

Setiap orang ada hobinya yang tersendiri, begitu juga buat Puan Nur Allia Zahra ini yang mempunyai minat dan kecintaan pada aktiviti bercucuk tanam di laman rumah. Usahanya itu, turut dikongsikan di lama fb hingga pernah mencetuskan viral dek kerana lamannya yang dihijaukan dengan sayur-sayuran khususnya kobis. Jadi apa kata kita kenali wanita ini dan cungkil rahsia menanam kobis daripadanya. Jom semak.
Minat berkebun
Timbul minat sejak sekolah, saya ambil aliran sains pertanian masa tingkatan 1 lagi dan keluarga saya memang dari dulu bercucuk tanam.
Saya pilih kobis sebagai hiasan laman sebab ia pokok lasak dan tahan panas. Bertepatan juga di tempat saya, iaitu di Felda Bukit Tongkat Kluang, Johor ni ada masuk pertandingan keceriaan antara felda-felda 1malaysia bertahun dulu. Jadi saya cuba hias laman dengan pokok kobis.
Jadi tidak sangka pula rumah saya pernah viral dalam group-group kecil di Johor. Ramai yang datang buat lawatan dan selfie di laman kediaman saya.

Bahagikan masa
Rutin harian saya sedikit berbeza, umumnya semua kerja rumah diurus pada waktu malam. Bab basuh kain, lipat kain, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya dilakukan pada waktu malam. Manakala waktu siang kerja saya hanya sibuk di luar rumah. Mengurus semua tanaman sambil-sambil uruskan anak-anak dan memasak.
Sebenarnya saya tidak ada niat pun untuk jual apa-apa hasil tanaman saya. Ianya saya anggap bonus saja, sedekah dan kalau ada permintaan dari kedai saya hantar dan duitnya saya sedekah dekat anak-anak.

Urus Sendiri
Mula-mula saya urus sendiri laman sebab saya dengan suami ‘pjj’, anak-anak ada juga membantu. Pun begitu sejak-sejak kebelakangan ni suami ada bantu juga bila dia bercuti.


Dan hari ni saya nak share cara saya semai kobis sampai saya berjaya tuai kesemuanya.
Pertama sekali proses semai saya guna tanah biasa campur tanah hitam sawit campur sabut kelapa, gaul sebati. Basahkan sebasah basahnya media tu, gembur, tabur biji kobis. Biarkan media ditempat teduh 100%.
Biji benih akan cambah seawal 1 hari atau 2..3 hari..tahap ni perhatikan setiap masa kerana siput halus dan belalang mudah serang anak pokok.
Bila anak pokok naik, dia akan naik secara melentok. Jangan melatah, biarkan saja naiknya begitu. Tunggu batangnya keras sikit dan punya daun 4 helai atau 5 helai dah boleh pindahkan ke dalam polibag besar saiz 18 (berat media mungkin dlm 7kg+ 1polibag)
Dalam polibag media tidak sama macam media semai…dalam polibag cuma guna tanah biasa gaul rata dengan tanah hitam sawit..Tak ada tanah sawit pun tak apa, guna tanah hitam biasa..pindahkan anak pokok kobis yang naik melentok tu tanam dalam-dalam sikit, jangan tanam bahagian akar saja, tanam sekali bahagian batang yang naik melentok tu…biar dia membesar tegak dan kukuh.
Lepas pindahkan ke dalam polibag tunggu pokok nampak hidup dan kuat baru bubuh baja gemuk. Bila pokok dah besar tapak tangan, susun semua derect panas tak nak selindung-selindung redup, tak nak teduh-teduh pokok atau apa pun yang reduplah. Tindak balas media, baja, matahari adalah kesempurnaan yang bagus. Pokok akan naik sama saiz seperti dalam gambar saya…keseluruhan gambar adalah laman saya sendiri…dah masuk 5 musim saya semai dan tuai..baja gemuk seminggu sekali ye, saya guna yaramila 16…racun saya guna brogard untuk elak belalang, siput dan ulat ratus…tapi biasanya pokok kobis saya rosak dicubit-cubit daunnya sama anak kecik saya saja…hahaha…
Di harap ada sedikit info yang boleh membantu anda dalam post saya kali ni…
sumber : Nur Allia Zahra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

