Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta hanya dengan menggunakan tiga bahan di dapur anda sahaja.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
Ads
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
Ads
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
Ads
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama rakyat yang menjadi tradisi baginda di masjid seluruh negeri pada Ramadan tidak dianjurkan tahun ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan pada Rabu, berkata baginda dengan berat hati memutuskan sedemikian setelah mengambil kira faktor keselamatan rakyat susulan penularan wabak COVID-19 yang belum dapat dibendung sepenuhnya.
“Telah menjadi tradisi Sultan Selangor pada setiap bulan Ramadan baginda akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di semua daerah di negeri dan menyampaikan sumbangan hari raya daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf dan fakir miskin.
“Namun pada bulan Ramadan tahun ini, Sultan Selangor dengan berat hati telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terwaih bersama rakyat di masjid di seluruh negeri ini,” katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada asnaf serta golongan memerlukan seperti yang disampaikan pada majlis berbuka puasa sebelum ini tetap akan disalurkan.
LZS akan mengagihkan zakat dan bantuan hari raya berjumlah RM500 kepada setiap golongan berkenaan menerusi kaedah yang lebih selamat dan efisen iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima.
“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, LZS akan memberikan baucer tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam,” katanya.
Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menasihatkan umat Islam supaya menyambut bulan Ramadan tahun ini dengan menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadah selain sentiasa berwaspada serta mematuhi panduan dan arahan terkini dikeluarkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Baginda juga mendoakan seluruh rakyat dijauhi daripada bencana serta dilindungi Allah S.W.T dan berharap semoga wabak COVID-19 dapat segera berakhir supaya masyarakat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dalam keadaan sihat serta aman dan sentosa,” katanya.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Botok-botok adalah antara salah satu resipi tradisi bangsa Johor yang istimewa dan digemari ramai. Ada yang kata botok-botok seakan pais ikan tetapi sebenarnya sangatlah berbeza.
Pais ikan boleh dibakar tetapi botok-botok hanya dimasak dengan teknik kukus dan apa yang lebih menarik mengandungi ulam-ulaman kampung yang disatukan dengan ikan dan rempah ratus terpilih untuk menyedapkan rasa, dibungkus kemas di dalam daun pisang.
Buat anda yang teringin untuk mencuba rasa, bolehlah memasaknya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Dee Hakim ini.
Menurutnya, “Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5-6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau fam kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya.”
Bahan-bahan pes botok-botok:
Bawang merah besar 2 biji
Bawang merah kecil 3-4 biji
Bawang putih 5-6 ulas
Lada kering kisar (agak2 la ya)
Serai 2 batang
Kunyit
Halia
Lengkuas
Jintan manis 1 ½sb
Jintan putih 1 ½sb
Ketumbar 1½sb
(kisar semua di atas)
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa
Ulam-ulaman:
Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik, dan sebagainya.
(ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka, sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan.. time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je)
* ni basuh bersih-bersih, kendian korang gunting.. kesian laki korang makan besar-besar pulak dedaunan tu.
Bahan utama:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikan tu ikut kesesuaian korang)
Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah garing bahan kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
3. Kendian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. (ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me.. ewah)
4. Last masukkan santan, garam, gula merah n bahan perasa. Siap!
Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu.. agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor udahlah.
1. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu, ratakan sikit-sikit, letak la ikan korang.
2. Tutup ikan dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
3. Cara bungkus boleh ikut gambar tu, tp sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat sapaya tak terbuka.
4. Ok, pergi kukus sekarang, agak-agak la 30min dah masak.
Korang kalau makan juicy, makan betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas.
Kebenaran teman isteri bersalin di mana-mana wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut KKM, polisi serta garis panduan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.
“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19,” menurut perkongsian itu.
Orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.
Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan di tempat saringan yang disediakan.
Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan ruang wad bersalin bagi melindungi privasi pesakit, demikian menurut KKM dalam perkongsian tersebut.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.