Sebut saja daging korban, pasti penggemarnya terbayang-bayang pelbagai menu masakan bermain di fikiran, daripada hidangan enak seperti daging bakar dengan perapan yang enak. Selain itu, daging korban, dimasak sup tulang pun enak.
Sebagaimana perkongsian ini mudah aje cara membuatnya. Jom cuba!
Musim korban kompom dapat daging atau tulang orang bagi kan. Asyikk sup biasa jer jum try pulak sup ala kedai siam yang sangat simple .
Ads
Kat bawah ni miza share kan sekali resepi taw, kot kot la korang nak try kan. Resepi nii seriuss memang sedap sgtt, try laa.
RESEPI SUP TULANG ALA THAI
Ads
BAHAN BAHAN NYE.
1kg tulang (rebus dlu dengan halia smpai empuk)
Serai 2 – 3batang (ketuk)
Lengkuas 1inci (ketuk)
Bawang putih 3 ulas (ketuk)
Bawang holland 1 biji (hiris)
Bawang besar 1 biji ( hiris)
Halia 1inci (ketuk)
Akar ketumbar (ketuk)
Daun limau purut ( 3 or 4 helai)
Ads
CARA CARANYA boleh refer gambar yang miza sediakan tu.
Ni bahan bahan nye. Sebelah kiri untuk di hiris dan di sebelah kanan untuk menumis nanti.😍Rebus dulu daging atau tulang tu yek. Kalau ada pressure cooker lagi senang yakamat. Rebus sampai empuk tau. Tau mau empuk kang time makan Gigi pun boleh patahTumis semua bahan di atas sampai layu .Jangan sampai hangus.nanti tak sedap jadi pahit pulakHaaa pastu korang masukkan bahan tumisan tadi dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi . tunggu Jap bagi mendidih seketikaLepastu masukkan air lemon, ikut la tekak memasing. Nak masam lebihkan air limau tu.kalau taknak masam sangat kurang kan sikitNi bahan bahan di hiris. Ada batang saderi,tomato,cili hijau , cili merah dan jugak hirisan bawang hollandHaaa campakkan semua tu saderi, tomato , daun ketumbar or daun sup, cili padi tu ke dalam sup tadiKacau kacau kan dia bagi sebatiTaraaa siap dah. Pastu korang tabur la daun ketumbar or daun sup, bawang goreng ker & perasa, Siap!
Selamat mencuba korang
Kredit: Hamizah Hassanudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang sudah biasa membeli Churros di kedai, pastinya tahu harga agak ‘kayangan’ untuk satu pek.
Ia memang enak dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang makin sedap.
Malah kudapan ini dikatakan berasal dari Sepanyol. Bentuk churros ni seakan-akan cakoi tapi rasanya lebih kepada rasa cream puff.
Jadi, bagi peminat Churros, apa buat aje sendiri di rumah. Tak cuba tak tahukan rasanya. Apa yang pasti bahan-bahan untuk membuatnya sangat simple dan mudah. Malah melihat bahan-bahannya kos untuk penyedian makanan ini tidak sampai RM10 pun berbanding jika dibeli dikedai. Lebih berbaloi, satu famili bolet makan!
Ikuti lanjut resipi ini.
Bahan-bahan
1/4 cawan planta
1 cawan air
Sedikit garam
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
Esen vanila
Gula kastor
Serbuk kulit kayu manis (tak nak pun takpe)
Cara penyediaan:
Masukkan air 1 cawan, planta 1/4 cawan, sedikit garam, gula kastor 2 sudu besar
Tutup api bila dah mendidih
Masuk 1 cawan tepung
Kacau2 sampai jadi doh dan biarkan sejuk 5-10 minit
Masukkan 2 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanila
Kacau sampai jadi macam ni.kena sabar sikit untuk nak jadi tekstur macam ni
Masuk dlm piping bag.kalau takde, boleh guna plastik biasa
Goreng hingga kuning keemasan
Yg ni optional. Gula kastor + serbuk kulit kayu manis @ gula kastor sahaja @ coklat cair
Nak cuba resipi baru yang sedap dan sihat, jom buat resipi Ayam Peri-Peri Jakarta oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad. Selain mudah nak buat, menu ini juga sihat. sesuai untuk anda yang tengah diet. Cubalah!
Gais hari ini kita buat ayam peri-peri Jakarta. Senang sangat bancuh bahan, lumur-lumur, bakar, makan. Punyalah sihat. Tak kurus lagi tak tahulah hahahaha. Oklah jom.
Ayam Peri-Peri Jakarta.
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam. Suka hati hang nak bahagian apa.
1 sudu besar serbuk kari daging.
1 sudu besar serbuk cili atau nak tukar paprika pun boleh.
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis.
1 sudu kecil perahan lemon.
Secubit oregano.
Secubit lada hitam.
1 sudu besar gula kelapa atau boleh je nak tukar ke gula merah.
1 sudu besar minyak masak. Nak guna minyak jagung pun boleh.
Secubit garam.
Jika siapa pernah makan suun yang digoreng tentu tahu betapa enaknya hidangan ini. Biarpun sekali pandang nampak macam bihun yang digoreng namun bila menikmatinya sangat enak. Memandangkan ia lebih halus dan terasa ‘ringan’ bila dimakan, ini menjadikan seakan terasa sungguh setiap ramuan yang dicampurkan di dalam masakan tersebut.
Jadi buat yang belum pernah mencubanya, apa kata anda buat resipi yang dikongsikan oleh Puan Nasriah Ramli ini yang mendapat perhatian wargamaya apabila di share hingga melebihi 15 K. Nyata ramai teruja untuk membuat resipi ini.
Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan sediakan menu yang digemari ramai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Suun Goreng
Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang holland
Udang
Sotong
Telur
Kiub bilis
Sos tiram
Sos ikan
Kicap lemak manis
Lobak merah
Cili merah, kalau suka pedas msukkn cili api potong
Tomato
suun
Gula & Garam
Daun bawang
Cara Masak :
1.Tumis hirisan bawang putih dan bawang holland.. Lemudian masukkan udang dan sotong. Goreng sekejap
2. Masukkan telur dan digoreng hancur. Kemudian masukkan kiub ikan bilis.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap lemak manis.
4. Setelah itu masukkan carrot, cili merah, tomato. Klau suka pedas, masukkan cili api potong.
5. Masukkn suun yang sudah direndam.
6. Goreng sebati semua.
7. Tabur sikit gula dan garam. Akhir tabur daun bawang.. klau suka boleh je masukkan taugeh.
Perkongsian resipi ini mendapat hingga 15k shares di group Masak Apa Hari Ini dan ramai begitu teruja untuk mencubanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.