Daun Bawang, daun sup dan daun ketumbar yang dibeli biasanya tak habis guna kan. Kalau dibiarkan di dalam peti rosak pula sebab bukan tahan lama.
Daun ini lama-kelamaan akan layu dan akhirnya busuk. Banyak cara untuk simpan sayur hijau ini supaya tahan lama.
Tapi tip yang satu ini agak menarik untuk admin kongsikan. Cara ini dimuat naik oleh puan Marina Harun.
Just nak share, kalau ada lebihan daun bawang, ketumbar, belimbing, daun sup dll…selalunya nak simpan tak tahan lama….
Saya kongsikan tips mudah agar kekal segar..
Keringkan sayuran (lap ngam tisu atau kain lap dapur) dan masuk dlm bekas bertutup yang kering, tabur garam halus dan goncang2, tutup bekas…letak dalam freezer…insyaallah kekal lama…
Ads
*Daun2 ini bila nk masak jgn dikeluarkan dulu, dah abis masak kuahnya, tutup api, baru keluarkan dlm freezer dan campak dlm kuah…
Cuba lihat keadaan peti ais yang telah kita gunakan puluhan tahun lamanya, mesti keadaan luarannya nampak ada kekurangan. Jika hendak ditukar baharu terasa sayang pula sebab masih berfungsi dengan baik.
Kalau ikutkan hati teringin juga memiliki peti ais yang cantik sempena sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Barulah ruangan dapur nampak bergaya. Tapi bukankah cara ini merugikan?
Alangkah baiknya jika ibu-ibu mencuba lebih kreatif dengan memberikan ‘solekan’ pada peti ais dengan menggunakan teknik tampalan yang mampu bukan sahaja menjadikan peti sejuk nampak lebih menarik malah terlihat cukup unik.
Mencetuskan gaya ruangan dapur nampak lebih faminin, olahan stiker berbunga seperti ini pada bahagian pintu peti sejuk cukup memberi impak yang hebat. Biarpun ringkas namun cukup mempersona.
Gaya sepertinya ini amat sesuai buat anda yang mempunyai karakter yang periang. Melihat rekaan sebegini cukup mencuit hati dan tentu sahaja anak-anak juga suka dengan sentuhan sebegini di ruangan dapur.
Wujudnya garisan-garisan dengan ritma warna senada memberi impak rekaan peti sejuk dan sekali gus menyumbang pada gaya ruangan dapur. Cukup istimewa.
Sememangnya mencuri tumpuan. Peletakan stiker aiskrim pelbagai warna ceria secara bebas aturannya cukup luar biasa. Anak-anak tentu sahaja akan suka dengan hiasan sepertinya ini.
Paling ringkas dan mudah untuk digayakan. Letakkan sahaja gambar ahli keluarga di sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah menjadi kelaziman setiap kali 16 Mei, adalah hari untuk kita memberi ucapan Hari Guru kepada para pendidik.
Bukan sahaja ucapan diberikan menerusi pelbagai media sosial, malah turut diadakan majlis untuk meraikan Hari Guru.
Dalam pada itu, guru juga turut menerima hadiah daripada murid-muridnya. Biarpun guru tidak meminta murid-muridnya berbuat demikian ia menjadi salah satu kemestian setiap kali sambutan guru di adakan di peringkat sekolah.
Boleh dikatakan setiap murid akan membawa hadiah masing-masing walaupun ada yang kurang berkemampuan. Namun dalam banyak-banyak hadiah itu tentu ada yang menusuk kalbu.
Sebagaimana kisah seorang guru ini, meluahkan rasa sebak apabila menerima sebungkus nasi goreng yang dibungkus dengan plastik berwarna merah.
Dia tidak menyangka dalam banyak-banyak hadiah yang diterimanya itu, itulah hadiah yang membuatnya merasa sebak.
Pemilik akaun TikTok yang menggunakan akaun zsickseeksix menerusi kapsyennya mengatakan bahawa sebaik sahaja melihat bungkusan bekas berisi nasi goreng hatinya tanpa sedar berasa sebak.
Dia kagum dengan usaha ibu kepada murid itu yang bersungguh untuk menyiapkan hadiah istimewa itu.
Katanya walaupun hadiah itu simple tapi amat bermakna buat dirinya.
“Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku.”
KAGUM HARGAI JASA GURU
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen para netizen meluahkan rasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibu kepada murid itu. Malah ada juga guru lain berkongsi pengalaman turut menerima hadiah ‘istimewa’ seumpama itu.
Desakan hidup yang semakin menghimpit setelah lebih setahun berdepan dengan Pandemik Covid-19, diakui semakin ramai yang merasai kepayahannya. Begitulah yang dilalui oleh tujuh beranak ini bagi meneruskan kelangsungan hidup, meraka anak beranak terpaksa menjalani kehidupan ala nomad dengan bermalam di dalam ketera Proton Wira.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, tujuh beranak yang ditemui di Taman Mawar Lestari itu telah melalui masa yang sukar sepanjang tiga hari terpaksa bermalam dan berhimpit di dalam kereta Proton Wira.
Saliza Samat, 38, serta suami, Mohd Hazrul Haris, 43, menjadikan kereta berkenaan sebagai tempat tinggal sementara bersama lima anak mereka berusia dua tahun hingga 15 tahun.
Saliza berkata, keadaan lebih sukar apabila Mohd Hazrul yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori tidak bekerja sejak dua tahun lalu berikutan kecacatan fizikal dan mental dialami manakala dia pula hanya suri rumah.
Katanya, semuanya bermula apabila mereka sekeluarga yang sebelum ini menetap di Kuala Selangor, Selangor nekad berhijrah ke kampung halaman Mohd Hazrul di Ulu Mengkuang di sini, sejak setahun lalu.
“Namun kami kemudiannya keluar daripada rumah keluarga demi kebaikan semua.
“Kami keluar dari rumah itu Khamis lalu. Sejak itu, kami tujuh beranak bermalam dalam kereta selain menjadikan sungai serta stesen minyak sebagai lokasi untuk kami mandi, solat dan sebagainya,” katanya.
Ketiadaan Wang
Menurut Saliza, mereka tidak mampu mencari rumah sewa kerana ketiadaan wang.
Katanya, dia dan suami sedih dengan keadaan yang perlu dilalui anak-anak namun mereka tiada pilihan.
“Kami sedih mengenangkan nasib ini yang turut perlu dilalui anak-anak, syukur kerana anak faham.
“Syukur juga kerana ada pihak yang prihatin dengan keadaan kami datang menghulurkan bantuan dengan menyediakan tempat berteduh sementara hingga hari ini,” katanya.
ADUN Hulurkan Bantuan
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta Muhammad Arafat Varisai Mahamad berkata, pihaknya menghulurkan bantuan dengan membenarkan keluarga itu berteduh sementara di Pejabat PKR Selama.
Katanya, pihaknya mendapatkan rumah sewa yang akan dihuni keluarga itu bermula hari ini dengan bayaran sewa RM500 sebulan yang dibayarkan pihaknya selama tiga bulan.
Pada masa sama, menurutnya, pihaknya turut mendapatkan barangan keperluan rumah dan dapur buat tujuh beranak itu.