Berkulit cerah Dan selalu tersenyum nampak Manis, wajah ayah Fattah nampak seperti chinese look. Ada juga peminat yang menyangka dia adalah abang Fattah kerana tidak nampak terlalu tua.
Bahkan Ada yang mengatakan wajah Fatima nampak seiras dengan atoknya terutamanya pada bahagian hidung mereka.
Patutlah Fattah ada rupa yang kacak, diwarisi daripada ayah rupa-rupanya. Rata-rata peminat memuji wajah atok Fatima awet muda.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memikul tugas isteri, ibu dan dalam masa yang sama seorang wanita yang berkerjaya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk digalas. Belum hilang penat mengurus anak, perlu pula lakukan kerja-kerja lain dan sekali gus menjadikan rutin harian terasa kalut.
Namun dengan adanya pasangan dan support system yang baik dan memahami, semua itu tidak menjadi masalah. Hal ini turut diakui oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
“Betul saya akui bukan mudah untuk urus dua anak dalam satu masa. Rasa macam kalut tapi saya gembira dan berterima kasih sebab ada kakak yang bantu dan memang saya sangat memerlukan sebab saya wanita berkerjaya.
“Waktu kerja tak tentu,macam semalam balik lewat pukul 2, keluar awal pagi jadi memang saya tak terkejar. Saya bukanlah isteri yang sempurna sebab itu saya perlukan support system yang baik.
“Alhamdulillah Aafiyah dan Afwa ada yang menjaganya, malah ada nurse untuk jaga Afwa, memandangkan Afwa masih kecil dan jadi lebih mudah pantau kesihatannya.
“Support system sangat perlu bagi yang berkerjaya dan sibuk macam saya. Syukur ramai membantu meringankan kerja-kerja saya. Itu sebab saya boleh fokus dengan kerja yang saya buat contohnya seperti jika perlu buat photoshoot, buat promosi jualan, rehearsal konsert persembahan semua itu main minda dan tenaga. So far alhamdulillah,” jelas Datuk Siti Nurhaliza yang turut akui suaminya banyak membantu ringankan urusannya ketika ditemui di majlis pelancaran Beaukids perisa terbaharu Anggur serta wajah baru Beaukids Strawberi yang berlangsung di BK Mini Fiesta 2022 baru-baru ini.
Berkongsi lanjut berkenaan Beaukids perisa terbaharu Anggur, siapa sangka rupa-rupanya ada kisah menarik dalam pemilihan perasa anggur itu sendiri.
“Alhamdulillah Aafiah adalah seorang yang jenis kalau dia suka, dia marah, dia sedih, dia memang seorang yang menunjukkan dia punya perasaan akspresi. Bila kita beritahu dekat dia pun, mula-mula pun dia dah wow excited.
“Kita memang tak beri tahu awal-awal apa perisanya supaya dia boleh buat pilihan sendiri.
“Masa penghasilan perisa anggur kita ada satu lagi pilihan, buah yang lain. Jadi kita tak letak warna, gambar dan sedaikan 2 cup sampel berbeza untuk Aafiyah cuba. Antara keduanya, dia pilih anggur.
“Jadi saya nak apa yang the real selera anak-anak, alhamdulillah anggur pilihan Aafiyah dan kemudian barulah saya rasa dan nyata saya juga suka dengan rasanya,’’ cerita Datuk Siti penuh semangat.
Tambahnya lagi, “Saya melihat perniagaan produk kanak-kanak ini sesuai juga saya jadikan Aafiyah mewakili saya untuk mengeluarkan produk. Aafiyah mungkin rezeki saya dengan nama yang bagus, Aafiyah itu sendiri memberi makna yang terbaik. Jadi itulah sebabnya kita letakkan nama Aafiyah untuk jenama minuman ni.
“Akan datang insyaAllah akan ada produk penjagaan kesihatan seperti balm dan sebagainya dengan jenama Afwa. Tapi itu masih dalam peringkat R&D, kalau ada kita akan umum,” jelas Datuk Siti Nurhaliza lagi berkenaan perancangan masa depan dalam perniagaan produk kanak-kanak.
Betul apa yang dikatakan, bahagian itu bukan boleh dibeli wang ringgit. Bukan duit semata bahagia itu. Jika awalnya duit melimpah jadi ukuran kebahagian tetapi lama kelamaan, ia akan pudar. Kebahagiaan abadi adalah rasa kasih sayang yang tersemat hati kepada pasangannya.
Begitulah yang dilakukan kepada pasangan ini yang diceritakan oleh saudara Muhammad Yusof melalui perkongsiannya yang hampir cecah 5K!
Kisah seorang suami yang menyediakan Me Time isteri di tempat ibadat tanpa menyuruhnya keluar segera selepas solat. Sebaliknya setia menunggu isteri. Lebih sweet, apabila siap sedia memusingkan kedudukan sepasangan selipar isteri agar mudah menyarungkan apabila keluar masjid.
Nyata, kasih sayang itu bukan duit semata, tetapi saling menghargai pasangan. Indahnya cinta itu jika begitu mendalam kan! Moga pasangan kita begitu!
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
TUNGGU ISTERI
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut.
Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Amin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru sahaja menimang cahaya keduanya pada 4 Julai lalu, penyampai radio, Fizi Ali tampil berkongsi wajah dan nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Fizi memuat naik beberapa kepingan gambar bersama isteri dan anak-anak serta buah hati terbaru yang diberi nama, Nurraisya Sofea.
“Assalamuaikum alhamdulillah bertambah seorang lagi puteri dalam hidup daddy dan mama.
“Puteri ketiga kami Nurraisya Sofea,” tulis Fizi menerusi kapsyennya di Instagram.
Menariknya ramai wargamaya mengatakan wajah comel Nurraisya Sofea sama seperti kakaknya, Ameena Sofea yang memiliki mata kecil dan sepet seperti Fizi.
Fizi juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dilindungi Allah malah membesar dengan baik dan sihat.
“Semoga membesar dengan baik ye saying.
“Lepas ni banyak moment dengan anak-anak kami akan update di ig @dnsofeas. Terima kasih semua,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Fizi mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada Oktober tahun lalu. Pasangan ini masing-masing turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan melalui perkahwinan terdahulu.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.