Bila difikirkan menu apa yang enak untuk disediakan bila ada sesikat pisang yang masak di rumah. Mungkin ada yang membayangkan elok dimasak cengkodok, lempeng pisang, atau pengat pisang.

Pun begitu, perkongsian daripada Dr Hana ini menarik juga untuk kita cuba, dimana beliau sediakan muffin pisang coklat cip. Nampak cukup menyelerakan dan menyediakannya juga mudah. Buay sesiapa pun tidak sabar untuk mencuba resipi yang dikongsikannya itu.

Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.

Mama saya beri pisang muda sesikat 2 minggu lepas. Semua adik-beradik dapat, pisang yang ditanam sendiri tu. Tapi mama lupa nak pesan yang pisang tu takkan menguning bila dah masak. Kekal hijau.

Jadinya kami pun tak perasan. Tau-tau je dah hitam kulit dia. Aduhai!

Tapi di rumah ni, pisang buruk pun ada value tersendiri. Saya kupas kulitnya dan sejuk bekukan pisang benyek tu.

IKLAN

Ramai yang suka buat cekodok dari pisang buruk. Tapi saya suka buat muffin pisang je. Sebabnya muffin lebih cepat dibuat berbanding cekodok dan kurang minyak yang digunakan. Paling penting, saya tak perlu berlemuih berdiri di depan kuali panas.

Senang saja nak buat muffin. Tak perlu peralatan canggih pun. Perlu satu bekas untuk bahan basah, satu bekas untuk bahan kering dan senduk untuk menggaul.

Nak resepi?
Muffin Pisang Bercoklat Cip. Wow! Nampak Sedap, Ni Resipinya.

IKLAN

Muffin Pisang Bercoklat Cip

Bahan kering (ratakan)
3 cawan tepung gandum
⅔ cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk kayu manis (optional)
1 cawan cip coklat (optional)

Bahan basah (gaulkan)
6-8 biji pisang buruk (dilecek kasar)
2 biji telur
⅔ cawan minyak sawit/ jagung/ canola
1 sudu kecil esen vanila

IKLAN

Satukan kedua-dua bahan kering dan basah. Gaul perlahan saja, setakat bersatu. Dilarang pukul laju, nanti gluten yang dihasilkan tepung membuatkan muffin jadi liat.

Sendukkan kedalam cawan muffin dan bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit bergantung kepada ketuhar masing-masing, hingga warna bertukar keemasan.

Kat atas muffin tu saya taburkan streusel. Tak nak letak pun tak mengapa.

Nota kaki:
– Semua ni sebenarnya anak-anak dara saya yang buat. Saya jadi puan director je.
– Jumlah gula yang digunakan bergantung kepada kebenyekan pisang. Lebih benyek, lebih sikit gula yang diperlukan kerana pisang dah semakin manis.

sumbet : Hana Hadzrami
Boring je, masak. Stress je, masak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI