Ads

‘Saya Sudah Anggap Dia Seperti Anak’, Guru Syukur Muhammad Shamalan Pilih Islam, Doa Terus Istiqamah

(Kiri) TANGKAP layar kiriman mesej Muhammad Shamalan kepada gurunya, Nor Izzalwati Abdullah bagi berkongsi berita penghijrahannya. (Kanan) GAMBAR kenangan Nor Izzalwati Abdullah ketika menghadiri majlis konvokesyen Muhammad Shamalan. FOTO Ihsan Nor Izzalwati Abdullah

Hidayah adalah milik Allah SWT dan boleh hadir kepada sesiapa sahaja pada waktu yang tidak disangka-sangka. Itulah yang dilalui oleh Muhammad Shamalan apabila pemuda berusia 25 tahun itu berkongsi khabar gembira bahawa dirinya kini sah memeluk agama Islam.

Perkongsian tersebut menjadi detik yang sangat bermakna buat bekas guru Matematiknya, Nor Izzalwati Abdullah, 45, yang menganggap Muhammad Shamalan seperti anak sendiri sejak zaman persekolahan.

Menurut Nor Izzalwati, berita itu membawa rasa syukur yang sukar digambarkan kerana beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas anak didiknya tanpa pernah memaksa atau mempengaruhi pegangan agamanya.

“Saya sudah menganggapnya seperti anak, jadi bersyukur dengan jalan dipilih.

Saya doakan Allah SWT lindunginya dan semoga dia terus istiqamah,” katanya.

Kisah penghijrahan Muhammad Shamalan yang dikongsikan menerusi media sosial itu turut mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet menitipkan doa agar beliau terus diberi kekuatan untuk mendalami ajaran Islam serta istiqamah menempuh kehidupan sebagai saudara baharu.

‘Saya Sudah Anggap Dia Seperti Anak’, Guru Syukur Muhammad Shamalan Pilih Islam, Doa Terus Istiqamah

Muhammad Shamalan Mengejutkan Bekas Guru Dengan Berita Gembira

Nor Izzalwati berkata, Muhammad Shamalan merupakan bekas pelajarnya ketika berada di Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah.

Walaupun pernah menjadi guru kelas kepada pemuda itu, beliau sentiasa menghormati kepercayaan setiap pelajar dan tidak pernah mendorong atau mempengaruhi Muhammad Shamalan untuk memeluk agama Islam.

Menurutnya lagi, Muhammad Shamalan juga tidak pernah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam sebelum ini. Namun, setiap kali mereka berhubung, pemuda tersebut sering mendoakan agar gurunya sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Nor Izzalwati menerima berita berkenaan menerusi kiriman mesej ketika sedang memandu. Beliau kemudian meminta anaknya membacakan kandungan mesej tersebut sebelum Muhammad Shamalan memaklumkan bahawa dirinya kini telah memeluk agama Islam.

Ads

Pengakuan itu mengejutkan mereka sekeluarga, namun dalam masa yang sama menimbulkan rasa syukur kerana hidayah Allah SWT hadir kepada bekas pelajarnya itu.

‘Saya Sudah Anggap Dia Seperti Anak’, Guru Syukur Muhammad Shamalan Pilih Islam, Doa Terus Istiqamah
(Kiri) TANGKAP layar kiriman mesej Muhammad Shamalan kepada gurunya, Nor Izzalwati Abdullah bagi berkongsi berita penghijrahannya. (Kanan) GAMBAR kenangan Nor Izzalwati Abdullah ketika menghadiri majlis konvokesyen Muhammad Shamalan. FOTO Ihsan Nor Izzalwati Abdullah

Muhammad Shamalan Sudah Mempelajari Islam Sebelum Memeluk Agama Ini

Selepas menerima berita tersebut, Nor Izzalwati bertanya apakah yang mendorong Muhammad Shamalan membuat keputusan besar dalam hidupnya.

Beliau mahu memastikan keputusan itu dibuat dengan penuh kerelaan, kefahaman dan tanpa sebarang paksaan kerana tanggungjawab sebagai seorang Muslim bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Muhammad Shamalan kemudian menjelaskan bahawa beliau percaya Allah SWT telah mentakdirkan dirinya bersama Islam. Malah, beliau turut memaklumkan bahawa dirinya sudah mula mempelajari ilmu agama sebelum mengucapkan syahadah.

Jawapan itu membuatkan Nor Izzalwati semakin bersyukur dan mendoakan agar bekas pelajarnya terus mendapat bimbingan yang baik dalam perjalanan hidup sebagai seorang Muslim.

Hubungan Guru Dan Muhammad Shamalan Kekal Akrab

Mengimbas kembali zaman persekolahan, Nor Izzalwati menyifatkan Muhammad Shamalan sebagai seorang pelajar yang baik, pendiam dan menghormati guru.

Ads

Walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat ketika di sekolah, ikatan itu menjadi semakin erat selepas beliau menamatkan persekolahan.

Muhammad Shamalan sering menghubungi bekas gurunya menerusi media sosial untuk bertanya khabar serta meminta didoakan terutama setiap kali menghadapi peperiksaan.

Selepas menamatkan pengajian Tingkatan Enam, beliau menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perfileman di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Setiap semester atau sebelum peperiksaan, dia akan mesej dan minta saya doakannya. Dia pun selalu cakap dia anak saya dan saya emaknya,” katanya.

Kasih Guru Tidak Pernah Terputus

Kasih seorang guru terhadap anak didiknya jelas terserlah apabila Nor Izzalwati sanggup hadir bersama anak sulungnya, Nurul Iman Najwa Mohammad Irwan ke majlis konvokesyen Muhammad Shamalan di UNIMAS pada tahun lalu.

Kehadiran mereka menjadi kejutan buat Muhammad Shamalan kerana gurunya hanya memaklumkan perkara tersebut selepas membeli tiket penerbangan.

Menurut Nor Izzalwati, beliau memang berniat untuk meraikan kejayaan bekas pelajarnya itu kerana menganggapnya seperti ahli keluarga sendiri.

Ads

Hubungan mereka juga cukup akrab sehingga keluarga Nor Izzalwati mengenali Muhammad Shamalan, malah beliau pernah dibawa beraya bersama ke rumah kenalan keluarga.

Doa Agar Terus Istiqamah

Sebagai seorang guru yang menyayangi bekas pelajarnya, Nor Izzalwati berkata beliau akan terus mendoakan kejayaan Muhammad Shamalan di dunia dan akhirat.

Beliau berharap pemuda itu dipertemukan dengan insan yang solehah, memperoleh bimbingan daripada mereka yang berilmu serta terus istiqamah dalam mengamalkan ajaran Islam.

Menurut Nor Izzalwati, Muhammad Shamalan juga pernah meminta beliau mendoakan agar dipertemukan dengan wanita solehah sebagai pasangan hidup pada masa hadapan.

Kisah ini membuktikan bahawa hubungan antara guru dan pelajar tidak semestinya berakhir apabila tamat sesi persekolahan. Ikatan yang dibina dengan keikhlasan mampu kekal bertahun-tahun dan menjadi tempat berkongsi detik paling bermakna dalam kehidupan.

Semoga Muhammad Shamalan terus istiqamah, dipermudahkan dalam mendalami ajaran Islam serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

BACA LAGI : Anak Pengait Sawit Cemerlang STPM, Tekad Mahu Jadi Guru Demi Ubah Nasib Keluarga

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Erma Fatima Tegas Jaga Batas Pertunangan Anak, Pesanan Menyentuh Hati Buat...

Erma Fatima mencuri perhatian apabila menitipkan nasihat penuh bermakna kepada anak dan bakal menantunya agar menjaga batas sepanjang tempoh pertunangan sehingga sah bergelar suami isteri.