Wanita kerdil yang tular sebelum ini, Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28 berkongsi wajah bayi lelakinya.
Mesra dengan panggilan Yaya, dia baru sahaja selesai menjalani proses berpantang selama 40 hari. Dalam perkongsian tersebut, dia turut mendedahkan nama anaknya, Muhammad Ayden Adrian yang dilahirkan seberat 2.35 kilogram itu.
Meskipun si kecil ini dilahirkan sebulan lebih awal atas nasihat doktor demi keselamatan ibu dan anak, ibu muda ini mengakui, anaknya mudah dijaga dan tak banyak ragam.
@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah
Menurut Yaya, tarikh jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari, tetapi disebabkan keadaan fizikalnya yang cuma berketinggian 118 sentimeter, maka boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi akaun TikTok buyahhh. Kelihatan Ayden seiras ibunya dengan mata yang bulat. Sekali tengok macam kakak dan adik. Sangat comel, geram bila melihat wajahnya itu.
Ads
“Walaupun bersalin pada Januari lalu, tetapi bersyukur kerana Ayden tiada apa-apa masalah kecuali penyakit kuning,” ujarnya.
Wanita kerdil ini tular menerusi media sosial sebelum ini. Ketika dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ada yang beranggapan dia tidak boleh hamil.
Namun rezeki Allah dapat juga merasai nikmat menjadi seorang ibu apabila dikurniakan anak lelaki.
Tentu ada antara kita yang mempunyai pengalaman manis di sekolah rendah bila menyertai sebuah pertandingan dan mendapat tempat pertama.
Rasa seronoknya ketika itu memang sukar untuk digambarkan. Apatah lagi melalui kemenangan tersebut dihadiahkan dengan sebuah piala.
Pastinya kita akan rasa bangga dan teruja untuk segera pulang ke rumah untuk tunjuk kepada ibu dan ayah. Maklumlah, kita jadi juara dan dapat piala. Bukan senang orang boleh dapat seperti apa yang kita dapat.
Semangat Tunjuk Piala
Sama kisahnya seperti perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @ticerleesa, di mana di dalam video tersebut terlihat seorang anak perempuan berlari keriangan sambil membawa piala untuk ditunjukkan kepada ayahnya yang menunggu di dalam kereta bersama ibu dan abangnya.
Gelagat keterujaan yang ditunjukkan oleh anak tersebut benar-benar menarik perhatian wargamaya.
Difahamkan anak tersebut atau dikenali sebagai Yaya telah memenangi tempat pertama pertandingan pantun di sekolahnya.
Oleh sebab itu dia berlari pantas dan menjerit seakan tidak sabar melulu ke arah ayahnya untuk menunjukkan piala yang dimenanginya itu.
Situasi demikian membuatkan ayah dan ibu memuji kemenangan yang dicapai sambil ibunya meminta untuk Yaya membaca pantun tersebut. Gelagat dan teletahnya berpantun sekali lagi menarik perhatian. Cukup berbakat!
Video yang dikongsikan ibunya kini telah meraih 300.8K view, 23.9K likes dan comments hingga 455 di TikTok.
Awal Ogos lalu, sebuah pihak produksi telah menganjurkan sebuah pertandingan #bacaberitachallenge. Peserta yang memenangi pertandingan itu bukan sahaja memperoleh sebuah telefon pintar, malah mendapat peluang membaca berita.
Seorang wanita yang mempunyai bakat membaca berita dengan suara mantap pernah viral di media sosial. Dia mula viral selepas videonya membaca berita tersebar apabila anak perempuannya memuat naik di akaun Twitter miliknya.
Putri Nur Arisyaa, di akaun Twitter berkata pelbagai cabaran perlu dihadapi ibunya, Salinata Salim, untuk menghasilkan video tersebut, daripada telefon terjatuh sehinggalah tersasul bahasa.
Ayam Masak Ingkung Jawa, salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan.
Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng❤️
Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut. Nak tahu cara buatnya, jom admin kongsikan resipi dari Azlan Syazani Adanan. selamat mencuba! BAHAN:
Ayam- 1 ekor (cuci bersih, lumur dengan limau nipis, cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Saya ikat guna daun pandan)
Cili Besar – 3 biji*
Bawang merah- 8 biji*
Bawang putih- 6 biji*
Halia- 2 inci*
Kunyit hidup- 4 inci*
Cili padi- 4/5 biji* (jika suka pedas)
Buah keras – 6 biji* (sangai dahulu)
Kencur@cekur- 3 inci*
Lengkuas- 4 inci (ketuk)
Serai – 2 batang (ketuk)
Serbuk Ketumbar- 1/2 sudu makan
Serbuk Lada Hitam- 1 sudu makan (sy guna lada hitam biji blend sekali dengan bahan lain)
Daun salam- 6 helai
Daun limau purut- 6 helai
Santan pekat- 1 paket (sy guna santan segar)
Serbuk perasa
Garam
Gula pasir (sedikit sahaja)
Asam jawa
Minyak masak
Lumurkan semua bahan tumisan ke seluruh ayam dan masukkan sedikit ke dalam perut ayam
CARA:
1. Kisar semua bahan bertanda * bersama sedikit air dan minyak sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lumur rata semua bahan yg telah ditumis tadi. Masukkan rempah tumisan sedikit ke dalam perut ayam.
5. Masukkan santan dan air sehingga separuh ayam.
Setelah dimasukkan santan dan air. Tutup kuali atau periuk dan biarkan ayam masak sempurna. Sentiasalah bolak-balikkan ayam
6. Masukkan daun salam dan daun limau purut.
7. Perasakan dengan garam, asam jawa, serbuk perasa dan sedikit gula.
8. Masak sehingga kuah memekat dengan api sederhana selama +-40 minit dan tutup periuk atau kuali. Sentiasa bolak-balikkan ayam supaya masak sekata.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.