Selepas hampir lima bulan melahirkan bayi sulung, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya Wan Khair Amir kepada tatapan umum
Suami bekas pengacara Nona ini, Wan Emir Astar memuat naik potret mereka sekeluarga di Instagram miliknya yang mendedahkan wajah anak tersayang kepada tatapan peminat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
— Papa & Mama
“Mira Junior Sangat”
Foto mereka sekeluarga mengenakan pakaian tradisional warna hijau muda dipercayai diambil dalam majlis akikah si comel yang manja dipanggil Amir berdasarkan perkongsian gambar-gambar pelamin dan sekitar majlis tersebut yang dimuat naik oleh beberapa tetamu jemputan.
Gambar-gambar tersebut diulang siar semula oleh Mira di Instagram Story.
Telatah Amir yang melemparkan senyuman manis dalam dukungan papanya menarik perhatian ramai peminat yang memuji kecomelan dan raut wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah mamanya.
Ads
Ads
Dengan busana baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Amir kelihatan tidak meragam sepanjang majlis seolah memahami acara yang diadakan meraikan dirinya.
Perkongsian foto tersebut membuatkan ramai rakan-rakan artis dan peminat Mira mendoakan Amir menjadi anak soleh.
Ads
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak pada 10 Mei 2022.
Sumber: IG Wan Emir Astar & Mira Filzah
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Apabila berbicara soal kewangan, tentu ada antara kita mempunyai cara yang tersendiri. Malah ada yang mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan tabungan keluarga stabil.
Salah satu caranya adalah mengunakan kenderaan bersaiz kecil untuk menjimatkan kos liabiliti yang perlu ditanggung setiap bulan.
Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol punya pendirian dalam soal perbelanjaan untuk keluargannya. Biarpun golongan T20, dia dan isteri tidak kisah menggunakan kenderaan biasa-biasa untuk bergerak ke pejabat setiap hari.
Namun, hanya menjadikan kereta bersaiz besar sebagai ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.
Perkongsian yang sungguh inspirasi sehingga 11k, jom kita ikuti caranya.
“Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan… Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.”
Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.
Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan. Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.
Orang nak kutuk tu biasalah… Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.
Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.
Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu. Kawan…
Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.
Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.
Nasihat Untuk Orang Muda
▪︎ Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…
▪︎ Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
▪︎ Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.
▪︎ Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.
▪︎ Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.
▪︎ Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.
‘FAMILY CAR’ UNTUK PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG ATAU JARAK JAUH
Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa, turut memiliki ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.
Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.
Setiap manusia pasti akan merasa mati. Namun sebelum dijemput sang Pencipta, lakukan pelbagai amalan sepanjang hidup ini.
Jangan jadikan alasan ketiadaan masa tapi istiqomah untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah.
Peringatan buat kita semua:
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.
7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba’diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.
9) Lazimi menjaga wudhu’ setiap masa kerana orang yg punyai wudhu’ akan didampingi para malaikat2 Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.
KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah
“Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga”.
Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
Semua pasangan suami isteri inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia. Sesungguhnya alam rumah tangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan berkongsi hidup dalam pelbagai aspek.
Suami yang ringan tulang akan memastikan isteri tidak dibeban dengan tanggungjawab yang berat kepada keluarga.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais begitu bermanfaat untuk dikongsi bersama.
1. Penat mengurus rumah
Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita.
Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi.
Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. ” Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing “
2. Penat melayan kerenah anak-anak
Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..
Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress.
Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.
3. Penat mendidik anak-anak
Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.
Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak.
Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.
4. Penat runsing keperluan rumah
Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini.
Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.
Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.
5. Penat melayani diri sendiri
Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi.
Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang.
Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.
Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna.
Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...