Luluh hati seorang ibu bila mana melihat anak yang disayangi mati dibunuh dengan kejam. Lebih memilukan mayat anaknya , Siti Masitah Ibrahim ditemui selepas 11 hari dilaporkan hilang.
Pembunuhan yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan itu menyaksikan organ dalaman Siti Masitah dikeluarkan.
Siti Masitah, 11 tahun dilaporkan hilang sejak 11 hari lalu ditemukan di dalam semak bersebelahan ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini dipercayai mati dibunuh.
“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.
Ads
Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” ujar Solihah Abdullah, 35 yang mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.
Ads
Dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera namun tidak pulang sehingga malam
“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.
Ads
“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini.
Melihat perkara lebih serius dalam perbelanjaan dan pengurusan kewangan keluarga sepanjang tahun ini, tentunya anda sendiri yang dapat membuat rumusannya. Sama ada bagus atau sebaliknya perlu diperbaiki di tahun akan datang agar kehidupan keluarga dapat dijalani dengan lebih kukuh kewangannya.
Pun begitu, sebelum itu elok juga fahami apakah tanda-tanda dikatakan kewangan anda berada ditahap tenat melalui perkongsian ini.
10 Tanda Pengurusan Kewangan Tenat
Pengurusan kewangan yang tidak berkesan boleh menyebabkan masalah kewangan.
Masalah kewangan akan menyebabkan kau akan terjerumus dalam lembah muflis. Lebih teruk lagi kalau kereta, rumah kau semua kena tarik. Kesian anak-anak dan keluarga nanti.
Jadi, amat penting kau sedar terlebih awal daripada kau berpura-pura mempunyai status kewangan yang okay, tetapi sebenarnya tak.
Tanda-tanda kau dalam masalah kewangan. Antaranya:
1. Kau selalu meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pandai pinjam tetapi tak reti nak bayar balik.
2. Sering gaduh pasal wang dengan pasangan. Isteri minta duit untuk beli barang dapur mesti kena tengking punya.
3. Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan 6 bulan gaji. Jika kau bergaji RM1500, sepatutnya kau ada simpanan kecemasan RM9000.
4. Selalu keluarkan duit simpanan dalam ASB atau Tabung Haji. Dah keluar tak boleh nak simpan balik. Rantai dan gelang isteri kau pun pernah pajak gadai.
5. Kerap dihubungi pihak pemungut hutang. Dapat surat amaran bank sebab lewat bayar hutang tu menjadi perkara biasa.
6. Tidak sabar menunggu gaji. Jika gaji lambat masuk mula gelabah. Tengah bulan mula makan megi. Atau rembat biskut kawan.
7. Tidak mampu membayar kos penyelenggaraan kereta dan cukai jalan kereta secara teratur.
8. Hutang kad kredit semakin bertambah. Kau sangat bergantung pada kad kredit la senang cerita.
9. Bayaran balik hutang kad kredit paling minimum. Ada duit lebih bayar, kalau tak, tak bayar.
10. Terlalu banyak buat hutang peribadi dengan pelbagai bank. Semua bank kat Malaysia ni kau buat.
Adakah korang mempunyai mempunyai tanda-tanda seperti di atas? Cepat semak. Kau harus tahu tahap kewangan kau sendiri.
Jika bermasalah, baiki secepatnya. Cuba selesaikan hutang yang kecil dan berhenti buat hutang yang baru. Bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi hutang yang dibuat sendiri.
Selalu ingatkan diri supaya, jangan boros. Cuba hidup di bawah kemampuan. Bersedialah dengan simpanan kecemasan dan buat simpanan yang mencukupi.
Urus perbelanjaan sebaik-baiknya. Kau mesti bijak berbelanja dan menguruskan wang gaji. Kalau bukan kau yang mengubahnya, siapa lagi. Kah!
Umpama mimpi ngeri, Puan Nur Jalilah Leyla berkongsi kisah nyawa anaknya yang hampir melayang akibat terhidu gas monoksida di dalam kereta.
Mereka sekeluarga ketika itu salam perjalanan pulang ke Tanjung Karang, Selangor dari Kuantan. Dalam kegembiraan berbual dan bergurau senda, tanpa mereka sangka, saat itu masing-masing sudah keracunan gas.
Pengalaman yang tak akan pernah Umi lupa. Saat kami semua termasuk (mak ayah mentua) opah dan atok keracunan gas monoksida dalam kereta.
Pada 19 May 2022, Umi dan anak-anak mengikut mak ayah mentua untuk balik ke Tanjung Karang, Selangor sebagai peneman balik dalam tempoh 3-4 hari saja.
Dalam perjalanan dari Kuantan, semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak pula seronok dengan berbual dan teman atok dan opak mereka. Kami sempat singgah makan tengah hari di Temerloh dan selepas itu teruskan perjalanan.
Sempat lagi Umi hantar gambar pada suami untuk tengok anak-anak tengah tidur. Rupanya, suami ada tegur muka Eijaz nampak pucat dan kasihan. Dia tanya anak-anak ok ke. Umi balas ok, mungkin sebab kepenatan agaknya. Tak sangka, sebenarnya mereka dah lain masa ini. Deeja pula senyap, tidur dan tak ceria. Fikir Umi, mungkin sebab cuaca panas.
Pada sekitar jam 1.00 tengah hari, selepas dari hentian Bentong, tiba-tiba, Deeja terjaga dan merengek tapi mata tak terbuka. Umi pujuk dan tiba-tiba badannya lembik. Namuri seorang ibu, rasa sesuatu tidak kena. Umi cuba kejutkan Deeja untuk bangun tapi tiada respon.
Umi terus jadi panik, anak selebih-lembiknya. Terus Umi menjerit pada mertua beritahu Deeja tak sedar diri tanpa sebab. Buka baju dan seluar, tepuk-tepuk dan sapukan air pada muka untuk kejutkan dia. Tapi tetap tiada respons.
Pernafasannya pun makin lemah. Kami berhenti tepi highway dan tahan kereta lain sammbil mendukung anak. Umi hanya fikir, Ya Allah, jangan ambil nyawa anakku.
Sementara itu, Zara dan Eijaz meraung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh untuk kejutkan Deeja. Masa itu, ada satu kereta, keluarga Chinese (Mr Richard berhenti dan tanyakan keadaan. Dia meminta kali ikut mereka dan terus ke hospital berdekatan.Msa itu, Mr Richard syak ada masalah gas ke apa dan berpesan supaya buka tingkap.
Semasa perjalanan ke hospital, Deeja masih tiada respon, luruh rasa jantung Umi sebab tak tahu punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam, mereka pula tidak sedar. Eijaz tertiarap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah karpet. Manakala Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah dan meniarap. Ya Allah dugaan apakah pada kami.
Ayah mentua teruskan pemanduan dan ikut kereta Mr Richard. Mak mentua pula bantu kejutkan Eijaz dan Zara. Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz nampak sangat pucat dan lesu. Umi pula dah mula rasa nak muntah, pening dan nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tak sedarkan diri, Umi gagahkan diri bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan mereka.
Sampai di hospital Orang Asli Gombak terus ke bahagian Kecemasan dan Deeja diberi terus bantuan oksigen.
Umi sesak nafas dan masih muntah-muntah angin. Mak mentua pengsan selepas sampai di hospital dan ayah mentua serta Zara, Eijaz diberi bantuan oksigen. Selepas semua diberi bantuan oksigen, mereka kembali stabil tapi masih dalam keadaan lema. Suami pula dah bersiap datang dari Kuantan.
Kes kami di rujuk ke hospital Selayang. jam 8 malam kami semua dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tidak mahu ambil risiko.
Dari situ, doktor mengesahkan kami keracunan gas monoksida yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami dipantau sehingga betul-betul stabil.
Doktor ada beritahu, kalau Umi tak tahu anak tak sedar itu dan berangapan anak-anak tidur lena, kemungkinan akan mengancam ntawa anak-anak. Sebab ia menterang pada orang yang tidur dan terus idak sedarkan diri sampailah kekurangan oksigen pada otak.
Syukur, Allah berikan naluri yang tepat pada Umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu. Jam 3 pg barulah doktor lepaskan kami balik.
Ibarat mimpi ngeri semua tu. Keracunan gas monoxide ini tak bermakna masa kita berhenti kereta dan tidur di hentian saja. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan kereta tengah bergerak. Tapi ia boleh bahayakan pada penumpang yang tidur.
Allah jentikkan kami ikut sekali, kalau la mentua berdua saja balik tak tahu apa akan jadi pada mereka. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu.
Patutlah pada hari Sabtu sebelum ini, mak mentua masa perjalan ke Kuantan, dia dah pengsan dan muntah sekali dalam kereta tanpa sedar. Itulah permulaan kebocoran gas monoksida dalam kereta.
Sebelum perjalanan yang jauh, periksa semua keadaan kenderaan, baik kereta lama mahupun kereta baru. Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.
Ingatlah, perkara nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentias peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.
Kepada Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital.
Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana dan tinggal di mana. . Seandainya posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.
Bila orang menyebut tentang metabolisma, apa yang anda faham dan apa kepentingannya untuk kita ketahui? Sebenarnya metabolisma ialah kadar penggunaan/’pembakaran’ kalori oleh tubuh badan bagi memastikan segala fungsi dan proses dalam badan dapat berjalan dengan lancar. Ia adalah satu proses di mana makanan yang kita ambil akan ditukarkan kepada tenaga (kalori) untuk diguna pakai. Secara mudahnya, semakin tinggi metabolisma badan, semakin banyak kalori ‘dibakar’ lalu dapat mencegah kenaikan berat badan.
Jadi persoalannya, bolehkah metabolisma dalam badan kita ini ditingkatkan dan bagaimana caranya?
Nak tahu detail, jom kita baca perkongsian daripada pakar dietitian Mohd Khairul Azuan untuk pemahaman bersama. Ini perkongsiannya;
Ramai yang bertanya, bagaimana untuk tingkatkan metabolisma badan?
Ada beberapa faktor yang terlibat dalam menentukan naik atau turun metabolisma badan.
1. Saiz badan (genetik)- Orang lebih besar mempunyai metabolisma lebih tinggi dari orang yang lebih kecil. Bagaimanapun, orang yang tinggi dan kurus mempunyai metabolisma yang lebih TINGGI berbanding mereka yang rendah dan lebar. Luas permukaan yang lebih besar, lebih tinggi metabolisma.
2. Otot atau lemak (boleh diubah) – Fat free mass menyumbang 80% perbezaan dalam menentukan kadar metabolisma. Jadi atlet yang tinggi otot biasanya 5% lebih tinggi metabolic rate berbanding orang biasa.
3. Umur (tak boleh ubah) – Umur yang lebih tua akan mempunyai metabolisma badan yang lebih rendah. Perlu bersenam untuk kekalkan otot dalam badan.
4. Jantina (tak boleh ubah.. emmm)- Lelaki mempunyai metabolisma yang lebih tinggi berbanding wanita.
5. Hormon (semulajadi. Tak boleh kawal) – Selalunya bila ada masalah hyperthyroid (naik) dan hypothyroid (turun). Untuk wanita, biasanya metabolisma akan meningkat sedikit semasa period dan juga semasa mengandung.
6. Faktor lain (boleh kawal selagi tak berlebihan dan halal) – Pengambilan cafein , nikotin dan alcohol meningkatkan metabolic rate. Mereka yang tinggal di kawasan tropika juga mempunya metabolisma yang lebih tinggi berbanding mereka yang tinggal di kawasan bersuhu panas. Di kawasan yang terlalu sejuk pula, badan lebih mahu menyimpan lemak sebagai pelindung dari kesejukan.
7. Diet (boleh ubah & baiki) – Makanan tinggi protein dan lebih pedas juga meningkatkan metabolisma badan.
Bila kita faham faktor yang mempengaruhi metabolisma badan, kita dapat ambil peduli faktor mana yang dapat diubah dan mana yang tak dapat diubah. Ini dapat membantu kita dalam pengurusan berat badan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.