Memiliki raut wajah yang cukup manis dan berdarah kacukan, tidak hairanlah andai ramai yang geram melihatnya. Ditambah dengan gelagatnya yang comel membuatkan ramai terhibur.
Berusia 7 tahun, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dibesarkan bak seorang puteri dengan limpahan kasih sayang. Apa sahaja perkembangan Aaisyah Dhia Rana, dikongsikan menerusi laman instagram yang dibuat khas untuknya.
Terbaru, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik satu video kaletah anaknya itu. Video tersebut menunjukkan Aaisyah bertanya kepada ibunya kenapa suka memakai high heels.
Ads
“Why you like wearing high heels?”
Che Ta menjawab soalan berkenaan dengan berkata beliau kelihatan lebih tinggi dengan memakainya.
Ads
Namun Aaisyah memberitahu bahawa ibunya itu memang sudah tinggi.
“Nampak more seksi.”
Ads
Itu Jawapan Che Ta yang membuatkan Aaisyah terkesima seketika sebelum ketawa.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Seorang suami, bila dah berkahwin sememangnya kewajipan utamanya menyediakan tempat berlindung dan memberikan nafkah kepada isteri dan juga anak-anak. Nafkah tidak kira dari sudut makanan dan pakaian, mengikut pada kadar semampunya.
Bila disebut tentang kadar nafkah, baru-baru ini seorang pengguna laman Facebook, Puan Suriati Ghani ada berkongsi kisah di mahkamah syariah apabila seorang lelaki dikatakan hanya mampu memberikan nafkah sebanyak RM10 seminggu kepada isterinya.
Malah, difahamkan tuntutan nafkah tersebut juga tertunggak tetapi si suami sebaliknya mendakwa tidak mampu memberi jumlah yang dituntut si isteri memandangkan pendapatannya kecil.
Part membuat hujah di penghujung kes adalah tugas yang merumitkan, semua perlu di masukkan supaya dapat membantu Mahkamah memberi pertimbangan seadilnya dalam membuat keputusan.
Tuntutan nafkah tertunggak isteri, suami mendakwa pendapatan beliau kecil & tidak mampu memberikan nafkah sepertimana yang dituntut oleh isteri, hanya mampu memberikan RM10 seminggu untuk isteri.
Puan Suriati Ghani berpendapat seseorang individu lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai tubuh badan sihat seharusnya bekerja mencari pendapatan lebih untuk menampung keperluan diri dan keluarga.
Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita/isteri yang lain, selain berniaga online, beliau turut membawa grab untuk menampung nafkah diri sendiri & anak-anak, terpaksa membuat lebih dari 1 pekerjaan kerana suami abaikan nafkah beliau & anak. Memang pada masa datang berjumpa saya, nampak keadaannya letih, baru selesai hantar pelanggan & terus datang jumpa saya untuk mengadu masalah. Katanya beliau pernah bawa grab hingga larut malam.
Jika orang lain boleh bekerja lebih masa untuk mencari pendapatan lebih untuk keluarga, tambahan pulak perempuan, kenapa lelaki yang sihat tubuh badannya tak boleh? Di mahkamah pun beliau mengaku beliau masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
Berikutan daripada itu, Puan Suriati Ghani mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki supaya dapat membayar tuntutan nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan kelak.
Hmm..didoakan semoga beliau dimurahkan rezeki selepas ini & dapat membayar nafkah tertunggak isteri yang akan diputuskan nanti.
Dalam usaha memupuk masyarakat khusus generasi muda mengimarahkan masjid, pihak Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu.
Menurut Ketua pentadbir atau naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz, program tersebut bermula sejak 7 Oktober lalu. Idea tercetus ketika mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.
“Amaun yang diberikan RM3 untuk murid sekolah rendah manakala RM5 untuk pelajar sekolah menengah.
“Inisiatif selama seminggu sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila seramai tujuh hingga 11 remaja solat Subuh bersama ahli keluarganya di masjid,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pemberian wang saku itu hanya diberikan pada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
“Selain mengimarahkan masjid, AJK mahu menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid.
“Secara tidak langsung, ia mengajak ibu bapa untuk turut serta bersama mereka. Ia satu pendekatan terbaik untuk kariah di sini,” katanya.
Mohammad Akmal berkata, sumber kewangan adalah hasil sumbangan ahli kariah dan korporat.
“Sememangnya kami mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat dan badan bukan berkanun untuk terus menyuburkan program-program bermanfaat seperti ini.
“Sumbangan ini boleh melalui Bank Islam Malaysia Berhad, 14229010005272,” katanya.
Beliau berkata, matlamat utama bukan semata-mata pemberian wang saku itu sebaliknya memurnikan budaya orang ramai berkunjung ke masjid untuk bersolat dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah.
Mohammad Akmal berkata, pengisian program terutama kepada golongan muda juga membantu mereka untuk menghabiskan masa dengan aktiviti bermanfaat pada musim cuti sekolah selain membantu mencungkil bakat baharu dalam bidang agama.
“Antara aktiviti yang diadakan seperti program Movie Night (kisah Rasul) dan pertandingn beyblade dan hafazan,” katanya.
Rata-rata netizen memuji usaha pengurusan Masjid Bukit Damansara dalam menarik minat golongan muda untuk berkunjung ke masjid. Dalam masa yang sama, turut berharap masjid di kawasan lain boleh menjadikan program ini sebagai contoh dalam usaha mengimarahkan masjid.
Sumber: Sinar Harian
Foto: Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...