Biarpun sudah pulang ke tanah air dengan selamat dan menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari, namun jelas ayah kepada Ainul Mardhiah, anaknya itu masih perlu dipantau dan dibawa bertemu doktor untuk rawatan susulan.
Dalam masa yang sama, Ahm,ad Safiuddin turut menyimpan hasrat untuk membawa Ainul menunaikan umrah sebaik anaknya itu sembuh sepenuhnya kelak.
Hanya hasrat dan impian kami. InshaAllah, jika Allah swt izin dan Ainul sihat dan doktor sahkan ainul 100% sihat dan selamat, maka kami akan pergi ke sana.
Tapi bukan lah dalam masa terdekat ataupun tahun ini. Keutamaan sekarang adalah Ainul Mardhiah. Walaupun ainul sudah balik, tapi ainul perlu sering ke hospital untuk rawatan susulan ( Follow up ).
Masih banyak lagi perkara yang ainul perlu tempuhi. Ya, jauh lagi jalan ainul ini tuan/puan. Bukan selesai pembedahan, terus habis segala rawatan. Tapi ada lagi beberapa perkara yang ainul perlu jalani selepas ini.
Alhamdulillah, ainul kekal sihat sehingga hari ini. Hasil doa dan kata semangat dari tuan/puan semua. .
Ads
Maaf lama tidak update di dinding Facebook ni. Jika ada antara tuan/puan yang pernah tinggal di hospital dalam jangka masa yang panjang, mungkin tuan/puan tahu betapa blurnya diri ini 😅 Bila duduk hospital, tak boleh nak fikir apa-apa. .
Saya dan isteri doakan tuan/puan semua dirahmati olehNya, dipermudahkan urusan, dilipatgandakan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin!
Menerusi laporan terbaru Harian Metro, keluarga ini sudah pulang ke kediaman mereka di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka. Ainul Mardhiah, 13 bulan, sebelum menghidap kanser Germ Cell Tumor terbang ke London pada 25 Mei lalu dan berada di sana selama dua bulan bagi menjalani pembedahan dan mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang apabila menunjukkan perubahan positif.
Sebaik tiba di tanah air pada 28 Julai lalu, Ainul ditempatkan terlebih dahulu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.
Nurul Erwani berkata, dia dan suami Ahmad Safiuddin Razak, 24, amat bersyukur dan gembira apabila mereka sekeluarga selamat pulang ke rumah sendiri selepas beberapa kali menempuh detik mencemaskan sepanjang anaknya itu menerima rawatan.
Ads
Katanya, sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam, Ainul terlebih dahulu dipantau di Hospital Melaka untuk tempoh satu malam.
“Alhamdulillah, semalam dia tidur lena dan hari ini aktif bermain. Akhirnya kami dapat balik rumah, empat bulan di hospital pelbagai detik dan situasi dilalui. Semestinya saat ini dinantikan.
“Pada awalnya Ainul agak pelik, pandang kiri dan kanan, tetapi tidak lama selepas itu dia dapat merasai suasana di dalam rumah. Dia bagaikan mengerti apabila dapat duduk di katilnya sendiri dengan reaksi tersenyum-senyum,” kata Nurul Erwani menceritakan gelagat anak kesayangannya itu.
Menurut Nurul Erwani lagi, walaupun sudah dibenarkan pulang, Ainul perlu membuat beberapa rawatan susulan setiap bulan bagi memantau tahap kesihatannya selain menjalani fisioterapi.
Katanya, walaupun pembesaran dan pergerakan anaknya tidak seperti bayi seusia lain, banyak perubahan ditunjukkan Ainul yang semakin hari kian aktif.
Ads
“Kalau boleh kami tidak mahu paksa sangat biarlah dia buat apa yang boleh seperti sekarang.
“Sekarang ini dia sudah pandai pusing badannya sendiri, kenal mainan dan menunjukkan reaksi apabila kita mengambil mainan dipegangnya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun tahap kesihatan dan perkembangan anaknya itu menunjukkan perubahan positif, Ainul perlu memakai alat sokongan pernafasan.
Menurutnya, atas nasihat doktor Ainul perlu dikuarantinkan di rumah kecuali untuk ke hospital memandangkan sistem imunisasinya tidak kuat selain mudah terkena jangkitan.
“Kami tidak menghalang jika ada yang ingin datang menjenguk Ainul, sebaliknya saya amat berharap agar tidak memegangnya.
“Setiap kali mahu menyentuhnya, kami agak bimbang kerana risau Ainul akan dijangkiti kuman,” katanya lagi.
Ini namanya keluarga bahagia yang membawa ke syurga. Didikan ibu ayah itu mencerminkan anaknya.
Begitu juga dengan rakaman video tular yang menunjukkan rakaman video seorang anak lelaki yang cuak apabila ayahnya sedang membawa Al-Quran.
Namun siapa sangka, si anak sebenarnya siap sedia untuk menyambung bacaan surah Al-Quran. Lebih kagum, si anak gigih mencari di aplikasi telefon surah yang dibaca ayahnya.
Menerusi akaun TikTokSiti Suraayaaa atau nama sebenarnya Siti Suraya Mohd
Sulaimi, 21, video berdurasi 19 saat itu telah mendapat tontonan sehingga 3.1 juta telah meraih perhatian ramai.
Ramai wargamaya meluahkan kagum melihat cara hidup keluarga berkenaan. Biarpun di dalam kenderaan, keluarga ini tetap menghayati ayat-ayat Quran.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Kejadian tu berlaku masa kami dalam perjalanan nak ke Johor Bahru sebab ada kenduri.
“Sebelum kami bergerak dari Klang, ayah ada baca potongan surah dan doa memulakan perjalanan.
“Macam biasa, saya akan ajak adik ambil gambar selfie dalam kereta tapi dia tak hiraukan saya masa tu.
Menurutnya , adik lelakinya, Muhamad Zulhilmi yang berusia 17 ramai pada ketika kelihatan tekun melihat skrin telefon bimbitnya seolah-olah mengikut ‘rentak’ bacaan oleh bapanya.
Dia yang juga duduk di kerusi belakang kemudiannya cuba menjengahkan kepala untuk melihat apa yang dibaca oleh adiknya itu.
Ternyata, Zulhilmi sedang menggelabah mencari surah yang sedang dibacakan oleh bapa mereka.
“Dia tak pedulikan saya yang ajak selfie ni sebab tengah cari surah apa yang ayah baca.
“Adik saya sangka ayah nak suruh dia sambung ayat yang dibaca tetapi tidak pun. Cuma dia standby siap-siap cari surah tu dekat telefon.”
RUPANYA PELAJAR TAHFIZ
Kehebatan keluarga ini, rupanya lelaki berkenaan merupakan bekas pelajar sekolah agama tahfiz. Namun telah berhenti daripada belajar di sekolah tersebut dan kini sudah bekerja setelah menetap di Ipoh, Perak.
Menurut Siti Suraya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik bahawsa sudah menjadi satu kemestian dalam keluarganya untuk sesi ‘tebuk’ al-Quran (uji bacaan surah secara rambang) dibuat antara anak-anak dan bapa setiap kali pulang ke rumah dari sekolah tahfiz.
Katanya lagi, Zulhilmi iaitu adik keduanya itu telah berjaya menghafal 10 juzuk manakala adik ketiga hafal dua juzuk. Hebatnya keluarga ini. Moga kisah inspirasi ini menjadikan kita muslim yang lebih sempurna.
Ketika di bulan Ramadan ini tentunya kita ingin merebut banyak pahala dengan melakukan ibadah. Dan tentunya juha kita mempunyai pilihan untuk menyediakan ruang yang lebih selesa di dalam rumah untuk mendirikan solat mahu pun mengaji. Jadi tidak salah kiranya menyediakan ruang khas untuk tujuan itu.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Rita Rudaini dan apa yang lebih istimewa, mini musalla tersebut disiapkan sendiri olehnya secara DIY, daripada mengecat hinggalah menghias. Memang awesome dan rata-rata netizen kagum dan memuji usaha yang dilakukan.
Hebat sungguh dan di dalam video pendek yang dikongsikan dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat dan menghias dengan frame tertulis kalimah suci al Quran.