Sofea Jane tak sabar jadi nenek, anak sulung bakal bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.
Sofea Jane Tak Sabar Jadi Nenek, Anak Sulung Bakal Bersalin Akhir Bulan Ini
Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna, dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”
Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.
“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.
Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.
Ads
“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’ tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.
Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Penyanyi Wany Hasrita yang kini bergelar ibu berkongsi rasa ‘burnout’ apabila terpaksa menjaga anak seorang diri kerana berjauhan dengan suami.
Walaupun teramat letih menguruskan anak seorang diri namun kata Wany dia bersyukur kerana emosinya masih stabil daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
“Rasa terlalu letih atau burnout memang ada, tapi Alhamdulillah setakat ini saya masih diberi ketenangan minda walaupun letih macam mana pun,” kata Wany.
Tambah ibu kepada Aishah Al-Iman ini, cara untuk mengawal perasaan adalah dengan berkongsi segala perasaannya dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun.
Menurut Wany, biarpun berjauhan namun berbual dengan suami mampu meredakan segala tekanan emosi yang dialaminya.
“Suami memang tempat saya luahkan segala-galanya. Kalau tak dapat cakap secara bersemuka, saya akan hantar mesej macam peluru berpandu kepada dia,” katanya sambil tersenyum.
Terdahulu Wany mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 22 Julai 2022. Pasangan ini kini dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Aishah Al Iman, yang kini berusia setahun.
Menunggu detik kelahiran adalah suatu yang mendebarkan. Bagi yang pertama kali bergelar bakal bergelar ibu bapa tentu berganda debarannya.
Lebih merisaukan apabila mak ayah di kampung tidak dapat merentas negeri dengan situasi kes yang semakin meningkat saban hari.
Tentu kita tidak mahu membahayakan kedua ibu bapa. Jadi jalan terbaik adalah melakukan urusan berpantang di rumah sendiri. Jadi sudah tentu pelbagai persiapan perlu dilakukan agar tidak kelam kabut.
Salah satu persiapan yang wajib diketahui adalah cara membersihkan uri bayi. Biasanya orang tua lebih berpengalaman perkara ini.
Biarpun tiada hukum atau hadis menjelaskan mengenai pengurusan uri namun ia merupakan anggota badan.
Jadi seeloknya dibasuh dan ditanam agar tidak menimbulkan masalah lain. Malah JAKIM sendiri mengeluarkan hukum bahawa menanam uri adalah harus.
Jadi inilah masa untuk bakal bapa tahu cara yang betul untuk membersihkannya.
1.Sediakan bahan dan perkakas lengkap.
Antara bahan untuk basuh uri yang diperlukan itu adalah :
Uri Garam Asam Jawa Kain Putih Sarung tangan Besen Topeng muka
2. Baca dengan bacaan Bismillah
Setelah siap sedia semua bahan untuk basuh uri bayi ini, Sekarang bolehlah kita mula dengan bacaan Basmalah.
3.Pakai sarung tangan dan topeng muka dahulu.
Kemudian pindahkan uri bayi daripada bungkusan ke dalam besen yang telah disediakan.
4.Lumurkan garam pada bahagian dalam uri, Setelah itu biarkan sekejap. Proses ini adalah untuk mencairkan darah yang telah beku.
5. Bersihkan darah
Sementara tunggu darah beku itu menjadi cair. Kita basuh dulu bekas plastik bungkusan uri tadi. Buat sehingga betul-betul bersih. Sebab plastik tersebut kita akan buang ke pelupusan sampah. Buang segala lebihan darah yang wujud. Bagi mengelakkan terjadinya bau busuk. Menghindari daripada menarik benda asing. Terutamanya haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya.
6. Cuci dengan air bersih.
Kembali semula pada uri yang telah di lumur dengan garam tadi. Saat ini alirkan air secara terus pada uri untuk melarutkan darah. Serta memisah kotoran yang ada pada uri. Gunakan juga asam jawa untuk proses ini.
7. Gosok permukaan uri secara keliling.
Dari luar ke dalam dengan menghala ke arah tali pusat.
8. Urut bahagian tali pusat hingga hujung.
Kemudian urut pula tali pusat dari pangkal hingga ke hujung. Supaya sisa darah yang ada dapat keluar melalui hujung tali pusat. Hati-hati kerana proses ini boleh buat darah terpercik ke muka.
9. Toskan sekejap
Setelah selesai langkah di atas, sekarang ini gosok pula pada bahagian dalam uri. Buat secara perlahan-lahan. Lakukan proses ini dengan lemah lembut. Bagi mengelakkan uri tidak terkoyak. Jika bahagian dalam terkoyak, dikhuatiri akan terlerai segala isi uri. Setelah siap, toskan sekejap.
10. Tunggu sebentar air turun kering
Sementara menunggu lebihan air turun, bentang kain putih untuk langkah terakhir Proses membalut ( bungkus ).
11. Bentang kain putih
Setelah uri siap ditoskan, letakkan uri di atas kain putih yang telah dibentangkan. Taburkan garam ke bahagian dalam uri secara menyeluruh. Macam yang saya tunjuk di bawah ini.
Peringatan keras! Jangan diletakkan benda asing dalam uri. Seperti paku, pensil, besi, gunting dan sebagainya. Melainkan jika ada unsur saintifik yang kukuh. Sebagai contoh meletakkan garam atau limau nipis. Bagi membantu untuk hilang bau darah atau bahan bagi uri tersebut menjadi cepat kecut.
12. Tanam uri
Alhamdulillah kita sudah pun sampai pada langkah yang terakhir, Ikatlah bungkusan uri tadi dalam bentuk bunjut dengan kemas.
Menabung sangat penting baik yang bujang mahupun sudah berkeluarga. Sebaiknya kena mulakan dari awal memandangkan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan menabung kita ada simpanan untuk masa depan. Bagi wanita yang bakal melahirkan anak, pasti sedia maklum banyak duit yang kena guna termasuklah membeli keperluan bayi, membantu suami untuk membayar bil rawatan hospital dan sebagainya.
Perkongsian ibu bernama Wany Zabry ini cukup bermanfaat untuk kita semua. Beliau memulakan simpanan sebanyak RM50 sehari!
Walaupun Wany kini sudah bersalin, namun perkongsian yang dimuat naik menerusi laman instagramnya boleh dijadikan panduan oleh bakal ibu dan wanita lain bagaimana untuk memastikan diri istiqamah dalam menabung.
MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN
Yes yes! Menabung! I orang paling gila menabung dari kecik lagi rasanya tak duit syiling 20 sen duit syiling 50 sen! For those nak tahu apa Wany aim semua Wany buat tabung, contoh:
Since sedar diri business ada up and down, so kena ada perasaan boleh ke tak ke boleh ?? YES!!! BOLEH! (Ikut kemampuan)
And now for my baby day 1 Wany tahu Wany preggy, Wany buat tabung RM 50 per day, tak campur dengan duit tabung business. Kadang-kadang daddy masukkan tapi dalam hati berkobar-kobar jangan skip menabung sebab nak tengok result! Alhamdulillah hari ni keluarkan dari vase pineapple kecil comel tu tak sangka banyak juga! Sumbat-sumbat sampai padat sebab kalau bekas besar dan nampak mesti sibuk nak gunakan untuk banyak benda!
Before dapat baby pun dah simpan sikit-sikit tapi we all decided guna untuk beli barang baby and untuk bersalin di hospital swasta (mudah mudahan ada rezeki kalau gov pun tak kisah janji selamat). Menabung pun ajar diri jadi disiplin and sabar, harap anak mommy nanti pandai menabung, sikit-sikit pun takpe. Janji ada nampak hasil. Agak-agak berapa total menabung selama almost 6-7 bulan ni?
TOTAL MENABUNG 6BULAN (RM13,600) omg mommy you did it! Boleh masukkan dalam buku baby.