Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ungkapan yang cukup sesuai menggambarkan personaliti yang satu ini. Disebalik kekurangan yang ada padanya, Allah anugerahkan kelebihan yang tidak ternilai.
Norfarrah Syahirah Shaari, 31 adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kudung kedua belah tangan sejak lahir. Jadi, dia menggunakan kaki untuk melakukan kerja harian termasuk memandu ke tempat kerja serta lain-lain destinasi.
Video yang memaparkan Nofarrah memandu kereta menggunakan kaki dikongsikan oleh seorang rakannya di twitter baru-baru ini. Perkongsian dari rfzilaa telah bagai manapun mendapat perhatian warganet. Rata-rata memuji akan ketabahan dan juga kelebihan yang ada pada Norfarrah.
Diberi peluang merasa naik 1 kereta dgn Puan Farah. Nikmat mana lagi yg engkau mahu dustakan ? ingatlah, ade org yg lebih serba kelurangan drpd kita tapi boleh berjaya.
(Just ignore my voices, sis bru lps mnangis sbb sebak sgt masa tu) ??❤️ pic.twitter.com/66xMPW0T9Z
Sementara itu, Norfarrah mengakui sudah membiasakan diri memandu berseorangan dan itu menjadi rutin sejak tujuh tahun lalu.
“Awalnya memang takut tetapi saya beranikan diri untuk belajar memandu kerana mahu berdikari dan enggan menyusahkan orang sekeliling.
“Dulu ayah kerap berulang alik dari rumah untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari tempat kerja. tapi lama-kelamaan saya berfikir sampai bila nak mengharapkan bapa dan orang sekeliling.
“Timbul keinginan untuk memiliki lesen memandu dan mulanya, saya tidak yakin sehingga melihat kebolehan seorang rakan OKU memandu walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan.
“Sejak itu juga, saya kerap berhubung dengannya (rakan OKU) untuk bertanya dengan lebih lanjut sebelum memberanikan diri untuk belajar dan alhamdulillah, saya lulus dalam ujian memandu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ads
Norfarrah yang kini bertugas sebagai pembantu tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak berkata, dia mengambil masa dua minggu saja untuk membiasakan diri memandu menggunakan kaki.
Menurut Norfarrah, perkara paling sukar dilakukannya ketika mula memandu adalah meletak kenderaan dalam keadaan mengundur.
“Memang sukar tetapi tak sampai sebulan, saya sudah dapat membiasakan diri untuk memandu sendiri dengan yakin.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan setakat ini, saya belum pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya.
“Malah, saya selesa memandu dengan kedua belah kaki dan tidak timbul masalah kerana selama ini, rutin harian lain turut dilakukan dengan anggota berkenaan,” katanya.
Ads
Norfarrah berkata, dia tidak sangka videonya memandu menggunakan kaki tular di laman sosial dan hanya tahu mengenai perkara itu selepas diberitahu oleh rakannya.
“Terkejut dan pada masa sama gembira kerana ramai memberi sokongan dan kata semangat kepada saya.
“Terima kasih kepada semua dan saya percaya, ramai lagi OKU di luar sana yang mempunyai kebolehan luar biasa.
“Apa yang penting, mereka kuat semangat dan sentiasa berusaha kerana status sebagai OKU bukan alasan untuk menyusahkan orang sekeliling,” katanya yang juga aktif sebagai penceramah jemputan di sekolah sekitar Perak.
Ads
Tweet tersebut yang kini sudah mendapat 11.8 ribu ciapan, mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan kebolehan yang ada pada wanita OKU itu.
Respect, aku yang normal pun tak berani bawa kereta
Setiap ibu bapa pasti tidak akan melepaskan peluang merakam momen anak-anak membesar, baik dalam apa jua yang dilakukan si kecil ini.
Termasuklah juga dalam hal pembelajaran.Demikian juga dengan pelakon Nora Danish yang sering memuat naik perkongsian di Instagram tentang anak lelakinya, Mohamed Neqayl Nedim.
Dalam perkongsian terbaru isteri kesayangan Bosned ini , Nora berkongsi cara anak lelakinya yang mesra dipanggiol Ney Ney belajar membaca huruf jawi menggunakan teknik jari bermula dari huruf Aliff sehingga Yaa dengan begitu fasih.
Menariknya, cara yang ditunjukkan oleh Ney Ney adalah dengan menggerakan jarinya bagi mewakili setip huruf. Nampak menarik kaedah yang dikongsikannya.
Cukup simple dan nampak comel lebih-lebih lagi dengan slang Ney Ney yang tersendiri membuatkan cara tersebut nampak unik dan lain dari yang lain.
mastura_mukhtarKak dh byk kali tgk… neyney akan pakai jari bila menyebut ABC, sifir .mengaji dll… cara apa yg dia pakai ya?? @noradanish@boss_ned 👍👍
Bijaknya mummy ajar
syiranuar_I saw his hand, is it a sign @noradanish ? Dua tiga kali ulang ni tengok tangan dia. Bila dia tak dapat buat sign, dia ulang lagi. So clever this boy. ❤️
hafiz_bahamanMacam mat salleh dia sebut, baguslah dah hafal
Hafal guna formula
cutezz@noradanish teknik Ney Ney menghafal dan mengenal huruf jawi nie bagus… sekali gus dia boleh ingat bentuk huruf jawi tu dengan mudah … pandai Ney Ney! 😘😘😘
hidayu_amranDia hafal guna formula lahhh, tgk tgn diaaaa. Bijaknya mummy dia ajar.
Sandwich menjadi antara menu sarapan yang paling ringkas untuk disediakan dan mengenyangkan. Bahkan sandwich ini juga kita boleh pelbagaikan citarasanya, sama ada sandwich sardin, sandwich tuna, sandwich telur dan sebagainya.
Berkongsi rahsia untuk menambahkan lagi kesedapan sandwich telur berbanding jika sekadar hanya letak bahan-bahan seperti lada sulah dan mayonis semata-mata, ada baiknya ada cuba resipi yang dikongsikan oleh peniaga sandwich, Suraya Yaacob ini. Menurutnya ada bahan rahsia nak bagi lagi sedap!
Ujarnya dengan meletakkan ramuan bawang karamel di dalam roti sandwich telur jualannya, sekali gus menjadikan sangat sedap hingga ‘digilai’ oleh pelanggannya untuk makan setiap hari tanpa jemu.
Tambahnya lagi dengan tambahan bawang karamel tersebut menjadikan adunan sandwich telurnya bukan sahaja sedap malah berbau wangi. Lantaran itu, Suraya turut berkongsi resepinya dan jika ada yang ingin membuat jualan pun boleh juga menggunakan resipi tersebut.
Jelasnya lagi, kena cuba buat sekali baru tahu rasa dia macam mana. Resepi yang dikongsi ini cukup untuk 1 buku roti panjang dan 1 buku roti pendek. Ngam-ngam dengan 7 biji telur.
Dicadangkan juga jika suka boleh tambah salad dan tomato. Namun dia tidak meletakkan bahan tersebut kerana pelanggannya suka buang sayur tersebut. Jadi baginya lebih baik tidak meletakkan bahan tersebut di dalam sandwich jualannya.
CARA BUAT SANWICH TELUR YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti panjang & 1 buku roti pendek
7 biji telur rebus-dihancurkan
4 sudu besar mayonis
2 sudu bawang karamel
1 pokok daun bawang
Bahan-bahan untuk bawang karamel :
1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara Buat :
1. Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu. Angkat dan sejukkan.
2. Gaul rata telur yang dihancurkan bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3 Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel.
Berjauhan dengan orang yang disayangi ‘sakitnya’ hanya Tuhan yang tahu. Seksanya menanti dalam tempoh yang lama tak siapa mampu merasainya. Benarlah ungkapan penantian itu satu penyeksaan.
Itulah yang dialami oleh Massoezailin Saleh serta anak-anaknya apabila terpaksa berjauahan selama 7 bulan dengan insan tersayang. Namun, baru-baru ini mereka berpeluang bertemu kembali dalam suasana yang cukup pilu dan sedih.
Air mata after 7 months.
Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak2 tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka.
Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.
Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doa2 kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua
Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.
Allah pinjamkan 14hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada disisi. Anak2 juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita moment2 penting sepanjang ketiadaan papa disisi.
Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.
Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera.
Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.