Dalam diam, rupanya bekas personaliti TV3 yang terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim kini sedang hamil anak keempat. Berita gembira tersebut dikongsikannya menerusi Instagram rasminya semalam.
Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu mengesahkan yang dirinya sedang hamil lebih tujuh bulan ketika ini.
Azrinaz mengulangi perkara sama mengumumkan berita sama saat hamil anak ketiganya, Areesya Malaykha (kini setahun empat bulan) pada tahun 2019.
Malah Azrinaz turut berseloroh memaklumkan gambar berbadan dua yang dimuat tersebut bukanlah gambar lama yang dikongsi semula.
“Ini bukan gambar ‘throwback’. Apa yang dilihat dalam ini gambar semasa. Anak lelaki atau perempuan, nak mengidam apa… saya memperkenalkan bakal anak keempat.
Ads
“Saya sudah hamil dalam tempoh 30 minggu saat ini. Alhamdulillah Tuhan berikan nikmat indah ini untuk saya dan suami sekali lagi di usia kami sekarang.
“Saya pun tak jangka akan hamil lagi dengan jarak yang dekat usia kelahiran Areesya Malaykha. Tapi kenapa perlu menunggu lagi, jika saya masih diberi kesempatan ini,” katanya.
Ads
Azrinaz turut memohon keluarga, teman dan pengikutnya di Instagram untuk mendoakan kesejahteraan diri dan anak dikandungnya itu.
“Semoga segala galanya akan lancar dan dipermudahkan. Saya dijangka melahirkan anak keempat ini awal bulan April depan,” katanya
Dalam pada itu, Azrinaz sempat berseloroh kepada BH Online saat ditanya mengenai fasa perintah kawalan manakah anak yang dikandungnya kini
Ads
“Tak tahulah nak cakap anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sejujurnya saya tak merancang pun,” katanya.
Perkongsian kisah daripada Encik Hyzer Habeeburrehman dan Puan Sherin Mohd Yasin, mengenai anaknya Heily Jasmine, 4 tahun yang secara tiba-tiba disahkan ada tumor di bahagian otak, seharusnya diambil peringatan oleh setiap ibu bapa agar kita sama-sama mengambil berat terhadap kesihatan anak-anak kita.
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya. Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini.”
Demam Serta Muntah
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke DEMC Specialist Hospital, Shah Alam memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital lain, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada suatu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke DEMC Specialist Hospital sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Tetap Positif
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeriksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Bila saya melihat keadaan Bubu, jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkasima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan. Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati. Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak hospital yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut,” ujarnya di akhir perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali isteri bersalin, suami biasanya akan menghantar isteri ke rumah mak atau mak mentua untuk dijaga. Tanpa sedar, para suami kadang-kadang ambil ringan soal tanggungjawab dalam menjaga isteri dalam pantang.
Kononnya bila di kampung, isteri dan bayi lebih terjaga berbanding tinggal di rumah sendiri. Pesanan untuk suami yang ada isteri dalam pantang, jangan biarkan isteri dijaga mak atau mak mentua kerana tanggungjawab itu adalah di bawah tugas anda!
Ada segelintir suami yang beri alasan mengatakan tidak tahu menjaga isteri dalam pantang. Tugas itu akhirnya diserahkan pada mak atau mak mentua. Kalau mak mentua atau mak sendiri masih sihat, mungkinlah boleh tolong. Bagaimana kalau kedua-duanya sudah uzur kemudian suami pula tak ambil peduli, tentunya ia mengganggu emosi isteri. Silap haribulan boleh meroyan satu badan!
LIMA TIP DAN PESANAN UNTUK SUAMI SEMASA JAGA ISTERI DALAM PANTANG:
1. Sediakan makanan berpantang isteri
Walaupun dia tidak pandai masak, namun suami perlu ambil tahu semua jenis sayur dan ikan supaya dapat mengelak isteri makan benda yang boleh menyebabkan angin dan sejuk.
Antara sayur yang mudah disediakan seperti sawi dan lobak putih yang boleh lancarkan susu badan. Manakala ikan pula boleh pilih ikan salmon atau ikan selar.
Masakan dalam pantang mestilah yang banyak halia dan bawang putih supaya badan terasa panas sedikit. Bagi tambah tenaga dan susu badan pula, anda boleh berikan isteri makan kurma cina atau longan kering.
2. Belajar mandikan anak dan siapkan segala keperluan isteri
Ini part paling penting suami kena belajar, iaitu cara mandikan baby sebab badan si kecil itu masih lembut dan sensitif. Maka ada perlu mandikannya dengan air suam. Bagi isteri pula, dia mesti mengenakan pakaian longgar dan selesa. Kemudian kemaskan rambut isteri dan letak pilis atas dahi.
Bagi anak lelaki pula, anda kena pandai tuam zakar mereka supaya tak kena angin pasang. Manakala isteri pula kena selalu bertungku.
3. Tanam uri anak
Suami kena tahu cara cuci dan bersihkan uri anak. Setelah itu tanam di tempat yang sesuai supaya tiada haiwan datang korek.
4. Jaga anak tengah malam
Pesanan untuk suami juga, tolong jaga anak masa tengah malam dan jangan biarkan isteri seorang saja bangun malam. Ini kerana, isteri sudah habis tenaga melahirkan zuriat kalian, maka ini masanya untuk anda pula menjaga si kecil itu.
Ada tiga perkara yang menyebabkan bayi terjaga di waktu malam iaitu lapar nak susu, lampin basah atau kembung perut.
Sebab itu penting untuk anda tambah ilmu tentang cara bancuh susu, tukar lampin, cara bersihkan punggung bayi dan perlu tahu jika bayi mengalami kembung perut. Pendek kata, semua ilmu ini anda perlu tahu.
5. Susun jadual kerja elok-elok
Suami tentulah ada tugas kerja yang perlu dipenuhi, jadi susun jadual kerja anda sebaiknya supaya tidak mengganggu tanggungjawab baru ini. Sebelum keluar ke tempat kerja, pastikan isteri dan anak sudah mandi.
Sediakan makanan isteri siap-siap. Siapkan juga segala keperluan bayi seperti cuci botol susu, siapkan lampin, sediakan pakaian bayi dan sebagainya..
Paling penting, semasa ketiadaan anda, pastikan ada orang yang teman isteri dan jangan biarkan dia keseorangan. Minta jiran, anak sudara atau sesiapa saja yang free untuk teman isteri di rumah.
Allahuakbar! Tak sangka. Pelik tapi benar. Dayus seorang suami apabila paksa isteri lakukan hubungan intim dengan lelaki lain!
Begitulah yang terjadi dalam institusi kekeluargaan ini. Masalah yang semakin runcing dalam masyarakat kita apabila maksiat dan haram itu perkara biasa.
Begitulah yang diceritakan kepada seorang Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie Suzana Ghazali yang mendedahkan mengenai kisah keluarga yang menyentuh hati apabila sanggup mengadaikan maruah isteri tanpa menghiraukan haram halal.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat kita supaya ambil peduli dalam hal ini supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam keluarga dan masyarakat.
Apa yang pasti, jangan berdiam diri, sebaliknya jika berlaku kepada diri, rakan-rakan atau ahli keluarga lain segera bertindak supaya ia tidak berlarutan hingga menjejaskan keindahan sebuah keluarga sakinah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.