Selain buah mulberry enak dimakan malah mungkin ada yang masih belum tahu ianya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Hal ini telah dikongsikan di Facebook dan ini antaranya yang boleh kita amalkan untuk dapatkan khasiat daripada mulberry. Jom semak.
Rebus daun mulberry untuk minum. Khasiat: Untuk kebaikan mata.
Cara penyediaan :
Basuh daun mulberry dan rendam 10 minit, lepas tu masak dengan air selama 20 ~ 30min. Kalau tak ada diabetes boleh bubuh gula batu untuk menambah rasa. Minum kosong saja juga sedap.
Ads
sumber : Looyee Chen via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Begitu juga Sumaiyah Abdullah turut berkongsi manfaat minum air teh daun mulberry yang dikatakan bagus untuk sejukkan badan. Ini perkongsiannya.
Musim panas terik macam ni, mandi dah, minum air banyak dah, tapi masih jugak terasa perit dan kering tekak, apakata korang cuba minuman ni pulak. Kalau saya panggil TEH MULBERRY. Petik kat luar rumah je.
Ads
Petua ni saya dapat dari ihsan Dr. Kin Kirana Homeopathy. Katanya air rebusan daun mulberry ni boleh membantu membuang panas dalam badan. Elok sesangat minum time cuaca panas terik macam ni.
Bahan-bahan:
Ads
3 helai daun mulberry
3 liter air
Rebus lebih kurang 1 jam. Biarkan sejuk. Sedia untuk diminum. Tak perlu tambah gula ke apa. Aromanya dah cukup wangi dan manis gitu. Tapi rasa tetap tawar la. Bau macam pandan pun ada. Tak pahit pun. Kalau nak tambah gula sikit pun ok kot. Suka sangat rebusan mulberry ni. Boleh la buat untuk minum petang nanti ye. Selamat mencuba
Manakala perkongsian gambar dari Ahmad Ikram Nursuhana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, ia pastinya membuatkan ramai tidak sabar untuk mencuba keenakan rasa buah mulberry disalut coklat.
Semoga dengan perkongsian ini memberi info untuk kita manfaatkan buah mulberry ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kekurangan diri tidak menjadikan dirinya lemah. Malah anak muda ini berjiwa kental dan bersemangat waja dalam membuktikan tiada apa yang mustahil jika ada keinginan. Disertai dengan usaha dan doa pasti apa yang dhajati boleh dicapai.
Tahun lalu, kisahnya viral di media sosial apabila menggunakan kaedah mengesot dan merangkak, Hasrullah Azrulkhan atau lebih mesra dengan panggilan Adam cuba untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Biarpun tidak sampai ke puncak, Adam yang lumpuh kedua belah kaki berjaya sampai ke Sayat-Sayat, kira-kira 3,800 meter dari paras laut. Faktor masa menjadi penghalang untuk dia meneruskan pendakian, selain cuaca yang sejuk.
Adam yang menghidap penyakit polio (cacat kedua-dua belah kaki) sejak dilahirkan merupakan anak keempat daripada sembilan adik beradik.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini berazam untuk membuktikan golongan OKU juga boleh bergiat aktif dalam sukan lasak seperti mendaki gunung.
Menerusi perkongsiannya di Facebook dan Instagram, Adam banyak memberi motivasi kepada OKU lain untuk terus berusaha dan tidak menjadikan kekurangan diri penghalang untuk berjaya.
Terbaru, dia berkongsi kisah apabila seorang kanak-kanak bertanyakan akan situasi dirinya sehingga membuatkan dia kembali mengenang sejarah hidup selama 20 tahun ini.
” Abang pernah marah Allah tak buat abang macam ni? “
Soal si kecil sambil tersenyum sengih di depan aku, tak berganjak dari ingin tahu jawapan dari mulut aku.
Otak aku mula berputar ke belakang, mencari jawapan.
” Pernah ke aku marah Allah, jadikan aku keadaan begini (OKU) ? “
Soalan yang membawa diri sesaat mengenang kembali 20 tahun lebih sejarah hidup aku.
Pernah marah Allah? Tak pernah. Tapi kecewa, banyak kali.
Kecewa sebab kawan sekolah rendah seronok berlari-lari, kejar- kejar, main polis tangkap pencuri, dan aku tegar memerhati.
Kecewa sebab kawan sekolah menengah lain boleh bekerja parttime masa cuti, dan aku di rumah menjadi suri.
Kecewa, sentiasa ada. Itu biasa. Tapi aku tak pernah layan lama perasaan kecewa. Sebab layan kan pun, takkan ke mana.
Dalam aku kecewa, aku masih boleh lagi main sorok-sorok dengan adik beradik di rumah. Itu patut aku bersyukur, sebab adanya mereka sebagai teman.
Dalam aku kecewa, aku masih boleh lagi tolong mak aku menjahit, basuh baju, cuci pinggan dan urut dia tika penat. Itu patut aku bersyukur, sebab adanya kedua orang tua sebagai pendidik.
Banyak perkara aku akan kecewa, ada perkara untuk aku cemburu, tapi saat itu aku akan berpaling ke arah lain, melihat sudut yang aku patut syukuri, yang aku ada, dan tak pernah buat aku kecewa. Situ, ada bahagia.
26 tahun dah usia aku hidup atas dunia ni, 26 tahun juga aku hidup sebagai seorang manusia yang berbadan dewasa dan berkaki bayi. Masih merangkak, tak mampu lagi berjalan sendiri.
Masih merangkak tapi ke universiti juga. Masih merangkak tapi mendaki sampai kem induk Everest juga. Masih merangkak tapi masih mengecapi bahagia, itu paling penting.
Kita cuba dapatkan semua perkara sekalipun, dapat dalam genggaman kita. Kalau tak bahagia, apa guna ?
Jawapan aku, pada adik tu. Allah bagi abang perkara lain, buat apa nak marah ?
Dia senyum manis seolah faham, dalam masa yang sama, aku doa kan moga dia terus diberi kefahaman oleh Allah. Amin.
Sering kita dengar bila ada yang menanam kesum, selalu sahaja tidak menjadi. Kalau berjaya dibiakkan pun, pokok tidak dapat bertahan lama. Mudah sangat matinya.
Tapi lain pula pengalaman bagi Zarini Jaafar ini, menerutnya pada mulanya beli sepasu kesum berharga RM 8 dan kini tanaman tersebut berjaya dibiakkan dan hidup subur. Namun sebelum itu, telah banyak kaedah dicuba dan ini perkongsiannya. Nak tahu bagaimana dia lakukannya, jom semak.
Cara tanaman pokok kesum dalam pasu. Ni selepas 3 minggu kami tanam. Lepas cubaan ke berapa kali akhirnya menjadi. Yang lain semua mati kah kah. Alhamdulillah seronok tengok mereka berkembang membesar dah. Boleh cuba juga ya. Kami dalam misi menjimatkan duit sayur.
Ni mula-mula beli pokok kesum tu RM 8 sepokok. Dalam beg hitam. Kemudian balik pindah kan ke pasu.
Bahagian bawah pasu ni jangan buka saluran air. Biar tanah sentiasa lembap. Petik pucuk tu dan tanam ke dalam tanah.
Bila panas nampak macam hampir mati. Kena alihkan tempat redup sikit. Air kena sentiasa ada dalam pasu. Masa ni risau lagi nak mati ke nak hidup yang anak-anak tu.
Dah mula menegak yeay!!!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya di rumah kita pasti ada bermacam-macam jenis bahan pembersih untuk digunakan untuk tujuan yang khusus.
Tapi menariknya perkongsian ini, wanita ini sediakan sendiri bancuhan bahan pencuci dirumahnya untuk digunakan dengan pelbagai tujuan.
Ternyata cara ini pastinya lebih menjimatkan dan tiada lagi masalah penstoran berkaitan bahan-bahan pencuci yang pelbagai jenis dan kegunaannya itu.
Ini perkongsiannya.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut..
Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni..
Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking
– nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ .
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...