Bak kata orang dulu, mulut ibu tu masin. Ia dikatakan mendoakan buat anak. Jadi jangan main sebut je perkara yang tidak elok untuk anak. Sebab tu, jika orang dulu-dulu, marah anak akan kata, “bertuahnya anak!”
Nyata pelbagai cabaran apabila bergelar ibu bapa. Salah satunya ialah cabaran dalam mendidik anak-anak. Kadang-kala, karenah anak-anak membuatkan kita hilang sabar sehingga melontar kata-kata agak kasar kepada anak. Perkongsian puan Effy Sueffy bermanfaat dijadikan panduan. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Gambar hiasan
Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?
Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua.
Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.
Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.
Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.
1. Degil.
Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!
Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.
Ads
Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.
2. Nakal.
Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.
Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.
Ads
3. Bodoh.
Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.
Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.
Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?
4. Kurang ajar.
“Kurang ajarlah kau!” “Siapa ajar kau kurang ajar ni?”
Ads
Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.
Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.
5. Pemalas.
Siapa tak pernah sebut anak pemalas?
Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,
“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.
“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”
Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah. . . . Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.
Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.
Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejadian bila mana seorang ayah dapat berada disisi anak yang sedang nazak akibat kemalangan, tentu saat itu cukup pilu dirasakan. Apatah lagi, perginya anak tersebut di bulan Ramadan.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Encik Hamid Sulong.
“Saya sempat ajar anak mengucap ketika dia nazak, dia sebut ALLAH..ALLAH…sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya.”
Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan ini berlaku pada 9 Mei melibatkan dua pelajar sekolah maut di KM12 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh di sini.
Hamid Sulong, 63, sempat bersama anaknya, Siti Nor Hanim Alya, 17, buat kali terakhir apabila mangsa yang menunggang motosikal terkorban dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Menurutnya, dia mendapat tahu anaknya kemalangan selepas dihubungi saudara dan terus bergegas dari rumah di Kampung Nechang ke lokasi kejadian.
“ALLAH sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Menurutnya lagi, kelakuan Allahyarham pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.
“Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motor kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.
“Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia salam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah,” katanya.
Katanya, ALLAH lebih menyayangi anaknya yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila perginya di bulan Ramadan.
Pantang lihat pasangan dah berumahtangga masih tidak mempunyai rezeki anak, mesti akan jadi mangsa ‘makcik bawang’ untuk ditujukan soalan ke arah itu.
Namun kalau ikut logik, tanyalah mana-mana pasangan yang sudah berumahtangga, siapa yang tidak mahu untuk dikurniakan zuriat sendiri!
Tidak terkecuali, pelakon dan juga usahawa Nadiyah Shahab mengakui tidak terlepas dengan pertanyaan mengenai soal cahaya mata meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 31 tahun itu berkata setiap kali dia memuat naik perkongsian mengenai kucing kesayangannya pasti akan ada netizen yang meninggalkan komen mengenai soal anak.
“Sebenarnya setiap kali saya memuat naik pasal kucing ada je orang kata kasihan dan mendoakan saya semoga cepat dapat anak,” katanya.
Menurut Nadiyah lagi, ada juga netizen yang meluahkan rasa kasihan serta mendakwa dia serta suami obses dengan kucing dan disebabkan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kadang-kadang kelakar bila baca komen itu sebab saya memang sayang sangat kucing saya tapi kadang-kadang orang kata kasihan dekat kami, katanya mungkin sebab saya dan Ben obses dengan kucing jadi sebab tu tak boleh dapat anak.
“No… chill guys, saya masih muda dan masih ada masa,” tambahnya.
Malah, ada juga yang seakan menyindir asyik tumpu pada kucing, buatlah anak pula.
“Hari tu i baru nampak komen, i post pasal i punya anak kucing. ‘dah la tu, asyik beli anak kucing. Buatla pulak anak’.” jawabnya.
Baginya, kenyataan sebegitu agak menyakitkan tetapi Nadiyah tidak melatah hanya menganggap semua ini mengambil masa. Malah, tuan badan juga tidak ‘gelabah’ tentang isu ini.
Terdahulu, Nadiyah Shahab dan juga aktor Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di seberang tambak, Singapura.
Diam-diam, rupanya pelakon, Oktovia Manrose telah selamat menimang cahaya mata perempuan setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga bekas pemain bolasepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya, puteri tersayang telah dilahirkan ada 6 Disember 2022 yang lalu kira-kira jam 8.40 malam. Oktovia juga mengucapkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T kerana mengurniakannya dan suami seorang lagi cahaya mata.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. 😍 Alhamdulillah kami dah ada sepasang ❤️” tulisnya.
Selain daripada itu, dia juga sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa.
Dia juga berharap agar zuriat mereka ini dapat membesar menjadi seseorang yang bertakwa dan taat dengan aturan Allah S.W.T.
Oktovia juga turut mengakui tidak sangka dapat kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun yang lalu dan sangat bersyukur dengan kuniaan ini.
Untuk rekod, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya. Pada penghujung tahun 2021, pelakon terbabit telah bernikah dengan Khairul Efsan dan menimang cahaya mata perempuan pertama mereka awal Disember tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada Oktovia dan Khairul Efsan atas kelahiran anak pertama mereka.
Sumber: Instagram Oktovia Manrose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di