Lumrah anak-anak yang nak membesar ni, kalau tak ada yang luka atau sakit, memang tak sah!
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam memuat naik tentang anaknya yang dikejarkan ke pusat rawatan berikutan terjatuh ketika bermain scooter sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan.
Beliau yang lebih mesra disapa Tokti itu juga memaklumkan yang anaknya perlu dimasukkan ke Occupational Therapy (OT). Beliau turut berkongsi keadaan tangan Aafiyah yang berbalut dan sebelum menerima rawatan lanjut.
Berikutan itu, Tokti juga telah membatalkan satu persembahan yang telah dijadualkan secara mengejut apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah dikejarkan ke pusat rawatan.
Ads
Menerusi perkongsian beliau di Insta Story, beliau memohon maaf kepada client kerana memaklumkan perkara tersebut last minute.
Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Tokti di Instagram, beliau memaklumkan Aafiyah dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya.
Beliau juga menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Permaisuri Agong kerana bertanya khabar serta mendoakan anaknya segera sembuh.
Ads
Untuk rekod, Siti Aafiyah merupakan anak pertama Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga, pelantun lagu Cindai ini telah menimang cahaya mata perempuan pada 2018.
Ads
Beliau dan suami, Dato’ Sri Mohamad Khaled Jiwa menimang seorang lagi cahaya mata pada 2021 yang diberi nama Muhammad Afwa.
Kebiasaannya, kita sering dengar anak-anak malu apabila ibu bapa mempunyai pekerjaan yang biasa atau pun tidak kemewahan seperti mana diimpikan.
Namun, lain pula bagi anak bongsu kepada pasangan selebriti Hollywood, David dan Victoria Beckham apabila Harper Seven berasa malu kerana mempunyai ibu bapa terkenal.
Memetik laporan dailymail, bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan Harper malu mempunyai ibu bapa terkenal terutama suaminya, David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta mewah.
Victoria mendedahkan anak bongsunya yang kini berusia 11 tahun itu meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun dari kereta mewah.
“David menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan dan jauh sedikit dari kawasan sekolah,”ceritanya.
Malah, Harper juga meminta agar David dan Victoria membenarkannya menaiki bas untuk pergi ke sekolah seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain.
“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu naik sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,”katanya lagi.
Pendedahan itu dibuat menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini dan Victoria hanya mengetahui hal tersebut selepas dimaklumkan oleh David sendiri.
Akan tetapi, mereka berdua faham punca Harper berasa malu apabila dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta mewah serta mempunyai ibu bapa terkenal.
Pada mereka, ia kerana Harper mahukan privasi dan merasai pengalaman hidup biasa seperti kebanyakan rakan-rakannya.
Sekadar info, David dan Victoria Beckham berkahwin pada tahun 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph Beckham, 23, Romeo James Beckham, 20, Cruz David Beckham, 17 dan Harper Seven Beckham,11.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz memaklumkan dirinya kini dijangkiti virus Covid-19.
Dia disahkan positif selepas enam hari menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata selama dua tahun bertahan, namun tewas akhirnya.
“Dua tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan tapi akhirnya tewas juga, hari ini.. hari ini aku disahkan positif Covid-19. Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pula… sebelum ini jumpa kawan-kawan kan, so kena inform juga, tak nak selfish.
“Setiap pagi buat swab test, ingat contact rapat je, selepas enam hari positif,” kongsi suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini lagi.
Dalam pada itu, Fizz berkata, dia tidak mengalami sebarang simptom dan bersyukur isteri dan empat orang anaknya tidak dijangkiti virus berkenaan.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur apabila diberitahu anak-anaknya suka mengetuk pintu kemudian berlari selepas memberi salam.
“Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua negatif. Kesian isteri saya kena jaga anak empat orang selama tujuh hari. Anggap jela saya outstation tapi anak-anak kacau juga, ketuk pintu Assalamuaikum, lepas tu lari, cute sangat,” ujarnya lagi.
Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah, 11, dan Nur Afrina Aisyah yang baru berusia dua bulan.
Sungguh! Hati semua wanita inginkan kehidupan yang bahagia bersama pasangan sehingga ke hujung nyawa. Kaum hawa dicipta untuk dilindungi, dimanjai serta dicinta oleh kaum adam. Hanya melalui perkahwinan semua itu termetrai.
Setiap perkahwinan yang diadakan dengan penuh gemilang serta dengan restu ibu bapa kedua belah pihak menjadi momen manis untuk dikenang. Namun, tidak semua perkahwinan itu indah belaka. Ada juga sebaliknya.
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini, memberi peringatan bersama bahawa untuk memilih pasangan hidup, wanita perlu berhati-hati. Jika salah pasangan, merana hidup. Benar semua ini qada dan qadar tetapi tak salah untuk kita ikhtiar mengelak ia berlaku yang memberi bencana kepada rumahtangga.
Melalui penceritaan ini mendidik kita bahawa, untuk membina keluarga bahagia, pasangan suami isteri haruslah seorang yang hidup dalam persekitaran positif, sekali memberi aura yang baik-baik untuk keluarga. Moga kisah ini menjadi iktibar bersama.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Kes benar. Lelaki penagih, isteri kerja kerajaan. Bila suami kena tahan di lokap, keluarga lelaki cari si isteri minta tolong jamin dari lokap. Keluar masuk lokap, keluarga lelaki suruh isteri jamin. Bila isteri nak minta cerai, keluarga laki tak bagi. Yelah sapa nak tanggung anak depa.
Jangan tak tahu ramai keluarga mengahwinkan anak lelaki mereka yang bermasalah.
Mak bapa, abang-abang si lelaki semua sama dalam kes ni. Jangan tak tahu ramai keluarga mengahwinkan anak lelaki mereka yang bermasalah agar isteri boleh jaga anak lelaki mereka. Yang penagih Yang gay Yang kaki hutang sana sini.
HATI-HATI MEMILIH PASANGAN
Isteri professional juga ramai yg begini. Tak tahu sebab apa. HR ada data berapa ramai pekerja wanita berhutang jauh dari kemampuan kerana suami tak bertanggungjawab. Hutang kereta, rumah semua atas nama isteri.
Jadi orang perempuan jangan la syok sangat kalau famili lelaki datang meminang.
Maaf kan bahasa saya kasar. Wanita dan keluarga wanita perlu tegas. Tak rugi eh tolak pinangan orang. Yang pandai cakap Yang nampak hebat Tulah yg bahaya.
Orang Arab berkali-kali pesan Lelaki walaupun solatnya sepanjang malam dan rajin puasa sunat, tetapi kedekut dgn anak isteri, bukanlah suami yang baik. Culas nafkah bukan perkara kecil. Namun, kita bukanlah demanding, cukup lah lelaki itu bersungguh bekerja. Rezeki tu Allah tentukan. Tapi kalau kerja pun malas, hutang pun atas nama isteri, hmm krik krik sajalah.
Alaa isteri sedekah saja pada suami, no bukan macam tu. Sebab tu orang Arab sangat particular bab lelaki pinang anak mereka.
SUAMI TAHU TANGGUNGJAWAB BUKAN AMBIL KESEMPATAN
Anak perempuan bukan bab mahar saja yg dibincangkan tapi risk assessment itu perlu dilakukan, tazkiah latar belakang. Janganlah rasa offended kalau bakal mertua check CTOS CCRIS PTPTN. Itu perkara asas bagi seorang laki iaitu kemampuan bayar nafkah.
Maka akan berkata lah lelaki, hmm macam ni banyak la zina, nak kahwin susah. Yang cakap macam ni sebab nak free seks sahaja. Nak seks tapi tak nak bayar nafkah. Bila berkahwin kita kena bekerja, kalau tak kahwin pun memang kita kena bekerja untuk nafkah diri kita juga, kan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.