Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan kelalaian diri sendiri hingga tanpa sedar kita kurang menghargai orang yang ada dekat dengan diri kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Sehubungan dengan itu, Ustazah Asma’ Harun melalui postingnya di Facebook ada mengajak kita semua untuk lebih menghargai orang tersayang apatah lagi ketika dilanda wabak Covid-19.
Ini perkongsiannya dan semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan kita semua.
LAMBAIAN TERAKHIR
Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi.
Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
Ads
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
[Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi.
Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
[Surah al-Anbiya’: 35]
Ads
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”
[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
[Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH,
Jadikanlah tempoh ‘lockdown’ ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
Ads
DUHAI ANAK,
Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG,
Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
Maksudnya: “Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya.”
[HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
“Saya orang tua boleh sahaja makan pucuk kayu diambil tepi jalan tetapi bila memikirkan tiga anak tidak sampai hati dibuatnya.”
Begitulah luahan hati seorang bapa tunggal yang tidak paksa menahan malu. Bimbang melihat bekalan makanan makin susut. beliau berharap dengan berbuat demikian mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahu. Itulah kasih seorang ayah sepanjang masa.
Bukan tidak berikhtiar untuk bekerja namun semuanya tidak berhasil sehingga memaksa beliau kibarkan bendera putih demi memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Bimbang melihat bekalan makanan makin susut. beliau berharap dengan berbuat demikian mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahun
Tak sangka PKP bersambung lagi
Bekerja sendiri sebagai pemandu lori, Yaakob Montel, 54 tidak menyangka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung lagi sehingga menyukarkan beliau keluar bekerja.
“Saya ingatkan PKP 3.0 hanya sampai Isnin (28 Jun) jadi bolehlah keluar bekerja mencari duit belanja untuk makan anak-anak tetapi bila disambung ia menyebabkan saya seakan hilang arah.
“Minggu pertama serta kedua tidak bekerja boleh lagi saya menampung belanja dengan sedikit duit simpanan tetapi apabila masuk minggu ketiga dan berikutnya bekalan makanan semakin surut. Kami hanya makan nasi berlaukkan telur serta kicap selain memasak mee segera.”
Yaakob berkata,dia berbuat demikian selepas terbaca di Facebook (FB) mengenai saranan menggantung bendera putih sekiranya memerlukan bantuan barangan keperluan.
“Pada Isnin malam saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kusut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur sebelum terbaca di Fb mengenai bendera putih itu.
“Sebenarnya bukan mudah untuk saya berbuat demikian tetapi apabila mengenangkan anak-anak, saya kemudian mengambil baju sekolah lama dan menggantungkan di luar pagar pagi keesokkannya.
saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kusut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur.
Tiga orang masih belajar dan salah seorang anak tekun belajar di ruang serba kekurangan.
Semoga uruan keluarga ini dipermudahkan dan rezekinya melimpah ruah agar dapat meneruskan kehidupan pandemik yang mencabar ini.
Sudah pastinya penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kita semua tahu bahawa anak perlu berus gigi pagi dan malam dengan ubat gigi yang sesuai untuk menjaga kesihatan gigi.
Namun untuk memberus gigi anak-anak ada cabarannya lantaran mereka belum mempunyai kesedaran akan kepentingan penjagaan gigi.
Perkongsian oleh Dr Izaza Mohd Zan sungguh bermanfaat untuk anak-anak supaya dapat menjaga kebersihan gigi.
“Cam ne nak berus gigi anak yang dah besar?” . Berus gigi anak kat luar toilet, sama ada dalam bilik tidur atau kat area family hall . Berus gigi anak anytime atleast once a day, tak payah pakai ubat gigi untuk first round, sebab time beruskan gigi anak yang dah besar ni nak tengok gigi dia bersih atau tak
.
Kalau dah letak ubat gigi time beruskan gigi first round nih, tak nampak area mana tak bersih dan tak nampak gusi yang berdarah
.
Bila time beruskan gigi tu, bila gusi berdarah jangan panik. Relax chillax je, sebab gusi yang berdarah tanda gusi tak sihat dan ada plak di bawah gusi dan celah gigi
.
So, area gusi yang keluar darah tu kena berus lama sikit, make sure berus gigi tu masuk bawah gusi dan celah gigi betul betul
Kalau darah banyak keluar, suruh anak kumur kumur, pastu sambung balik berus gigi dan gusi di area yang berdarah tadi . Masa berus gigi, pastikan berus dengan perlahan, di permukaan luar dan dalam gigi wajib diberus tanpa ubat gigi untuk tujuan ni . Lepas dah settle berus gigi tanpa ubat gigi, second round berus pakai ubat gigi pula. Time ni kena buat kat sinki atau dalam toilet, sebab ubat gigi nanti meleleh kan . Soo, selalunya time berus gigi pakai ubat gigi, gusi akan kurang berdarah sebab darah dah keluar time first round . So, much much better bila berus gigi second round dengan ubat gigi.
Semoga kita,ibu bapa dapat menjaga kebersihan gigi anak-anak sejak kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sukar untuk kita menahan keterujaan hati dalam menghias kediaman dengan konsep tertentu. Bila menghuni di rumah yang cantik dan selesa mengikit gaya dekorasi peribadi, tentunya akan memberi satu mood ketenangan dan kepuasan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
Umpamnya buat kediaman Aida Aries yang digarap begitu sempurna dengan konsep Disneyland di rumah flat 3 bilik dengan keluasan 750sqft, nampak begitu mengujakan. Bahkan perkongsian beberapa foto olehnya di group Kami Suka Deko Bajet (KSDB) telah berjaya mencuri tumpuan warganet.
Setiap ruang kediaman dijelmakan dengan tema-tema cerita kartoon Disney seperti Cinderella, Aladdin, Beauty and the Beast, Snow White, Mickey Mouse dan sebagainya.
Apa yang lebih mengujakan, dekorasi dilakukan olehnya sendiri dengan 90% secara DIY dengan menggunakan perabot terbuang. Usaha yang dilakukan oleh pemilik kediaman ini cukup luar biasa!
Jadi buat anda yang menggemari dekorasi konsep fantasi seperti ini bolehlah jadikan inspirasi untuk merias kediaman anda pula.
Tema Cinderella Di Ruang Tamu
Tema Beauty and the Beast & Rapunzel di Bilik Utama & Ke 2
Tema Snow White Di Ruang Makan
Tema The Little Mermaind & Mickey Mouse di 2 toilet