Anak-anak kecil yang bersekolah rendah tentunya mempunyai pelbagai peel. Antaranya liat nak bangun pagi, malas nak ke sekolah, tertinggal buku sekolah atau baju sekolah yang putih cepat kotor.

Bahkan peel itu juga terkesan kepada guru-guru di sekolah. Mana taknya pelbagai kerenah anak murid dilihat setiap hari.

Ia termasuk pengalaman seorang guru, Mohd Fadli Salleh  yang berkongsi kisah anak muridnya yang kerap ke tandas. Katanya, bimbang jika dilarang berbuat demikian bimbang terbuang air kecil dalam kelas.

Murid Banyak Kali Pergi Ke Tandas, Undang Rasa Pelik Guru, Rupanya Ini Kisahnya!
Gambar sekadar hiasan

“Cikgu, nak ke tandas,” minta seorang murid sambil buat muka tak tahan dengan kaki dikepit-kepit.

Aku pandang dia atas bawah. 

‘Budak ni, iye ke tidak ni. Ke nak pergi main je ni,’ itu bermain dikepala aku.
“Cikgu. Tak tahan dah ni,” katanya sambil buat muka berkerut.

Ah sudah. Karang terkencing dalam kelas, aku juga yang susah nak mop, tukar seluar dia bagai.
“Pergilah,” balasku.

Berlari dia keluar kelas. Kemudian terus budak depan meja aku cakap,
“Cikgu. Dia tipu je lah. Saya selalu tengok dia main kat tandas”.
“Betul cikgu. Tadi dia dah dua kali ke tandas,” sahut seorang lagi murid.

IKLAN

Aku tengok jam. Baru pukul 2:30. Murid masuk jam 1:10. Takkan dalam masa sejam sampai 3x kencing. Sah, aku kena kencing dah ni.

Tapi mungkin dia betul-betul tak tahan. Dari aku ambil risiko dia terkencing dalam kelas, bagi je kebenaran dia keluar.

10 minit kemudian, dia masuk. Tersengih-sengih ja. Aku tak kata apa, suruh dia duduk dan buat kerja.

Habis masa aku, aku turun ke kelas seterus. Masa ni jam 2:45. Baru 5 minit di kelas ini, nampak kelibat murid berjalan depan kelas aku nak ke tandas.

Aku keluar intai nak pastikan siapa. Sah, budak tadi. Terus aku jerit,
“Awak nak ke mana lagi tuuuu!”
“Tandas, cikgu,” jawabnya perlahan. Takut le tu kantoi.
“Apa benda ke tandas sampai 4x dalam masa 2 jam ni? Main la tu,” gertak aku.
“Okey cikgu. Saya balik ke kelas sekarang,” laju dia pusing dan berlari ke semula ke kelas.

IKLAN

Adoi, kena game sokmo la bab tandas ni. Nak ditahan, takut betul-betul. Diberi kebenaran, mereka ambil kesempatan. Adeh, dilema guru nak benarkan murid ke tandas memang real gais. Reallll!

Ada yang ambil angin sebelum ke tandas!

Perkongsian kisah itu, mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman lucu hal yang sama.

Murid Banyak Kali Pergi Ke Tandas, Undang Rasa Pelik Guru, Rupanya Ini Kisahnya! Murid Banyak Kali Pergi Ke Tandas, Undang Rasa Pelik Guru, Rupanya Ini Kisahnya! Murid Banyak Kali Pergi Ke Tandas, Undang Rasa Pelik Guru, Rupanya Ini Kisahnya! Murid Banyak Kali Pergi Ke Tandas, Undang Rasa Pelik Guru, Rupanya Ini Kisahnya!

 

IKLAN

Sumber: Mohd Fadli Salleh

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Murid Banyak Kali Pergi Ke Tandas, Undang Rasa Pelik Guru, Rupanya Ini Kisahnya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI