Musim Konvo Asyik Kalut Nak Bergambar, Point No 5 Ramai Yang Terlepas Pandang
Apabila tiba hari konvokesyen tentunya ia moment paling menggembirakan bagi para graduan dan keluarga.
Sama ada anak, suami atau isteri yang berjaya memperolehi kejayaan mengenggam segulung ijazah pasti ia membanggakan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ketika ini ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakam detik indah ini untuk dijadikan kenangan.
Namun dalam keseronokkan bergambar, harus prihatin kepada ahli keluarga yang datang meraikan kejayaan kita.
Ads
Sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita, Shamshuritawati Sharif ini harus dijadikan panduan agar tidak ada hati yang berkecil hati.
Musim konvo…
Jangan ambil gambar dengan tunang atau bf sahaja. Ambil juga beberapa keping gambar bersama family yang sah setia dengan kita. Boleh murung jika tengok semua gambar konvo bersama tunang atau bf tak jadi.
Jangan tulis nama tunang atau bf dalam penghargaan tesis atau projek tahun akhir atau disertasi. Ini bukan sahaja boleh membuatkan kita murung jika putus tunang atau putus cinta, tetapi boleh menyebabkan kita tidak ingin lagi menyambung pengajian dalam topik yang sama. Ye lah, jika nak refer semula tesis tersebut, mesti berbulu-bulu sakit hatinya kan? Anyway, memang kita boleh gunting jer bahagian penghargaan, tetapi yang salinan kat perpustakaan tu, masih kekal sama dik. Hahahaha.
Jangan bergambar bersama hadiah/cenderamata bukan pemberian ahli keluarga. Pedih hati apabila mengenangkan owner barang tersebut memecahkan jiwa dan hati. Manusia ni hati sentiasa berubah. Jangan caya sangat! Nanti, setiap kali menjeling gambar konvo didinding rumah kita….kita yang rasa nak baling gambar tersebut pula.
Kredit Foto: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Kredit Foto: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA),
Jangan paksa mak ayah masuk dewan lama-lama. Tambah yang sudah 60 ke atas. Konvo di Malaysia ni lama dik. Lenguh habis urat saraf. Kerusi pula almaklumlah kerusi bankuet tu jer, sejuk pula dewan konvo, dan toilet tu…kebanyakkan jauh. Pastikan mereka sudah makan dulu. Janganlah nak ikut protokol, mak ayah kita terabai.
Jangan kalut nak bergambar, sampai ahli keluarga pedih perut sehingga gastrik menyerang. Terutamanya, jika dapat sesi konvo sebelah pagi. Datang la awal sehari dua ke universiti, ambil gambar awal. Tangkaplah 10,000 keping dengan pelbagai gaya sekalipun, silakan.
Hantarlah mesej kat pensyarah kita. Ucap terima kasih. Majoriti nama dan alamat email para pensyarah ada kat website pusat pengajian/fakulti masing-masing. Biar CGPA tu hampir menjunam ke bumi, tetapi guru itu sentiasa di hargai. Biar sekadar ucapan “Terima kasih”. Itu sebenarnya melambangkan akhlak seorang murid yang sejati.
Bagi sesetengah orang, kalau makan nasi tanpa ada kicap tidak lengkap jadinya dan disebabkan kicap ini juga ada satu kisah antara seorang ayah dan anak perempuannya menjadi viral di media sosial.
Warganet bukan sahaja terhibur dengan ragam anak perempuannya yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke sekolah namun tiba-tiba menangis dek kerana bekal mee hoon goreng telur yang disediakan oleh ibunya tidak diletakkan kicap.
Tidak dengan itu, malah ramai yang memuji tindakan ayah ini yang dilihat begitu sabar melayan karenah anak meskipun berdepan dengan jalan yang jem hingga sanggup mencari kedai untuk membeli kicap tersebut daripada berpatah balik ke rumah.
Betullah kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak.
“Takpelah, abah pun dah lambat ni, kita beli je ya kicap”
Pagi tadi, maknya buatkan bekal. Mee hoon goreng telur. Disebabkan maknya tak berapa sihat, jadi harini saya lah bertugas menghantar dia ke sekolah.
Otw ke sekolah, disebabkan jem. Dia beritahu saya nak makan bekal dia dulu dalam kereta. Saya iyakan sahajalah. Tiba-tiba, terdengar dia menangis.
Satu kisah yang cukup menyentuh hati, wabak Conavirus mengganas sehingga kini tanpa mengenal erti kasihan. Seramai 20 pesakit disahkan meninggal dunia semalam. Manakala kes meningkat walaupun kadar pertambahannya berkurangan daripada sebelum ini.
Dalam satu perkongsian oleh saudari Hana Hadzrami memuat naik satu kisah yang cukup meruntun jiwa. Kisah seorang suami yang dalam keadaan genting antara hidup dan mati, namun masih lagi mengambil berat akan hal isterinya.
Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.
“Which patient?” “Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?” “Please don’t tell me that one!”
Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu.
Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk call anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.
Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah; jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital.
Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya.
Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up.
Penuh lelah dia berpesan; antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah.
Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan.
Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri.
Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata.
Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu.
Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan.
Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan?
. .
Hana Hadzrami Semua pesakit yang kami jaga ada tempat istimewa dihati kami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup berumah tangga memang indah. Indah bilamana suami atau isteri sama-sama menjalankan tanggungjawab dan mainkan peranan masing-masing dalam rumah tangga. Hidup aman damai dan harmoni.
Bila sama-sama jalankan tanggungjawab barulah beroleh pahala. Salah satu pahala terbesar suami adalah memberi nafkah buat isterinya. Jadilah suami pemurah. Ustaz Sharhan Shafie berkongsi dalil dan hadis serta panduan untuk suami. Jangan sekali-kali abaikan.
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk istrimu, yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada istrimu.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari hadis diatas dijelaskan bahwa harta yang diberikan (nafkahkan) kepada keluarganya, lebih utama daripada didermakan harta bendanya untuk perjuangan Islam. Jadi bagaimana sekiranya terdapat isteri yang sering ditinggalkan suaminya dengan alasan dakwah, sedangkan kebajikan anak-anak dan isterinya tidak dijaga dengan baik? Rasulullah SAW memang seorang tokoh pendakwah yang teragung sepanjang zaman, akan tetapi baginda sering memberikan perhatian kepada keperluan dan kebajikan isteri-isteri baginda.
Begitu besar perhatian Rasulullah SAW, terhadap hak-hak kaum wanita, sehinggakan baginda memberitahu kepada kaum lelaki cara yang terbaik untuk memuliakan seorang wanita.
Perlu diketahui oleh para suami bahawa nafkah yang mereka berikan kepada keluarga mereka tidaklah sia-sia di hadapan Allah SWT. Bahkan nafkah itu akan dicatat sebagai amalan sedekahnya, sebagaimana hadit dari Abu Mas’ud Al-Anshari dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda:
“Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala dengannya maka nafkah tadi dianggap sebagai sedekahnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan satu suapan makan yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya dianggap sebagai suatu sedekah. Demikian disabdakan Nabi Muhammad pada shahabat beliau, Sa’ad bin Abi Waqqash:
“Dan apa pun yang engkau nafkahkan maka itu dianggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut istrimu.” (HR. Al-Bukhari)
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Tidaklah engkau menafkahkan satu nafkah yang dengannya engkau mengharap wajah Allah kecuali engkau akan diberi pahala dengannya sampaipun satu suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.”.
MasyaAllah, tidak sanggup bagi baginda Rasulullah SAW untuk menjadikan kaum hawa mangsa dari sikap suami mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun sayangnya ada segelintir suami di zaman sekarang lebih mengutamakan keperluan dan kehendak mereka sendiri berbanding keutamaan memberi nafkah pada isteri.
Lebih teruk lagi apabila isteri mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri, ramai yang lepas tangan dan nafkah bulanan sepatutnya yang diberikan terus diabaikan. Walhal ada beberapa perkara asas yang memang wajib menggunakan wang suami.
Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini.
1. Makan minum isteri
a) duit belanja diri (menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3,000 setahun. Bila dibahagi 12 bulan…jadi RM250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)
b) duit belanja dapur
2. Peralatan mandian.
3. Ubat ubatan / medical
4. Pakaian baru 2 persalinan setahun. Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dll.
5. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah.
(Petikan daripada kuliah Ustaz Fawwaz)
Nasihat saya… kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ni, jangan pula demand lebih-lebih hingga di luar kemampuan suami ye. Apa2 pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami bagi tu kita bersyukurlah. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.
Satu lagi, tolonglah para isteri untuk amanah dengan duit yang suami beri. Misalnya untuk duit belanja dapur, bila memasak tu jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak macam untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais…terlupa pulak nak makan..akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang selalu macam ni…isteri yang khianat. Dia tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.
Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Dah lah duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur pun under isteri….duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur…konon cakap, “duit gaji saya, saya simpan untuk emergency..untuk kegunaan kita jugak”….Awak, kalau isteri awak tu tak halalkan, tak lepas nanti awak kat akhirat.
Ada sahabat saya beritahu, suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami cakap macam tu…takkanlah kita tegar untuk tidak memaafkan. Betul tak?
Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk cover belanja rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni, belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur? Bersyukurlah kerana di sebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya sangat WOW melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga tu kan mahal.
Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api…juga membentengkan kita daripada api neraka.
Beruntung sekali bagi seorang isteri yang memiliki suami yang pemurah dan tidak berkira kepada diri mereka. Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang paling pemurah kepada isteri-isteri baginda, juga kepada sahabat dan kaum keluarganya. Sikap pemurah Rasulullah SAW menjadikan isteri-isteri baginda semakin mencintai dan menyayangi baginda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.