doa-untuk-anak

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]

Menyentuh tentang berdoa, alangkah bertuahnya kita ketika dan saat ini diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Ini sebagaimana hadith ada menyebut orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka dan berdoa, doa tersebut tidak akan ditolak.

Memahami lagi berkenaan doa bagi orang yang berpusa,  perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diharapkan dapat memberi pencerahan .


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mustajabnya Berdoa Sebelum Berbuka. Ni Contoh Doa Boleh Follow!

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Di samping itu, di dalamnya tersedia berbagai jenis tawaran-tawaran dan keistimewaan yang perlu kita kecapi.

Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan sedemikian:

IKLAN
  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]

  • Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]

  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ

IKLAN

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. [Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]

Mustajabnya Berdoa Sebelum Berbuka. Ni Contoh Doa Boleh Follow!

Melihat kepada hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah SWT. Tambahan pula, Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan. Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT perlu mengambil kesempatan ini  dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.

Penutup

Kesimpulannya, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Akhirnya, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT terutama di bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemulian ini.

IKLAN

Di samping itu, kita juga boleh memasukkan nama-nama Allah SWT yang agung di dalam setiap doa kita agar doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang kami telah jelaskan pada artikel sebelum ini. Amin.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Ini antara cadangan doa ketika berbuka puasa:

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Meninggal dalam keadaan yang baik
4. Dimurahkan rezeki
5. Dikurniakan anak soleh
6. Keluarga bahagia.
7. Sentiasa dalam rahmat ALLAH.
8. Jauhkan daripada  azab kubur.
9. Diberi kelapangan hidup
10. Kekalkan iman
11. Diampunkan dosa
12. Mohon kejayaan untuk anak-anak
13. Perniagaan atau pekerjaan  yang diberkati
14. Jauhi segala penyakit
15. Ibadat diterima
16. Mudahkan segala urusan
17. Diterima taubat
18. Dilapangkan kubur
19. Mudah bayar hutang
20. Bertemu dengan malam Lailatulqadar
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Dikurniakan syurga Firdaus.
23. Dijauhkan daripada seksa neraka.
24. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal. 
27. Diberi ketenangan hati.

 Dan apa sahaja yang terlintas difikiran untuk kebaikan diri dan keluarga, pohonlah padaNya Yang Maha Kaya.

Wallahua’lam

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI