Mempelajari muzik membawa seseorang ke arah kepekaan minda yang unik. Tidak kiralah sama ada mereka menyanyi, mendengar atau bermain instrumen. Seorang guru akan mengarahkan kanak-kanak mendengar melalui kaedah yang berbeza untuk melatih kepekaan. Bermain alat muzik dan menambah gerak dalam latihan akan mendidik anak-anak mengenai pembelajaran berterusan dan membantu kefahaman membaca.
Muzik juga mempunyai peranan pendidikan yang cukup meluas termasuklah cakupannya dalam mengawal fungsi kedua-dua bahagian otak.
Fungsi otak kiri yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa mampu diaplikasikan dengan lebih jitu jika seorang kanak-kanak menguasai kemahiran muzik.
Mengikut kajian yang pernah dibuat, kanak-kanak yang telah mendalami bentuk lagu dan menghafal beberapa lirik lagu dengan mudah menyediakan keseragaman dalam sesuatu maklumat baru yang dibacanya. Dia akan menjadi pembaca yang lebih pantas!
Jika diamati, seorang kanak-kanak yang mempunyai bakat seni boleh berfikir dengan lebih kreatif dan mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah.
Seni itu luas dan seseorang boleh mempamer kreativiti diri dengan lebih terbuka. Kanak-kanak yang diperkenalkan pada jenis-jenis muzik berbeza pada awal usia dapat mendalami budaya luar dengan lebih pantas.
Muzik juga menggalakkan penglibatan ramai orang. Jadi, seorang kanak-kanak yang disuntik dengan kemahiran muzik kebanyakannya memiliki keyakinan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak biasa.
Mereka akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu bermain di pentas orkestra, sudah tentu dia ingin menghasilkan muzik yang menyokong kepaduan bunyi bagi instrumen-instrumen yang lain. Ini satu kepuasan bagi seorang pemuzik.
Satu kajian di University of California mendapati bahawa muzik melatih perkembangan minda dengan lebih cepat.
Pelajar darjah dua di sekolah yang mendapat pendidikan muzik yang baik mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Matematik. Jumlahnya adalah 27 peratus lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat latihan seni yang khusus. Ini membuktikan muzik bertindak sebagai wadah pantas ke arah pendidikan yang lebih berkesan.
Malah, muzik bukanlah sesuatu bebanan. Muzik melahirkan keseronokan dan rasa gembira bagi penggemarnya. Bukan itu sahaja, apa yang mustahak dalam pendidikan awal muzik adalah dapat melahirkan seorang kanak-kanak yang menghormati, sabar, dan tekun dalam menerima pendidikan muzik yang baik. Setiap ibu bapa perlu mengetahui banyak lagi faedah yang diterima oleh seorang yang mempunyai kemahiran dalam muzik.
Terkini, polis mengesahkan terdapat kesan dicucuh besi panas di seluruh badan kanak-kanak empat tahun yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh lima rakan kakaknya dalam satu kejadian di Batu Pahat, Johor
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, terdapat kesan kecederaan baharu dan lama termasuklah kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan termasuk kemaluan mangsa.
“Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.
“Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan.” katanya ketika ditemui.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia disyaki akibat didera pada Jumaat lalu namun disahkan meninggal dunia semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, mangsa dijaga oleh kakak kandungnya selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kakak mangsa kemudian menyerahkan adiknya itu kepada rakannya untuk dijaga.
Namun lain pula yang jadinya apabila mangsa dipercayai didera hingga tidak sedarkan diri.
Susulan daripada itu, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah membawa mangsa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Difahamkan, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia semalam (Isnin).
Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.
Hasil siasatan, pihak polis berjaya merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa dan semua suspek telah ditahan reman sehingga 31 Disember. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.
Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk memiliki kabinet dapur tidak semestinya perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak. Maklumlah kos upah pemasangan dan harga kabinet yang secara keseluruhannya boleh cecah harga ribu ringgit.
Ekoran itu, ada yang mengambil keputusan menggunakan rak terbuka untuk penyimpanan bahan-bahan memasak dan perkakasan lain di dapur. Namun, sebaliknya ada yang mengunakan rak serba guna untuk dijadikan kabinet.
Begitulah yang dikongsi oleh pemilik facebook ini, Kelana Salikin yang berkongsi tentang kabinet yang hanya menggunakan modal yang sangat rendah! Hanya RM 208.90 sahaja beliau mampu memberikan ruang dapur kelihatan cantik dan kemas.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Alhamdulillah, sepagi PKPB hari ni.. DIY Kabinet Dapur ringkas, mudah, cantik, memuaskan.. dan yang penting save budget..
Storage Box : RM 89.90 x 2 = RM 179.80 Shelf Bracket : RM 6.50 x 4 = RM 26.00 L Bracket : RM 2.10 Skru : RM 1.00
TOTAL : RM 208.90 sahaja
Rak buku ni tebal dan agak berat sedikit drp rak buku yg biasa duk beli yg tiada pintu.. hamba copy idea drp saudara Shuhaimi Zulkefli.. thanks a lot. Tengah pikir nak isi apa.
Menarik cara ini, apa kata cuba buat. Memang jimat!
Dalam perkahwinan, bukan sahaja hati pasangan yang perlu kita jaga, tetapi keluarga pasangan juga perlu dijaga. Terutamanya hati ibu mertua, wanita pertama yang sayang pada pasangan kita.
Bila sentuh tentang ibu mertua ni, mesti para isteri sedikit gerun! Ye la, nak ambil hati mertua ni bukannya mudah. Nama pun sama-sama perempuan, mesti faham perasaan perempuan. Tak boleh kalau anaknya lebihkan isteri, kadang ibu mertua cemburu. Yang jenis easy going mudah lah! Yang senang makan hati ni, susah juga jadinya.
Sesuai bagi pasangan baru berkahwin ataupun masih belum faham rentak ibu mertua, jom ikuti perkongsian dari ahli terapi perkahwinan menerusi laman TikToknya @bondaumairahtaib telah berkongsi jenis-jenis ibu mertua.
3 JENIS KARAKTER MAK MERTUA YANG SUSAH
1. Ibu mertua yang suka bersaing dan cemburu
Jika anda dalam situasi ini, si isteri boleh berbincang dengan suami supaya apa-apa sahaja yang anda beli dan di mana sahaja kalian pergi, ajaklah sekali ibu mentua. Hal ini boleh membuatkan si ibu tidak merasa ada pesaing.
2. Ibu mertua yang suka campur tangan
Kalau anda selalu ada dalam situasi di mana ibu mentua suka masuk campur tangan hal rumah tangga anda, berbincanglah dengan suami supaya menasihati ibunya. Suami kena memainkan peranan supaya ibu tidak kecil hati.
3. Ibu mertua rasa “bukan menantu pilihan”
Jika si isteri merasakan bahawa dia bukan menantu pilihan, tidak mengapa. Jalankan tugas anda sebagai isteri dengan baik supaya ibu mentua dapat tengok sendiri antara kaca dan permata.
Bukan sahaja tip untuk yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin juga ada tipnya.. Jangan jemu untuk berdoa supaya dikurniakam ibu mertua yang baik.
Tambahan itu, jangan juga lupa untuk mendoakan diri kita supaya dikurniakan hati yang lapang dan tenang. Diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.