Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.
Menerusi Instagramnya, Nabila memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami sambil mengendong buah hati tersayang.
“Alhamdulillah. Dengan kasih sayang dan kesyukuran, kami meraikan nikmat yang berharga ini,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Nabila yang tampil dengan baju sedondon berwarna biru gelap bersama suami kelihatan cukup manis dan ceria.
Ads
Penyanyi yang kini sudah pun bergelar ibu ini juga turut mengabadikan kenangan bersama bayi lelaki mereka dalam beberapa momen indah sebagai kenangan.
Ads
Perkongsian Nabila itu turut mendapat pujian serta ucapan tahniah dari peminatnya.
Kanak-kanak 6 tahun maut tersepit celah meja lipat. Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas dipercayai tersepit celah besi meja lipat ketika bermain di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Rabu.
Difahamkan, ketika kejadian ibu serta adik-beradik mangsa yang lain berada di dalam rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas tidak mendengar sebarang bunyi dari belakang rumah.
Namun selepas melihat kejadian berkenaan, mereka cuba mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke hospital namun kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Difahamkan, polis menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat melakukan siasatan di rumah mangsa selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Difahamkan mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Parit Buntar,Perak. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Che Ta bukan mak mentua cerewet – “Nanti menantu takut nak balik rumah kita.” Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.
Sebaliknya, dia lebih memilih untuk menyemai kasih dan menjaga hubungan baik dengan bakal menantu demi kesejahteraan keluarga.
“SAYA BUKAN SEJENIS MAK MENTUA YANG CEREWET. KALAU NAK CEREWET DENGAN MENANTU, TAKUT NANTI ANAK KITA TAK NAK BALIK RUMAH KITA.
Nak pikat anak kita, kena pikat dulu menantu,” ujar Che Ta.
Pelakon yang sinonim dengan watak Kiah Pekasam itu turut mendedahkan bahawa pendekatannya terhadap bakal menantu banyak dipengaruhi oleh pengalaman peribadi bersama bekas ibu mentuanya.
“Saya belajar daripada pengalaman bersama bekas ibu mentua saya dulu. Dia tidak pernah menyuruh dan memaksa saya.
Contohnya dia akan cakap hari ini mama buat pulut kuning, teringat kat Rozi, Rozi kan suka. Secara tidak langsung dia nak suruh saya balik rumah dia.
Jadi saya belajar semua benda tu daripada dia dan saya akan gunakan cara yang sama untuk bakal menantu saya nanti,” katanya lagi.
Untuk makluman, sekitar Ogos tahun lalu, Che Ta pernah berkongsi perihal persiapan merisik bakal menantunya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak sulungnya, Ammar Effendy, 29. Pasangan ini dijangka akan bernikah dalam masa terdekat.
Kubur Zara Qairina akan digali semula ikut peruntukan undang-undang. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan proses menggali semula kubur pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, dalam masa terdekat bagi tujuan bedah siasat. Tindakan ini dibuat mengikut peruntukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, memaklumkan langkah tersebut diambil selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti serta menilai laporan siasatan kes berkenaan. Penilaian itu mendapati prosedur ini penting untuk mendapatkan maklumat serta bukti tambahan bagi melengkapkan siasatan.
“Aturan bagi proses menggali semula kubur dan bedah siasat jenazah akan dilakukan segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
“Prosedur ini adalah langkah penting untuk memastikan semua bukti dapat dikumpulkan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau menegaskan, PDRM kekal komited menegakkan keadilan dan menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang, berpandukan fakta serta keterangan yang dikumpulkan.
“Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan kertas siasatan akan dirujuk semula kepada AGC dalam tempoh terdekat,” ujarnya.
Sebelum ini, AGC turut mengesahkan keperluan menggali semula kubur remaja berusia 13 tahun itu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan. Keputusan tersebut dibuat selepas laporan siasatan awal PDRM dikaji sepenuhnya oleh jabatan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, keluarga mangsa membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai di Balai Polis Sipitang, termasuk permohonan agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan inkues diadakan. Ia berikutan tiada bedah siasat dilakukan selepas beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu, kata peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.
Pada 6 Ogos lalu, AGC mengembalikan laporan siasatan awal kepada polis bagi melengkapkan siasatan kes kematian pelajar itu.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai sebelum meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.