Nahas pelajar UPSI, 100 koleksi lukisan arwah Mustaqim jadi kenangan terakhir keluarga. “Hanya selepas pemergian arwah barulah kami sedar akan koleksi lukisannya yang disimpan rapi dalam sebuah fail. Dianggarkan lebih 100 keping semuanya,” kata Rosde Yaakub, 58 tahun, bapa kepada Allahyarham Muhammad Mustaqim Rosde, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan pada 9 Jun lalu di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Nahas Pelajar UPSI, 100 Koleksi Lukisan Arwah Mustaqim Jadi Kenangan Terakhir Keluarga

Menurut Rosde, anak keduanya itu memang menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni sejak kecil dan memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan.

“Dia menuntut di SMK Putra, Hulu Besut hingga Tingkatan Lima sebelum berpindah ke SMK Seri Nering dalam aliran sastera dan seni. Sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti, arwah sempat menjual tiga hasil karyanya antaranya dijual sehingga RM100 sekeping,” jelas beliau.

Nahas Pelajar UPSI, 100 Koleksi Lukisan Arwah Mustaqim Jadi Kenangan Terakhir Keluarga

Tambahnya lagi, Mustaqim gemar mengisi masa lapang dengan melukis, malah turut menerima upah untuk menghasilkan tulisan kreatif di kain rentang dan cermin hiasan sempena majlis kenduri.

“Meskipun ada pihak menawarkan sehingga RM400 bagi setiap lukisan, kami sekeluarga sepakat untuk tidak menjual mana-mana hasil kerja arwah kerana ia merupakan kenangan terakhir daripadanya untuk kami,” kata Rosde ketika ditemui di kediamannya di Kampung Telaga Nibong, Jertih.

Sementara itu, ibunya Juariah Abd Rahman, 48, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang taat dan semakin cenderung kepada penghayatan agama sejak menyertai universiti.

Ads

“Saya diberitahu Aqim (panggilan mesra Mustaqim) sempat berpesan kepada rakan sebilik agar tidak meninggalkan solat sebelum pulang menyambut Aidiladha,” ujar beliau.

Berikut perkongsian di TikTok arwah Mustaqim @aqieimm

@aqieimm 🥀#painting #acrylicpainting #vibes #xybca #fyp #foryoupage ♬ wildflower – .

Menurut Juariah, perubahan positif dapat dilihat apabila anaknya semakin kerap ke masjid, termasuk berbuka puasa di sana kerana kediaman kolejnya terletak berhampiran masjid.

Ads

Menyentuh detik akhir sebelum kejadian, beliau memaklumkan bahawa Mustaqim meminta izin untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah di Masjid Hadhari, Jertih sebelum menaiki bas.

“Pada awalnya saya minta dia solat jamak kerana risau tertinggal bas, namun dia tetap mahu menunaikan solat Isyak dahulu, meskipun bersendirian. Selepas mendapat kepastian daripada pemandu bahawa bas akan bertolak sedikit lewat, saya izinkan dia pergi ke masjid,” katanya.

Juariah juga berkongsi bahawa anaknya kerap membaca dan berdamping dengan al-Quran sepanjang hayatnya.

Sumber: Harian Metro dan TikTok arwah Mustaqim @aqieimm

Ads

Baca artikel lain juga: Naskhah Al-Quran Tulisan Tangan Nurly Shahirah Buat Ramai Terpukau

Nahas Pelajar UPSI, Saya Masih Teringat-teringat Kejadian Pada Hari Itu, Pemandu Perodua Alza

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI