Memang bangga bila ada ibu bapa share anak mereka pada usia empat dan lima tahun dah pandai membaca. Siapa yang tak bangga kan. Namun, berlainan pula pandangan Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari atau dikenali sebagai Teacher Ina yang beranggapan, ibu bapa tak perlu jadi panik jika anak masih belum menguasai kemahiran membaca. Baginya nak ajar membaca kena dahulukan sensory. Nak tahu kenapa. Baca perkongsiannya.

_________________________________________________________________

Dah akhir-akhir tahun, saya banyak dapat soalan tentang anak tak membaca lagi.
Panik button is on..

Pembelajaran adalah PROSES. Nak belajar baca bukan bermula dengan bukak buku dan kenal ABC. Bermula dengan sensory. Anak tu dah boleh galloping ke. Kemudian Dah boleh motor skill halus ke?.. Sensory motor.. Lepastu perceptual motor… Boleh urus diri ke.. Maksudnya boleh ke toilet sendiri bila nak buang air…

Eh apa kaitannya?
Salah satu sensory yg jarang disebut interoception.. Sensory ke 8..rasa dalaman.. Jadi bila kanak-kanak dah mula alert dgn apa yg patut dia buat.. Maksudnya daily living skil anak tu dah bule buat..

IKLAN

Then baru anak tu bersedia nak baca ke kira ke tanpa kita perlu risau akan terjadi gangguan emosi..
Drilling membaca sebelum otak sedia menerima.. Mcm keluarkan kek dari oven sblm dia masak.. Dia akan mendap dan sgt susah nak betulkan.. Sbb sgt fragile.

Emosi sesuatu yg kita susah nak nmpak dan nilai tapi plg mempengaruhi dlm kejayaan hidup akan dtg.. Jgn kata ‘takpe, nanti dah besar oklah emosinya’ sbb semakin besar semakin kecelaruan emosi tu berat. Mcmana mereka nak menjdi remaja yg empathy kalau sifat empathy mmg xde dlm diri mereka..

PROCESS mengenali empati tu xterjadi.. Sbb tulah kdg2 kita musykil, mcmana terdpt sebilangan individu yg tanpa rasa bersalah bunuh kucing sbb kita xkan tergamak.. Apa yg kita rasa individu tu xrasa kerana mereka tak lalui proses sama mcm kita…

IKLAN

Ia adalah PROSES wahai mami dadi cikgu sekelian.

Ye sy boleh bg tips nak baca.
Tapi PROCESS nya yg menjadikan anak anda menjadi ‘pembaca yang sihat’ atau ‘pembaca yang kecelaruan perkembangan’..
Tiada short cut.. PROSESS adalah sesuatu yang WAJIB mereka lalui..

IKLAN

Jika anda memilih utk beri peluang anak bermain/explore/no gadget/tidak overprotective /no drilling/2way communication.. Insyallah mereka akan jd ‘pembaca yang sihat mental’..

PROCESS is the word.. Peka terhadap PROSES apa yg kita dedahkan kpd anak2 kita… Mslh atau kelebihan adalah dari PROSES itu.

Teacher INA
Tfa playschool founder
Tfa playgroup sensory park founder

Sumber: FB Ina Oh Ina
http://www.facebook.com/TFAplayschool

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI