Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ia tidak disimpan dalam tubuh. Jadi ia harus diambil secara berterusan dalam makanan. Banyak makanan terutamanya buah-buahan yang membekalkan vitamin C. Antaranya buah oren dan pelbagai jenis limau tempatan, mangga, cili hijau, brokoli,dan tomato.
Ada kalanya pemakanan yang kita makan tidak cukup dengan vitamin C, terutama jika makan makanan yang berproses.
Makanan segar yang kita makan membekalkan sebahagian kecil peratusan yang diperlukan oleh tubuh. Jika kita mengambil makanan berproses, tiada vitamin yang dapat dibekalkan ke dalam tubuh.
Oleh itu kita perlukan suplemen vitamin C. Untuk mencapai tahap membantu rawatan, (therapeutic dose) kita memerlukan dos yang lebih tinggi iaitu antara 500 mg dan 1,000 mg vitamin setiap hari. Dos yang sebegini boleh didapati dari kebanyakan farmasi dan ia bukanlah dos berbahaya.
Saya mencadangkan agar berbincang dengan doktor yang faham tentang penggunaan Vitamin C, agar tidak keliru dengan fakta yang salah selalu diberikan kepada masyarakat.
Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C.
Ads
1. ASCORBIC ACID
Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.
2. BUFFERED VITAMIN C
Ads
Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.
3. VITAMIN C DENGAN BIOFLAVONOIDS
Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.
Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.
Apa yang pasti, dapatkan nasihat doktor jika inginkan kepastian lanjut mengikut kesihatan.
Perut berangin akan menyebabkan seseorang akan rasa tidak selesa dan masalah ini sering terjadi apabila seseorang wanita itu mengamalkan diet yang tidak sihat.
Sama ada makan terlebih atau kurang makan yang boleh menyebabkan udara memenuhi ruang sistem pencernaan dan sekali gus menyebabkan perut jadi kembung dan nampak buncit.
Bila ini terjadi, akan ada orang yang hampir dengan anda bertanya soalan sebegini: Mengandungke? Bila Nak Bersalin? dan macam-macam lagi soalan yang akan mengguris hati anda memandangkan fizikal tubuh sudah seperti wanita mengandung sedangkan anda bukannya hamil.
Oleh itu, cubalah amalkan petua memakan jamu untuk kempiskan perut buncit yang berangin ini. Resipi menghasilkan jamu ini dikongsi oleh Adam Batrisyia.
Bahan-bahan:
3 sudu halba- direndamkan dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
3cm halia muda- diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Cara buat :
1. Halba ditumbuk sehingga hancur dan halus.
2. Kemudian dicampur halia,bawang putih dan akhir sekali masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
3. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti maajun.
×××Jamu ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan letak satu bekas berpenutup. ×××Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Berterusan amalkan diminum dengan air suam.
Manfaat:
1. Badan akan ringan dan angin akan keluar.
2. Perut akan kempis.
Larangan
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan
EKSTRA TIP HALANG PERUT BUNCIT
1.Bersenam
Cubalah bersenam 30 hingga 60 minit seminggu dan lakukan aktiviti yang aktif. Elakkan minuman manis selepas bersenam!
2. Minum air secukupnya
Pastikan minum air putih secukupnya, tiada kuantiti air yang khusus untuk anda, tetapi mulakan dengan tujuh hingga lapan gelas air sehari. Adalah penting untuk sentiasa hidrat bagi mengelakkan perut menjadi kembung dan buncit.
3. Kurangkan tekanan
Apabila tertekan, perasan tak biasanya anda akan mencari makanan untuk menenangkan diri dan akhirnya menyebabkan perut buncit. Oleh itu kawal emosi anda agar sentiasa stabil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Macam-macam jenis rawatan berkenaan kawalan rambut gugur ada dipasaran kini. Setiap satu produk punya kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri dengan tawaran harga yang berbeza-beza.
Namun jika anda memilih untuk cara yang lebih alami mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan, iaitu menggunakan manfaat dan kebaikkan halba dalam merawat masalah keguguran rambut dan dalam masa yang sama tidak dinafikan halba juga cukup popular untuk digunakan dalam perawatan dan penjagaan kesihatan dalaman wanita.
Ingin mengetahui bagaimana cara yang harus dilakukan, ayuh semak perkongsian di bawah ini.
Tahu kan biji halba?
Selalu dok buat masak tu. Kompom kat rumah ada kan? Kecuali rumah yang jarang jarang masak. Kalau tak da kat dapur, boleh jer beli kat kedai runcit depan rumah tu pun ada jual.
Petang petang ni, cikgu bukan nak ajar awak masak kari TAPI nak kongsi rahsia cantik dengan halba.
Selalu orang buat minum. Bagus untuk masalah dalaman, NAMUN tahu tak halba yang di masak dengan minyak zaitun boleh cantikkan awak secara semulajadi?
Cara dia mudah saja
1. 50G halba (di kisar lagi bagus)
2. 100ML minyak zaitun
Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit. Kacau lawan jam sambil niat baik baik. Biarkan sejuk . Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.
Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan.
Hampas tu jangan di buang. Boleh buat scrub muka atau badan. Campur dengan yogurt. Kan tak membazir namanya. Hihihi.
Okay, ada 7 kegunaan minyak ni. Kasi merecik dari atas sampai bawah.
1. Sapu di muka sambil urut muka untuk kulit lembap dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut parut pun pudar. Baik untuk kulit sensitif. Lepas urut tu tak perlu cuci. Urut muka sebelum tidur. Lepas urut terus tidur. Esok pagi jer bangun cuci muka tu.
2. Boleh campur dalam sedikit yogurt untuk di jadikan masker muka. Biar la dalam 20 minit. Lepastu cuci dengan air biasa.
3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Awet muda gitew.
4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala mampu membantu rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang
5. Minyak halba penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.
6. Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal gatal. Paling best rambut kurang gugur.
5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut payudara 10 minit. Bulat elok nanti payudara tu. Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega3 tu) bukan minyak ikan goreng ya. Ramuan ni boleh juga di sapu di punggung sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit kawasan punggung pun akan jadi warna sekata dan halus. In Sha Allah, akan dapat hasil yang menakjubkan jika di amalkan secara konsisten.
6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapat kan kulit lembap dan halus
7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan. Apa apapun, penggunaan perlulah istiqamah baru dapat hasil yang best.
Modal RM10 tapi boleh pakai untuk pelbagai. Sangat sangat berbaloi lah. Tak rugi pun cuba.
Ekstra tip :Halba tu kalau nak buat serbuk, panggang halba sampai kering baru kisar.
sumber : Tips dan Petua
Dan ini pula perkongsian Basha tentang halba yang dikatakan baik untuk kesihatan dan turut digunakan untuk tujuan merawat masalah rambut yang dialaminya suatu ketika dulu. Jom semak.
Teh halba campur sikit madu dan lemon. Banyak khasiat halba ni kan.
Satu lagi saya teringat masa saya form 1 rambut saya gugur dengan teruk.
Saya dapat petua rebus halba dengan buah sintok tapi saya tak tahu nak dapat mana buat sintok jadinya saya rebus je halba dan sejukkan. Lepastu lenyek2 sikit halba tu sapu kat kulit kepala, biar selama sejam dan bilas.
So tadi air rebusan halba yang lebih dan halba tu saya tak buang tapi sapu di kulit kepala.
Rezeki kita berbeza-beza. Ada yang direzekikan untuk punya zuriat lebih awal namun ada pula sebaliknya.
Namun semuanya perlukan usaha yang bukan sedikit untuk memperoleh zuriat sendiri. Perkongsian seorang suami, Wandy Mohd mengenai perjalanan TTC yang dilaluinya bersama isteri mendapat pujian ramai.
Malah lebih membanggakan sikap rasa tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang merendahkan egonya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekaligus menjalani proses rawatan IVF sudah pastinya mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsiannya, bapa kepada anak kembar ini mengakui dia menjadi salah satu punca lambat dianugerahkan zuriat sendiri malah perkongsian videonya ini agar dapat mengubah stigma dan tanggapan ramai yang lebih senang menyalahkan isteri bila lambat dapat zuriat.
“Aku rasa penting untuk sebar awareness dan betulkan yang satu ini (stigma masyarakat) yang mudah salahkan kaum perempuan bila tak ada anak.
“Tapi korang tahu tak, antara situasi aku dan isteri, akulah punca kenapa isteri tak dapat mengandung. Yes! lelaki juga boleh jadi punca.
“Semuanya selepas aku jalani rawatan kesuburan. Aku turunkan ego, buang rasa malu dan result menunjukkan aku juga adalah punca. So stop salahkan perempuan,” kongsinya lagi.
Dia yang kini sudah pun bergelar bapa pada mulanya turut mahu merahsiakan perjalanan rawatan IVF yang dilalui bersama isteri namun berharap agar perkongsian video ini dapat memberi kesedaran malah membuka jalan untuk pasangan TTC lain.
“Asalnya memang nak rahsiakan buat IVF tapi isteri pesan “mungkin dengan perkongsian ni boleh jadi asbab pasangan TTC tak putus harap”. Semoga bermanfaat,” tulisnya menerusi kapsyen.
Kini pasangan ini sudah pun mampu mengecap bahagia yang dicari bila mana mampu mengendong zuriat sendiri yang merupakan anak kembar.
Semoga bahagia menjadi milik kedua-duanya dalam masa yang sama dapat memberi inspirai kepada pasangan TTC lain untuk terus berusaha. Paling penting jangan pernah putus harap dan jalanilah rawatan kesuburan tanpa perlu menyalahkan pasangan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.