Tidak dinafikan,  penyakit bulan Syawal ni lain tidak bukan ada yang mudah terkena cirit birit.

Mungkin ada yang tersalah makan atau pun terjadi disebabkan makanan yang terhidang dicemari lalat dan sebagainya.

Bila ini terjadi, mulalah perut meragam dan cirit birit.  Terpaksa berulang saja ke tandas,  dan tentunya membuatkan sesiapa pun tidak selesa apatah lagi di hari raya ini.

Jika ingin segera dirawat,  selain perlu pergi ke klinik.  Sebenarnya ada juga petua tradisional yang boleh diamalkan.  Antaranya sebagaimana yang dikongsikan oleh Harisun ini.   Menurutnya petua ini didapati dari makciknya. Alhamdulillah 2 kali minum dah ok.

IKLAN

Jadi ini dia petua atasi masalah cirit birit guna bahan dari dapur sahaja.  Jom semak!

Bahan bahan :

1 mug air suam
1 sudu besar (untuk dewasa)
1 sudu teh ( untuk kanak – kanak ) tepung gandum

IKLAN

Atasi Cirit Birit Dengan Tepung Gandum, Cukup Mudah & Berkesan!

Cara-cara:
1. Bancuh tepung ke dalam mug berisi air suam. Agak agak la airnya ye.
2. Biar jap. Biarkan tepung tu mendap ke bawah
3. Minum air bancuhan tepung yang di atas sahaja.
4. Kalau rasa tak kurang lagi,bancuh balik dengan tepung yang tadi.
Boleh guna 2-3 kali tau.

IKLAN

sumber : Harisun Alimin

Selain itu,  cara atasi masalah cirit-birit boleh juga dengan menggunakan mengamalkan makan pucuk jambu batu.

Caranya:
Rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI