Sungguh inspirasi perkongsian Ozlyn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail menerusi satu posting di laman Instagramnya yang berkongsi kisah pendiriannya dalam mendidik anak-anak.
Katanya, untuk mendidik anak ini bukan suatu yang mudah tetapi untuk mendapat apa yang dinginkan, ibu ayah kena berubah. Barulah capai matlamat. Ikuti perkongsiannya.
“Dah selalu sgt kain kena tibai.. smp subuh dia kain pon dh x pakai.. xpelah.. asal dia nak bgn solat.. so arini kami ada geng #letsngaji yg baru.. Chantiq dh join ktorg.. baru la lengkap.. lepas solat, bg makan supaya ngaji xde la melewehhhhh pemalas..
AMALAN WAJIB LEPAS ANAK BANGUN
IKLAN
Perkara pertama bila anak-anak bangun tidur aku akan bg air suam segelas.. lepas tu dorg nak milo aku bg la.. cuma aku cairkan sikit.. cuma sape nk milo air suam segelas tu kena abeskan.. tadi breakfast ayam drummet jek.. sb mak dorg malas.. sblm tu makan epal dulu.. jujur ckp nak bwk anak2 buat benda yg baik perlukan kesabaran..
NAK ANAK BERUBAH KITA KENA UBAH SIKAP
Dia macam diri kita sendiri la.. mcm mane kita nak stop judge org?? Pasti akan ada je ati terdetik.. ee nape dia mcm tu? Dan kita akan rasa kita je betul org salah.. pastu kita asik rasa org je aniaya kita.. sb kita baik, kita yg bagus.. plss stop perasaan tuh.. stop blame org.. cer renung diri sendiri.. adakah kita sudah cukup bagus atau terlalu bagus smp org dengki dgn kita? Atau bgs kah kita hingga boleh nilai diri org lain.. x!!! Kita tidak berhak dan mereka juga x berhak!! Buang ego!! Jadi yg terbaik kita cuba perlahan2 perbaiki segala kekurangan diri.. jangan sedih.. sekurangnya hati kita belom mati dan kita masih punya “rasa”. Jadi jgn biarkan anak2 kita leka sama seperti kita.. budak susah nak patuh pada arahan.. kalau ikut pun ada la 2-3 kali pastu lupa balik..
IKLAN
Jadi Macam mana nak bagi mereka tak lupa? Senang..nak anak berubah.. kita juga kena berubah..
Budak akan ikut apa yg kita buat.. baik yg ditunjuk InsyaAllah baik la jadinya.. apapun aku percaya ramai lagi ibubapa yg hebat di luar sana.. jgn kedekut berkongsi ilmu.. gunakanlah media social sebaiknya.. pantau setiap pergerakan anak2.. gadget anak2.. kalau boleh kita mak bapak bykkan masa dgn anak2.. plsss curik masa tuh.. ye anak aku pun nakal mcm anak korg.. normal.. cuma yg membezakan samada dgr ckp atau tidak.. tu jek.. pada aku semua ibubapa Hebat!! Setiap kita ada ujian yg berbeza.. HADAP!!
Jangan buat main mengenai kebersihan rumah. Jika dibiarkan akan mengudang pelbagai penyakit terutama kepada anak-anak. Oleh itu, walaupun penat, ibu ayah kena luangkan masa untuk memastikan rumah dalam persekitaran yang bersih. Perkongsian Mohd Fhais mengenai bahaya lipas kepada keluarga bukan biasa-biasa aje. Jom ikuti perkongsiannya
Hati-Hati Dengan Lipas !
Jangan geli hati sangat kalau nampak isteri atau anak perempuan kita geli bila nampak lipas. Sebab lipas bukan sahaja kotor tapi binatang kecil ini adalah pembawa penyakit serius.
Sekali lipas datang ke rumah kita, ia bawa sekali ribuan kuman yang berbahaya pada tubuh manusia. Nampak sahaja badan kecil tapi kuman dia boleh buat kita kena cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis malah mata boleh bengkak.
Lipas la punca kalau bangun tidur mata kita tiba-tiba bengkak !
Kesan dia lebih teruk kalau kena pada anak-anak yang masih kecil. Boleh kena keracunan makanan yang serius tau.
Bagaimana Lipas Boleh Jadi Pembawa Kuman Berbahaya?
Lipas sebenarnya ada satu tabiat buruk semasa makan. Ketika makan lipas akan melakukan “regurgitasi” iaitu memuntahkan balik apa yang sedang di makan.
Maka jika lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”. Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, di tambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.
Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan.
Lipas juga punca alahan pada kanak-kanak. Air liur dan badan lipas ada beratus-ratus alergen yang boleh menyebabkan alahan seperti ruam, kegatalan, bersin dan mata berair.
Jadi kalau tersentuh atau lipas lalu di kulit kena cepat-cepat basuh. Bukan sebab kotor tapi bahaya !
Jika kita terpegang anak dengan kuman lipas di tangan kita boleh sebabkan mata anak jadi bengkak atau gatal.
Antibodi anak kecil belum berupaya melawan kuman dari luar. Jadi ini serius !
Bukan lipas sahaja, malah semua serangga perosak itu bahaya. Seperti lipan berbisa, semut merosakkan dan tikus lagi banyak kuman.
Oleh itu, saya nasihatkan kalau nak bersihkan rumah atau mencuci lantai jangan fokus pada cantik, wangi dan berkilat sahaja, pastikan juga ada bahan-bahan anti bakteria dan anti serangga perosak.
Wanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan.
Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya.
Amati perkongsian beliau.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Kuatkan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memamg takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Credit : Najibah Mustaffa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tingkah laku yang diterapkan oleh ibu bapa sejak mula sebenarnya sangat penting dalam pembentukan peribadi awal usia kanak-kanak. Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam membantu merangsang anak-anak mereka supaya dapat memiliki sikap yang baik?
Berikut adalah tujuh perkara yang setiap ibu bapa patut amalkan hasil kajian sains, dalam memberikan anak-anak anda persediaan supaya mereka lebih berjaya kemudian hari.
1.Jangan didik anak yang dia boleh jadi apa yang dia nak
Kajian yang dilakukan melibatkan lebih 400 orang remaja mendapati remaja di Amerika Syarikat terlalu bebas dalam menentukan hala tuju masing-masing tanpa sebarang kekangan dari ibu bapa. Ini kerana ramai di antara mereka nak kerja yang bersifat ‘hispter’ seperti beraspirasi mahu menjadi seorang pemuzik, pereka permainan video atau atlit sukan.
Sepatutnya ibu bapa perlu mendorong anak untuk mempunyai impian yang lebih berpaksikan masa depan, kerana kerja-kerja tersebut bukanlah cita-cita yang mempunyai permintaan tinggi. Ajar anak supaya mempunyai impian, namun pastikan impiannya berpaksi pada realiti.
Makan bersama setiap hari
Dalam satu kajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Harvard, penyelidik mendapati golongan remaja yang meluangkan sekurang-kurangnya lima hari seminggu untuk makan bersama keluarganya mempunyai peluang lebih rendah untuk terlibat gejala masalah sosial.
Kesan positif makan bersama ini mengelakkan majoriti remaja terlibat dengan penyalahgunaan dadah, seks luar nikah serta masalah kemurungan. Mereka juga menunjukkan pencapaian lebih baik dalam pembelajaran, pertuturan serta rasa nilai diri.
Telefon pintar 24 jam? Tak boleh!
Kajian sains sudah membuktikan penggunaan telefon pintar serta peranti tablet memberi kesan kekal pada golongan kanak-kanak, dengan keupayaan mereka untuk memberikan fokus, bertutur dan kemahiran bersosial akan terjejas.
Bayi berumur 18 bulan ke bawah pula sepatutnya langsung tidak menonton sebarang jenis skrin dengan usia 2 hingga 5 tahun pula dihadkan selama satu jam sehari.
Kajian-kajian lain membuktikan kesan melarang penggunaan telefon pintar atau sebarang alat peranti di meja makan, kenderaan dan bilik tidur bagi remaja, akan memberikan kesan positif jangka panjang kepada hidup individu tersebut.
Berikan mereka kerja
Kajian jangka panjang selama lebih 75 tahun yang dijalan Universiti Harvard, sejak tahun 1938 dan masih lagi berjalan, ada dua perkara yang membuatkan seseorang itu gembira. Pertama, rasa kasih sayang. Kedua? Etika kerja.
Hasil daripada kajian ini diterapkan sebagai panduan kepada ibu bapa dan hasilnya, penyelidikan menunjukkan kanak-kanak yang diberikan tugasan untuk dilakukan setiap hari mempunyai pemikiran yang lebih ke depan berbanding kanak-kanak lain.
Kanak-kanak yang sejak awal dilatih dengan tugasan, mempunyai sikap lebih professional ketika dewasa kerana mereka sudah mula memahami tugasan, walaupun tidak seronok untuk dilakukan merupakan sesuatu yang perlu dilakukan tanpa ada banyak pilihan.
Latih tabiat konsisten
Penyelidikan yang dilakukan sejak tahun 1972 mendapati kanak-kanak yang mampu melawan godaan akan membesar dengan mempunyai ciri-ciri positif. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang terpilih ditawarkan gula-gula di atas meja dan sekiranya mereka berjaya untuk tidak makan gula-gula tersebut selepas 15 minit, ganjaran gula-gula itu akan digandakan.
Majoriti kanak-kanak yang berjaya menahan diri daripada makan dalam eksperimen itu didapati mempunyai kebolehan sosial yang lebih baik, lebih bijak dalam ujian serta bebas daripada masalah sosial.
Eksperimen yang dijalankan membuktikan sekiranya kanak-kanak dilatih untuk mempunyai sikap konsisten sejak mula, mereka akan membentuk kegigihan sendiri secara semulajadi. Jadi ibu bapa perlu menyediakan tabiat yang konsisten setiap hari pada anak-anak, seperti mengemas atau tolong menyapu walaupun mereka berat melakukannya kerana tabiat yang konsisten itu – akan membentuk psikologi mereka.
Intan Ladyana kongsi wajah Umayr, anak keduanya sudah 3 bulan, "Rupa siapa ye." Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata keduanya, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur ada 26 April yang lalu.