Kelihat Che Ta di mana-mana sentiasa mencuri perhatian kita. Mana taknya dia ibarat idola buat semua ibu-ibu untuk bergaya.
Walaupun meniti usia 40an, Che Ta kekal cantik bergaya, tidak pernah kalah berfesyen malah citarasanya jauh terkedepan. Langsing usah cakaplah, mengalahkan anak dara persisnya.
Pastinya bukan hanya produk yang diamalkan oleh wanita tinggi lampai kelahiran negeri Kedah ini. Ibu kepada Ammar Effendy, Aniq Ezzra, dan puteri kesayangan semua, Aaisyah Dhia Rana ini rupanya turut mengamalkan petua tradisional untuk kekal langsing dan jelita.
Amalkan Bahan Semujadi
Ads
Che Ta akhirnya berkongsi rahsia kurusnya di instagramnya beberapa hari. Katanya inilah amalan yang dilakukannya sejak dulu. Bolehlah kita cuba. Ini yang dikongsikan oleh Che Ta.
Qamai sangat yang tanya , bahan- bahan tadi nak buat gena? Leceh memang leceh tapu nak kurus tanpa keluaq modai besaq memang leceh .. nak cantik kan ? Jangan mengeluh. Ha begitu kata Che Ta di instagramnya. Jom tengok cara penyediaannya.
Ads
Bahan-bahan:
Delima
Buah beri
Delima
Epal
Asam keping
Caranya:
1. Rebus asam keping terlebih dahulu.
2. Kisarkan bahan-bahan lain dengan air secukupnya.
Kata Che Ta kurma bekalkan kita tenaga setiap hari manakala asam keping pula membuang lemak dalam badan. Epal hijau pula membuang toksin dalam badan. Malah katanya inilah yang buat perut kita buncit.
Minumlah sebanyak mana yang kita boleh minum setiap hari. Tapi leceh sikitlah, nak cantik takpe. Sedap macam yogurt. Kena rajin nak cantik ye.
Sumber: instagram @rozitachewan1
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah mengucapkan selamat tinggal sebagai penyampai radio sepenuh masa tidak lama dahulu, Nana Mahazan kini kembali on air di radio online EFM (efm.live) sejak Januari 2018.
Selebihnya Nana banyak terlibat dalam mengacara majlis-majlis tertutup. Jika tiada jemputan untuk ke konti, stesen TV ataupun majlis lain, masa Nana banyak dihabiskan di rumah bersama anak-anak.
Namun Nana yang sememangnya aktif di laman sosial Instagramnya sentiasa menjadi perhatian para peminatnya. Malah, dia kini banyak muncul di kaca tv sebagai pengacara dalam beberapa program.
Personaliti dan penampilannya yang sentiasa up to date menjadi idola peminat wanita muda berkarier dan tak kurang ibu muda sepertinya.
“Memang ada harinya bila malas tu, di rumah saya hanya berpakaian biasa. Tapi, bukanlah tak ‘semenggah’. Masih kemas. Saya percaya, setiap orang punya keinginan sendiri.
“Saya pula, mahu sentiasa menjaga penampilan dan kelihatan kemas walaupun berada di rumah. Ia merupakan satu kepuasan untuk diri sendiri.
“Dengan cara itu, kita akan rasa gembira dengan diri kita sendiri. Ini penting kerana ia juga membantu mewujudkan keyakinan pada diri. Jagalah penampilan diri walaupun mungkin kita hanya suri rumah.
“Diri kita layak untuk ‘dihadiahkan’ atau ‘dimanjakan’ sebegitu. Tetapi, jangan hanya pentingkan penampilan kita semata-mata dan mengabaikan suami dan anak-anak,” tegas Nana.
Bentuk tubuhnya juga tidak membayangkan dia sudah memiliki dua orang cahaya mata. Tiada rahsia bagi selebriti ramah ini.
“Cuma sejak berkahwin dengan Brian, dia lebih teliti soal pemilihan makanan. Hal ini memandangkan Brian amat menjaga pemakanannya. Bimbang berat badan mudah naik.
“Sebelum berkahwin saya makan apa yang saya suka. Berbeza lepas berkahwin, perlu teliti tentang pemakanan. Alhamdulillah, satu perubahan yang amat baik.
“Maksudnya, dulu makan apa sahaja tidak kira tinggi kalori ataupun tidak. Meski berat badan tak naik tetapi sebenarnya kurus tidak bermakna tiada kolesterol.
“Jangan hairan kalau ada orang yang kurus tapi kandungan kolesterol tinggi dalam badan. Sekarang, bila jaga pemakanan dengan lebih baik, saya rasa lebih sihat.
“Terasa perubahan itu pada diri sendiri. Mulanya, ikut sahaja bila Brian kata pilih makanan yang sihat. Kalau beli susu, pilih yang rendah lemak, lebih banyak gunakan minyak zaitun, banyakkan sayuran dan buah-buahan.
“Beli makanan juga sudah dibiasakan membaca label atau kemasan makanan. Lama-kelamaan, sudah jadi tabiat. Menariknya, bila diamalkan memang saya dapat rasakan sendiri perubahan yang lebih baik,” ujar Nana yang baru tamat host Mentor7 selain turut menjadi hos untuk Pesona Pengantin di Astro serta game show Jangan Buat Hal di Astro Warna.
Semakin Sayang
Serasi bersama, riak wajah keduanya menyerlahkan kebahagiaan yang dilalui Nana dan Brian. Bukanlah niat untuk bermegah-megah dengan kebahagiaan rumah tangga tetapi Nana berlaku jujur mengakui dirinya bertuah dipertemukan dengan suami tercinta.
Istimewanya Brian pada dirinya, sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, dari segi peribadinya Nana bahagia kerana Brian tidak lokek menunjukkan kasih sayang terhadap dirinya.
“Dari dulu sehingga kini saya tak pernah terasa kurang kasih sayang daripada Brian. Sekarang, terasa sangat kasih sayangnya melimpah buat saya.
“Pada Brian, dia amat bersyukur dan berterima kasih kerana saya sanggup melahirkan dan menjaga anak-anak, Althea,9 tahun dan Aaqib 5 tahun.
“Dia benar-benar menghargai pengorbanan saya yang sanggup berhenti kerja dan menjaga anak-anak. Kata-katanya itu membuatkan saya rasa terharu dan amat bersyukur adanya Brian di sisi saya.
“Apa sahaja yang ingin saya lakukan, Brian sentiasa menyokong saya. Tugas-tugas di rumah juga dia sanggup berkongsi dan lakukan bersama-sama. Dalam rumah tangga yang penting saling memahami dan percaya antara satu sama lain.
“Barulah tak timbul syak wasangka antara suami isteri. Sebagai isteri kena tahu kehendak dan isi hati suami baru tak timbul alasan cari yang lain. Kalau suami tetap juga ada yang lain, tanyakan apa kurangnya kita sebagai isteri dan cuba perbaiki untuk jadi yang lebih baik,” cerita Nana yang memohon semoga tiada sebarang musibah dalam rumah tangganya itu.
Sumber: Majalah Keluarga 2015 & Media Hiburan Online
Diuji dengan demam influenza sekeluarga, pelakon dan pengacara Yana Samsudin kini lega keadaan dirinya, suami dan dua anaknya semakin beransur pulih.
Berkongsi pengalaman itu kata Yana, ia bermula bila mana dua anaknya, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang dijangkiti virus itu dan terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.
Namun begitu kata Yana, berbanding anak dan suami, dia mengalami gelaja yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi cerita ketika diuji dengan virus itu yang dikatakan lebih sakit dari virus Covid-19.
“Morning korang, sikit lagi nak sihat dah ni. Itu la Yana dah pesan dengan anak anak, “ko kalau nampak ada orang demam, ko lari je jangan main ngan dia, diorang main jugak…”
“Dah terbaring 2 beradik tu kena Influenza A, seminggu kuarantin.
“Yana lak, dah cuba asingkan tempat tidur, rajin pulak budak 2 orang ni datang melawat mommy dia. Dah berjangkit kita pulak,” ujarnya memulakan cerita.
Malah kongsi Yana lagi, melalui pengalaman itu dirasakan lebih sukar dan sakit berbanding ketika diuji dengan virus Covid-19.
Tambah Yana lagi, meskipun suaminya, Fadzil Zahari turut sama dijangkiti virus itu namun begitu dia tetap menguatkan diri demi isteri dan dua anaknya yang sakit.
Tidak hanya membawa ke klinik bahkan dia berulang alik serta memandu pada jarak yang jauh untuk memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik.
“Ya Allah, sakitnyaa lebih dari covid. Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua la. Nasib #EnKetuaRumah tak buat hal, kalau tak bertambah pulak sakit hati kita ni.
“Dia yang paling steady rasanya, drive beratus kilometer pergi Lumut, pastu Penang pastu Yong Peng, pastu balik Shah Alam semula.
“Malam kemudiannya bawak Mateen pergi klinik, pastu malam esoknya bawak Yana pulak pergi klinik, kitorang balik rumah dah tumbang. Sempat pergi opis lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu, balik opis mandi pastu berselera pulak dia makan, orang sakit patutnya tak selera makan, ntahlah.
“Esok petangnya dia dah Ok, hidup seperti sedia kala, anak-anak pulak dah berlari ke sana sini keriangan. Tinggallah kita dengan saki baki kesakitan ini Allahu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Yana dan suami mendirikan rumahtangga pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Seorang isteri berkongsi detik cemas apabila suaminya rebah dan tidak boleh bernafas gara-gara menyimbah peluntur ke dalam bilik air.
Menurut Hana Hana Mashitah, suaminya dikatakan menggunakan peluntur dicampur pencuci mozek.
Dia kemudiannya menutup pintu bilik air. Lantaran itu, suaminya dikatakan mengalami muntah, batuk, tidak boleh bernafas lalu rebah dengan mulut berbuih.
“Dia batuk tak berenti, muntah-muntah datang depan dengan muka pucat tak boleh nafas. Dia terbaring senyap, ingat tidur rupanya collapse dan mulut berbuih teruk.
“Gas reaksi dari bahan pencuci tu penuh dalam dada dia,” kongsi Hana menerusi laman Facebooknya.
Hampir 15 minit dalam keadaan demikian barulah suaminya sedar dan kembali pulih.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.