Nak Badan Kekal Segar & Wajah Tidak Kusam , Guna Air Rebusan Bahan Herba Ni.

Share

Nak Badan Kekal Segar & Wajah Tidak Kusam , Guna Air Rebusan Guna Bahan Herba.

Sebenarnya cara yang mudah untuk kekal sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang makanan yang seimbang dan bersenam.

Namun pada masa yang sama boleh juga mencuba amalan tradisional dengan mencuba petua yang mengunakan bahan-bahan herba.

Seterusnya ikuti perkongsian ini.

Manfaat Air Rebusan Herba:
-Bersihkan rahim
-Buang angin
-Pecahkan lemak
-Naikkan seri muka
-Mengurangkan sengugut

Bahan-bahan :

-Halia (2 ibu jari) Hiris Kasar2
-Kunyit hidup (1 ibu jari)
-Serai (2 batang besar) kalau kecil letak dalam 3-4 batang
-Daun Pandan (4 helai)
-Madu
-Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)

*Nak letak sireh pun boleh..Tak letak sebab takde sireh kat umah..

*Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe

Cara-cara :

Masukkan semua bahan-bahan  di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)

Buat ni untuk 2 Cawan ye. Sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau  wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu.

Ini cara minum ye. kalau tak selesa ikut cara masing-masing” ok. Minum 1 gelas (suam) pastu off kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sgt nanti marah plak suami & famili uols haha. (Berkurung sorang-sorang dalam bilik masa minum ni)

Sumber: Nyd Za

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

IKLAN