Pening dibuatnya bila anak masih tak tidur walaupun sudah lewat malam. Kepenatan ibu bekerja bertambah bila mana anak tidak mahu tidur. Sudahnya esok pagi susah hendak bangun ke sekolah.

Rupanya banyak cara untuk pastikan anak tidur awal. Tip yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mak ayah boleh cuba.


“Doktor, macam mana saya nak latih anak saya tidur awal? Dia selalu tengah malam pun belum tidur-tidur lagi.”

Anak saya asalnya kerap tidur lewat. Agak sukar nak suruh dia tidur, apatah lagi nak suruh tidur awal. Dia akan berguling dan meragam jika dipaksa tidur awal. Saya tahu ini tidak bagus untuk tidur dan perkembangannya sebagai kanak-kanak. Jadi saya lakukan sesuatu.

Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal, Doktor Kongsi Cara Mudah, Memang Menjadi!

 

Hasilnya, saya berjaya ubah waktu tidur anak saya seawal jam 9 malam. Berikut adalah cara bagaimana saya ubah rutin tidurnya:

◼Galakkan anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang hari. Ini akan membantu meletihkan mereka dan memudahkan mereka untuk tidur pada malam hari.

◼Set waktu makan malam anak sekitar 2 jam sebelum waktu tidur yang disasarkan. Elakkan makan terlalu berat atau terlalu manis untuk makan malam.

◼Tetapkan waktu tidur untuk anak. Hari sekolah atau hari cuti mereka perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini akan membentuk rutin tidur tetap.

Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal, Doktor Kongsi Cara Mudah, Memang Menjadi!

 

◼Hadkan masa skrin pada waktu malam. Berhenti gunakan peralatan elektronik sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur. Perlu tegas.

◼Satu jam sebelum tidur, susun rutin yang melibatkan aktiviti yang tenang seperti, membaca, gosok gigi, berwuduk dan solat, dengar lagu santai, berselawat, dsb.

◼Ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak. Rumah digelapkan(suram), dan ibubapa masuk ke dalam bilik tidur pada waktu tidur anak.

◼Pastikan persekitaran tidur selesa dan sesuai untuk tidur. Ini termasuk perkara seperti mengekalkan bilik gelap/suram dan sunyi, dan memastikan suhu selesa.

◼Sebelum tidur, ambil masa berbual tentang sebarang kebimbangan atau ketakutan yang mungkin mereka ada. Ini boleh membantu mereka untuk merasa tenang.

Nak Bagi Anak Mudah Tidur Awal, Doktor Kongsi Cara Mudah, Memang Menjadi!

 

◼Sebagai galakkan dan dorongan awal, ibubapa boleh memberi pujian dan ganjaran yang sesuai kepada anak jika anak tidur awal. (pengukuhan positif)

◼Ibubapa perlu tegas dan konsisten dalam memastikan rutin ini dipatuhi pada setiap hari. Membentuk rutin baharu perlukan masa dan kesabaran.

Semoga tip-tip ini bermanfaat kepada ibubapa yang ingin melatih anak-anak tidur awal!

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI