Doktor selebriti, Dr Say Shazril yang mempunyai seorang nak autisme turut berkongsi kerisauan hatinya dan isteri akan kebarangkalian anak ketiganya yang dikhuatiri turut mempunyai masalah yang sama.
Melalui Instagramnya, Dr Say tampil berkongsi ilmu mengenai anak autisme yang cenderung berlaku kepada anak lelaki sekaligus berkongsi kisah anak ketiganya yang turut dikhuatiri mempunyai masalah sama.
“Seperti dijanjikan ini kisah Zeq. Bulan ni dia 4 bulan. Saya sangat berharap Zeq is normal sebab terus terang cerita pernah ada anak autism.
Penat merisaukan what the future might hold for them. Tapi sekiranya memang itu ketentuan Ilahi, saya terima seadanya.
“Masa saya tahu yang kandungan ketiga adalah boy terduduk kami dibuatnya. Bukan terduduk sebab tak dapat baby girl tapi tapi risau dengan kebarangkalian empat kali ganda dan 20 peratus lagi risiko jika anak ada yang turut mempunyai autism.
Lepas anak ketiga kami lahir kami pantau betul-betul setiap perkembangannya, dia tengok muka kami ke tak, senyum tak bila kami senyum dekat dia, ada bunyi lain tak selain menangis masa dia dua bulan and sadly dia tak buat semua itu.
Masa appoitment vaksin dua bulan dengan pakar neurologi kanak-kanak, Dr Sofia di SJMC, kami beritahu kerisauan kami dan Dr cakap “Zeq is not responding according to his development”.
Ads
Tapi perkembangan Zeq sebiji macam Ace masa dia dua bulan and family members kami pun ada yang perasan benda ni. Zeq melilau je bila pandang muka dia.
Bila diagah-agah pun tak senyum. Tapi Dr tenangkan kami dan minta kami lebihkan interact dengan dia sebab children’s brain is malleable pada usia ni. Jadi go and out,” kongsinya menerusi sebuah video di Instagram.
Tambah Dr Say lagi, dia dan isteri bagaimanapun mampu menarik nafas lega seketika bila mana doktor memberitahu perkembangan terkini mengenai anaknya. Malah usahanya dan isteri dilihat membuahkan hasil.
“Lepas seminggu appoitment tu kami ambil helper dari Indonesia khusus untuk interact dengan Zeq dan masak sahaja sebab masa kami busy, kami mahukan interaction berterusan buat Zeq.
Ads
Mujur helper Indonesia kami ni cukup sukakan budak-budak. 7 Mei baru-baru ini appoitment dengan Dr Sofia dan isteri beritahu “Dr Sofia cakap Zeq progress is up to date.
Dia dah ada social smile, ada good eye contact, senyum bila kena agah, banyak babble, development lain pun up to date. Alhamdulillah saya rasa lega sikit.
Tapi adakah ini bermaksud Zeq bebas dari autism? Tidak sama sekali sebab perkembangan kanak-kanak yang ada autism ni boleh regress, hari ini mungkin boleh senyum lebar, esok lusa atau minggu seterusnya senyuman itu mungkin hilang.
Selalunya dignosis dibuat pada umur bayi setahun enam bulan jadi kami ada masa yang lama lagi untuk kami tarik nafas lega. Kami masih berjaga-jaga bukan kerana kami paranoid tapi supaya kami lebih bersedia mentally, physcially and financially. Apa-apa pun minta jasa baik korang doakan baby Zeq ye peeps?,” katanya panjang lebar.
Ads
Semoga Zeq menunjukkan perkembangan yang lebih baik dari hari ke hari.
Manfaat minuman herba yang direbus, biasanya umum mengetahui banyak kebaikkannya. Lebih-lebih lagi kaum ibu, sudah ‘terajar’ ketika berpantang dan telah merasai sendiri kesan daripada amalan tersebut.
Pun begitu selepas tempoh berpantang habis, apakah pula minuman herba yang sesuai untuk diamalkan agar khasiat herba terus dapat dinikmati oleh tubuh.
Di sini ada 4 jenis minuma air rebusan yang boleh diamalkan oleh semua wanita. Info ini dikongsi oleh Nur Addya dan ditambah pula 1 lagi minuman herba oleh Edayu Mohamad Via MAHN.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Selamat mencuba!
1. Rebusan Serai & Halia
Bahan-bahan:
3 batang serai-diketuk
4cm halia-diketuk
Cara buat : Rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Anda amalkan 2 atau sekali seminggu.
Kebaikkan : Elok bagi wanita yang letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu waktu siang.
2. Rebusan Sireh
Bahan-bahan:
3 atau 5 helai daun sireh
3 kuntum bunga cengkih
Sedikit serbuk kayu manis.
Cara buat : Rebuskan di dalam periuk dengan tiga gelas air. Minum ketika air tersebut suam.
Kebaikkan : Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.
3. Rebusan Sireh dan Daun Inai
Bahan-bahan:
3 atau 5 helai daun sirih
Segenggam daun inai
Cara buat :
Rebus di dalam periuk dengan menggunakan tiga gelas air. Minum apabila sudah suam.
Kebaikkan: Rebusan ini sesuai bagi wanita yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas haid.
4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit
Bahan-bahan:
2 atau 3 batang serai
3cm halia
2cm kunyit
sedikit kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
1 helai daun pandan
Sedikit madu
Cara buat : Ketuk serai, halia dan kunyit kemudian direbus bersama kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, daun pandan dan sedikit madu. Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali.
Kebaikkan : Ini untuk mewangikan bahagian intim dan menyegarkan badan.
“Saya da amalkan dekat setahun. Saya minum air jamu ni lepas abis period. X elok amalkan tiap-tiap hari ye. Memang hasilnya terbaik.”-Edayu
Bahan-bahan:
Halia (besar ibu jari)
Kunyit (besar ibu jari)
Serai (2 btg)
Daun Pandan (2 helai)
Gula Batu / Madu (ikut suka)
Air 3 cawan
Tambahan (jika perlu)
Sireh (2 helai) – utk masalah keputihan
Manjakani (1 biji) – utk merapat miss v – (x sesuai utk anak dara)
Cara Buat : Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 cawan air
Minum suam-suam. Hanya minum sebulan sekali sahaja selepas period je tau.
Khasiatnya :-
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut
* Mengurangkan masalah bau badan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Istilah ‘seluk’ menjadi seakan trauma buat ibu yang bakal melahirkan anak namun ia perlu dilalukan untuk memeriksa laluan serviks.
Pemeriksaan faraj (vaginal examination) dilakukan apabila usia kandungan wanita hamil mencecah 9 bulan. Ia dilakukan untuk memeriksa keluasan serviks mengembang, berapa banyak ia menipis dan posisi bayi dalam pelvis ibu.
Pemeriksaan ini juga adalah untuk menentukan jika si ibu sudah bersedia untuk bersalin.
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim.
Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka.
Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka.
Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.
Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Jangan panik. Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang tiada pengalaman melahirkan.
Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.
Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Melihat kes harian Covid-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20 ribu, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan hand sanitizer. Bahkan tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
Viral Kid Ujian Covid-19 Guna Air Paip Keputusannya Positif
Pun begitu, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau juga dikenali sebagai Rapid Antigen Test menggunakan sample air liur mula dipersoalkan apabila viralnya satu video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat, terlihat seorang lelaki membuat ujian kit tersebut dengan menggunakan air paip.
Apa yang mengejutkan keputusan ujian tersebut menunjukkan positif, terlihat jelas dua garisan pada kid tersebut.
Beli Yang Original & Lulus KKM
Ekoran daripada video tersebut Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan tepat.
Ujarnya hanya kit ujian kendiri Covid-19 ‘asli’ dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil.
Jika palsu melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
Beliau berkata, tidak dinafikan ada kit ujian kendiri Covid-19 menunjukkan keputusan tidak jitu, sebab itu KKM menyarankan penggunaan kit ujian yang diluluskan sahaja.
“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas berhubung video tular memaparkan keputusan kit ujian kendiri Covid-19 yang positif hanya dengan menggunakan air paip.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang mempersoalkan berhubung keputusan kit ujian kendiri Covid-19 terbabit.
Dr Hanafiah berkata, penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.
“Jika menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
“Harga kit ujian kendiri Covid-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.