Sambutan hari raya memang tak sah jika tak ada duit raya.
Namun nak sediakan duit raya ni kena ada bajetnya supaya tidak terlebih bajet.
Nak tahu cara yang betul nak buat bajet duit raya, jom ikuti nasihat pakar kewangan ni.
BAJET DUIT RAYA KITA BERAPA?
Ads
.
1. Buat satu bajet keseluruhan nak balik beraya ini berapa yang kita akan belanja. Bajet ini termasuk duit tol, minyak, duit mak, duit raya dan pastikan duit ini adalah duit simpanan kita bukan pinjaman peribadi punya.
.
2. Senaraikan kategori duit raya ini kita akan berikan pada siapa, keluarga terdekat, anak saudara, rombongan kanak kanak yang datang ziarah dan siapa sahaja yang layak sewaktu kita berjumpa.
.
3. Keluarga terdekat biasanya angaran duit raya antara RM50, RM20, RM15, RM10 sahaja bergantung kepada berapa ramai anak buah kita. Bagi ibubapa sebaiknya lebih dari jumlah sumbangan bulanan yang sedia kita berikan. Raya kot!
.
4. Bagi kanak kanak dari saudara jauh, saya kira memadai memberi sumbangan sekitar RM5 ke RM10 bergantung jumlah berapa ramai anak buah ini. Jika nak kurang lagi pun tak mengapa. Ianya bukan satu dosa.
.
5. Rombongan kanak kanak yang datang meriah kerumah ibubapa kita, sumbangkan sekitar RM1 ke RM2 sahaja sudah memadai agar mengembirakan hati mereka sahaja. Raikan mereka dengan jemput minum setidaknya jika tidak mahu makan sekalipun. Maklumlah mereka sedang bermain dengan masa!. kejar berapa rumah yang ada. Tinggalkan pesan pesan yang baik buat mereka.
.
6. Asingkan duit ikut sampul dan warna, ini memudahkan kita memberi sumbangan nanti. Utamakan golongan yang layak terima berbanding untuk kelihatan bergaya sampul bewarna.
Ads
7. Ikhlas, ikhlas, ikhlas. Jangan beri sumbangan duit raya sebab takut orang kata kita papa kedana. Ingat lepas raya kita semua masih bernyawa. Jika kita tidak mampu beri duit raya, jangan ikut orang untuk memberi walau kereta kita paling berjenama Honda misalnya!
.
8. Sebelum sebok nak bagi duit raya ini, utamakan golongan ini jika kita ingin jadi suami yang seksi dan kacak bergaya. Ini susunan kewajipan kita.
a. Isteri kita
b. Anak kita
c. Bapa kita
d. Ibu kita.
.
9. Duit raya bukan satu kewajipan tetapi menjadi budaya yang baik. Cuma pastikan sebelum sebok memberi wang raya kepada anak orang . Pastikan semua anak kita telah ada tabung pendidikan untuk masa depan. Utamakan anak kita dari anak orang!
kawan kawan,
.
Dengan memberi RM100 setiap kali raya kepada anak anak kita selama 18 tahun dengan kadar 8%, kita telah mengunakan RM4000 dana pendidikan anak kita. Dengan sumbangan RM200 setahun selama 18 tahun dengan kadar yang sama, kita telah belanjakan RM8017!
.
Lepas raya, bukalah tabung SSPNi buat anak anak kita. Jika setiap kali raya kita simpan duit raya RM500 dengan kadar 5% setahun. Menjelang usia 18 tahun mereka akan ada simpanan RM15,269 untuk pendidikan mereka.
Ads
Letak keutamaan kepada tempatnya baru kita menjadi mulia kawan.
.
Sumber:Azizul Azli Ahmad
Hari ini 18 Feb 2023 bersamaan 27 Rejab 1444H, adalah tarikh sambutan Israk Mikraj di mana telah berlaku satu peristiwa penting bagi umat Islam.
Pendakwah bebas, Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebooknya, mengenang peristiwa agung berkenaan. Dalam hantaran itu, dia menyingkap 7 peristiwa luar biasa yang dialami oleh Rasulullah pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 kerasulan baginda.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MAKNA ISRAK DAN MIKRAJ
Israk bermaksud perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Masjidil Aqsa), Palestin dengan menaiki tunggangan yang bernama Buraq . Mikraj pula membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh).
Firman Allah SWT: سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (١) Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Baitul Maqdis, Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’ 17: 1)
HADIAH ISTIMEWA BUAT NABI SAW DAN UMATNYA
Israk Mikraj merupakan hadiah daripada Allah SWT buat Nabi Muhammad SAW dengan menjemput baginda ke Sidratul Muntaha sekaligus mensyariatkan pensyariatan solat yang merupakan hadiah teristimewa buat baginda dan umatnya.
Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW menghadapi banyak ujian berat terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah. Baginda pernah diusir, dikeji, ditolak dan dihina dahsyat oleh penduduk di kota Thaif.
Rasulullah juga kehilangan dua insan yang sangat dicintai sehingga dinamakan tahun kesedihan iaitu Siti Khadijah, isteri kesayangan baginda dan juga bapa saudara yang banyak membantu Baginda iaitu Abu Thalib.
RASULULLAH MENJADI IMAM BUAT PARA NABI
Ketika Israk, Rasulullah SAW menjadi imam bagi para Nabi di Masjidil Aqsa seperti yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: لقَدْ رَأَيْتُنِي في الحِجْرِ وقُرَيْشٌ تَسْأَلُنِي عن مَسْرايَ، فَسَأَلَتْنِي عن أشْياءَ مِن بَيْتِ المَقْدِسِ لَمْ أُثْبِتْها، فَكُرِبْتُ كُرْبَةً ما كُرِبْتُ مِثْلَهُ قَطُّ، قالَ: فَرَفَعَهُ اللَّهُ لي أنْظُرُ إلَيْهِ، ما يَسْأَلُونِي عن شيءٍ إلَّا أنْبَأْتُهُمْ به، وقدْ رَأَيْتُنِي في جَماعَةٍ مِنَ الأنْبِياءِ، فإذا مُوسَى قائِمٌ يُصَلِّي، فإذا رَجُلٌ ضَرْبٌ، جَعْدٌ كَأنَّهُ مِن رِجالِ شَنُوءَةَ، وإذا عِيسَى ابنُ مَرْيَمَ عليه السَّلامُ قائِمٌ يُصَلِّي، أقْرَبُ النَّاسِ به شَبَهًا عُرْوَةُ بنُ مَسْعُودٍ الثَّقَفِيُّ، وإذا إبْراهِيمُ عليه السَّلامُ قائِمٌ يُصَلِّي، أشْبَهُ النَّاسِ به صاحِبُكُمْ، يَعْنِي نَفْسَهُ، فَحانَتِ الصَّلاةُ فأمَمْتُهُمْ، فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنَ الصَّلاةِ قالَ قائِلٌ: يا مُحَمَّدُ، هذا مالِكٌ صاحِبُ النَّارِ، فَسَلِّمْ عليه، فالْتَفَتُّ إلَيْهِ، فَبَدَأَنِي بالسَّلامِ
Maksudnya: “Aku melihat diriku berada di Hijir Ismail, dan seorang Quraisy bertanya kepadaku tentang perjalananku (Israk dan Mikraj). Mereka bertanya pelbagai perkara mengenai Baitul Maqdis yang aku tidak ingat. Aku merasakan kesulitan yang tidak pernah aku alami. Lalu Allah memperlihatkannya kepadaku sehingga aku dapat melihatnya. Tidaklah mereka bertanyakan sesuatu daripadaku melainkan aku menjawabnya. Aku melihat diriku berada dalam kelompok para nabi. Kelihatan Nabi Musa AS sedang mengerjakan solat, ternyata dia seorang lelaki yang tinggi dengan rambut kerinting, seperti seorang pemuda suku Syanu’ah. Dan kelihatan Nabi Isa bin Maryam AS sedang mengerjakan solat, orang yang paling menyerupainya adalah Urwah bin Masud As-Tsaqafi. Dan kelihatan Nabi Ibrahim AS sedang mengerjakan solat, orang yang paling menyerupainya adalah sahabat kamu (iaitu baginda sendiri). Apabila tiba waktu solat, aku mengimami mereka. Setelah selesai solat berkata seseorang: Wahai Muhammad! Inilah Malik, penjaga neraka, berilah salam kepadanya. Aku berpaling kepadanya dan dialah yang terlebih dahulu mengucapkan salam.” (HR Muslim, hadis sahih)
7 PERISTIWA LUAR BIASA DIPERLIHATKAN KEPADA RASULULLAH SAAT ISRAK DAN MIKRAJ
1) RASULULLAH DIPERLIHATKAN BALASAN BAGI MEREKA YANG SUKA MENGUMPAT Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ، فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ، قَالَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ، وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ Maksudnya: “Pada malam aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu berkata: Siapa mereka ini, wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah mereka.” (HR Ahmad & Abu Daud, hadis sahih)
2) MELIHAT BAHANA BAGI PENDAKWAH YANG MELUPAKAN DIRI SENDIRI Diriwayatkan daripada Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW bersabda: رَأَيْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي رِجَالًا تُقْرَضُ شِفَاهُهُمْ بِمَقَارِيضَ مِنْ نَارٍ فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَنْ هَؤُلَاءِ قَالَ هَؤُلَاءِ خُطَبَاءُ مِنْ أُمَّتِكَ يَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَيَنْسَوْنَ أَنْفُسَهُمْ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا يَعْقِلُونَ Maksudnya: “Tatkala saya diisrakkan, saya melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong dengan gunting dari api. Saya bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka itu?’ Dia menjawab, ‘Mereka adalah para khatib umatmu, mereka memerintahkan kepada orang-orang untuk berbuat kebaikan, namun mereka melupakan diri mereka sendiri padahal mereka membaca kitab. tidakkah mereka menggunakan akalnya?” (HR Ahmad, hadis sahih)
3) MENCIUM HARUMAN KELUARGA MASYITAH Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الَّتِي أُسْرِيَ بِي فِيهَا ، أَتَتْ عَلَيَّ رَائِحَةٌ طَيِّبَةٌ ، فَقُلْتُ : يَا جِبْرِيلُ ، مَا هَذِهِ الرَّائِحَةُ الطَّيِّبَةُ ؟ فَقَالَ : هَذِهِ رَائِحَةُ مَاشِطَةِ ابْنَةِ فِرْعَوْنَ وَأَوْلادِهَا ، قَالَ : قُلْتُ : وَمَا شَأْنُهَا ؟ قَالَ : بَيْنَا هِيَ تُمَشِّطُ ابْنَةَ فِرْعَوْنَ ذَاتَ يَوْمٍ ، إِذْ سَقَطَتْ الْمِدْرَى مِنْ يَدَيْهَا ، فَقَالَتْ : بِسْمِ اللَّهِ ، فَقَالَتْ لَهَا ابْنَةُ فِرْعَوْنَ : أَبِي ؟ قَالَتْ : لا ، وَلَكِنْ رَبِّي وَرَبُّ أَبِيكِ اللَّهُ Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW tercium satu bau yang amat harum. Apabila Nabi Muhammad SAW bertanya pada Jibril a.s., Jibril menjawab “itulah bauan Masyitah (tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari, ketika dia (yakin Masyitah) sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya. Ketika mengambil sikat itu ia berkata, ‘Bismillah (Dengan Nama Allah).’ Lalu anak perempuan firaun bertanya, ‘Adakah kamu menyebut nama bapaku?’ Masyitah menjawab, ‘Tidak. Tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan bapamu, iaitu Allah’. Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya (Firaun), lalu Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya.” (HR Ahmad, hadis sahih)
4) MENDENGAR TELAPAK KAKI BILAL DI SYURGA Daripada Abu Hurairah R.A berkata, telah berkata Nabi SAW kepada Bilal ketika solat Fajar: يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhu’ pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhu’ tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5) MELIHAT DAJJAL DALAM RUPA ASALNYA Diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an al Kilabi dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ، فخَفَّضَ فِيهِ ورَفَعَ، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ، [فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِي وُجُوهِنَا، فَسَأَلْنَاهُ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ الْغَدَاةَ، فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ]. فَقَالَ: “غَيْرُ الدَّجَّالِ أخْوَفُني عَلَيْكُمْ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُه دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ: إنه شاب جَعْدُ قَطَط عينه طَافِيَةٌ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ خَلَةَ بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ، فَعَاثَ يَمِينًا وَشِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ اثْبُتُوا” Maksudnya: “Bukan Dajjal yang aku khawatirkan akan memudharatkan kalian. Kerana jika Dajjal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka aku lah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang Muslim wajib membela dirinya, dan Allah lah yang menjaga setiap orang Muslim sepeninggalku. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang berusia muda, berambut kerinting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Irak, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba Allah, berpendirian teguhlah kalian.” (HR Muslim, hadis sahih)
6) MELIHAT NABI-NABI DAN UMATNYA MASING-MASING Daripada Ibn Anas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا أُسْرِيَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ يَمُرُّ بِالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَمَعَهُمْ الْقَوْمُ وَالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَمَعَهُمْ الرَّهْطُ وَالنَّبِيِّ وَالنَّبِيَّيْنِ وَلَيْسَ مَعَهُمْ أَحَدٌ حَتَّى مَرَّ بِسَوَادٍ عَظِيمٍ فَقُلْتُ مَنْ هَذَا قِيلَ مُوسَى وَقَوْمُهُ وَلَكَنِ ارْفَعْ رَأْسَكَ فَانْظُرْ قَالَ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ قَدْ سَدَّ الْأُفُقَ مِنْ ذَا الْجَانِبِ وَمِنْ ذَا الْجَانِبِ فَقِيلَ هَؤُلَاءِ أُمَّتُكَ وَسِوَى هَؤُلَاءِ مِنْ أُمَّتِكَ سَبْعُونَ أَلْفًا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW melintasi nabi-nabi a.s. dan melihat umat masing-masing. Ada nabi yang umatnya satu kaum, ada nabi yang umatnya beberapa orang sahaja dan ada nabi yang tidak berumat walau seorang pun. Kemudian Nabi melihat lautan manusia yang besar. Apabila Baginda bertanya, “siapa mereka?, dijawab kepada Baginda, “itulah Musa bersama umatnya.” Kemudian dikata kepada Nabi, “Angkatlah pandanganmu dan lihatlah di ufuk sana dan ufuk sana,” apabila Nabi melihatnya, dikatakan kepada Baginda. “itulah umatmu. Di antara mereka aka nada 70 ribu orang yang bakal memasuki syurga tanpa hisab.” (HR Tirmidzi, hadis hasan sahih)
7) DIKHABARKAN TENTANG KHASIAT BERBEKAM Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas dari Nabi SAW, baginda bersabda: خَيْرُ يَوْمٍ تَجْتَمِعُونَ فِيهِ سَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِينَ وَقَالَ وَمَا مَرَرْتُ بِمَلَإٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي إِلَّا قَالُوا عَلَيْكَ بِالْحِجَامَةِ يَا مُحَمَّدُ Maksudnya: “Sebaik-baik hari untuk kalian (berbekam) adalah hari ketujuh belas, kesembilan belas dan kedua puluh satu, baginda bersabda: “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisrakkan kecuali mereka berkata; Engkau harus berbekam wahai Muhammad. (HR Ahmad, hadis sahih)
Siapa sangka dengan jadual yang padat yang memerlukan setiap hari bercakap, pelakon dan usahawan Tya Arifin mengalami masalah pada pita suaranya.
Masalah yang dialami menyebabkan dia sukar untuk bercakap sehingga terasa sakit pada bahagian tekak sehingga sukar untuk menelan air minuman.
Tidak mahu menjadi lebih serius dia mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaaan peti suaranya.
Malah amat terkejut apabila doktor menasihatinya supaya kurangkan bercakap. Malah dia juga mendapatkan beberapa tip penjagaan bagi yang mempunyai masalah itu.
Tya kena puasa bercakap? Tadi pagi bangun tidur, dah rasa susah nak telan air, tiba tiba tenggorokan/tekak pedih. Jam 8 pagi ada morning booster so Tya kena bercakap, gagahkan juga Tya buat.
Sampai office, ada long meeting jam 10-3 petang, sambung lagi sampai jam 5 . Meeting tak kan pula Tya diam, jadi kena bercakap, walau sikit2. Balik terus ke Klinik dan dapat banyak fakta2 yang Tya nak share dari Doctor.
T : Doc sakit tekak ni karna minum ais ke? Semalam Tya minum ais Dr : Sebenarnya kalau perbedaan suhu badan, cth tengah panas outdoor, then bam! minum air ais ada es batu. So jadilah dia terkejut, boleh sebabkan sakit tekak.
( ya betul, semalam Tya macam tu huhu)
T : Doc apa pantang larang ya? Dr : elakkan makan buah, krn buah ada yg disuntik bhn kimia. Makan gorengan Sup rempah. ( sup kaya rempah2 / kari etc) makan sup kosong boleh.
T : jadi makan apa yg ok doc? Dr : elok makan susu lembu dan roti. Roti tu di rendam susu. No ice!
T : Doc betul ke kalau sakit tekak makan ice cream vanilla? Dr : sebenarnya kalau lepas buat operate tongsil, yes bagus. Tapi sakit tekak ni mcm2, mengikut badan. X semua sakit tekak kena minum ice vanilla. Yang ini jangan dulu. ( saya setuju doc hehe)
T : Ohya Doc, last q, esok saya shooting, boleh sembuh Doc? Saya shooting bercakap Doc.. Dr : Diam.
Hmmmmmmmmmm
Btw i like how the Doc explain walaupun to the point ( doakan semua semoga besok boleh bersuara)
Perkembangan terbaru, bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah dilihat semakin sihat dan comel. Terbaru, Ainul dilihat sudah pandai duduk dan mulai dibawa berjalan keluar bersama ibu dan bapanya.
Bapanya, Ahmad Safiuddin sering berkongsi kisah anak sulungnya itu di samping memuat naik gambar terbaru Ainul di instagram. Terbaru, bapanya telah membuat posting gambar Ainul yang berada di kedai milik keluarga dalam keadaan duduk di kerusi.
Ainul datang kedai tengok walid buat kerja. Suka dia dapat jalan-jalan mama bawak. .
Ainul dah besar sikit nanti boleh tolong walid dekat kedai ye. .
P/s : Gambar ainul tengah tengok pelanggan mundar mandir.
Ainul sedang ralit memerhati pelanggan yang hadir ke kedainya sambil duduk diatas kerusi. Ahmad Safiuddin juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa apabila besar nanti, Ainul bolehlah membantunya di kedai.
Bukan itu sahaja, Ainul juga sudah pandai mengangkat kepala untuk meminta didukung.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.