Andai dapat membawa seisi keluarga bersama-sama menunaikan umrah, itulah rezeki yang cukup bermakna kerana keluarga kita diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dalam satu masa yang sama. Sewajarnya, peluang yang dianugerahkan ini perlu direbut dengan sebaik mungkin.
Lalu persiapan diri bagaimana pula harus kita lakukan? Ini dikongsikan oleh Encik Hairulnizam untuk info bersama.
Persiapan Rohani Sebelum Berangkat Umrah
Dengan rendah hati, saya ingin kongsikan persediaan-persediaan rohani untuk bakal-bakal tetamu Allah yang mungkin seperti saya juga, yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari Allah dan Rasulullah SAW, beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah daripada tips-tips yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang telah menjadi tetamu di Baitullah.
insyaAllah… semoga bermanfaat.
1. Perbaiki kualiti solat & Mencintai Masjid
Mulai dengan jaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latih diri solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau.
Boleh berlatih dengan mulakan dengan berjemaah Maghrib dan Isyak dahulu (balik kerja) kemudian upgrade kepada Zohor dan Asar berjemaah (jika ada peluang) serta Subuh berjemaah (ini yang paling mencabar).
2. Biasakan solat-solat sunat & Berdoa
Mulakan berlatih perbanyakkan solat-solat sunat Qobliyah dan Baa’diyah.
Juga biasakan solat Taubat, Dhuha, solat hajat dan solat Tahajjud jika mampu. Juga biasakan diri banyak berdoa dengan yakin di antara azan dan iqamah serta selepas solat.
Ads
Apabila kita berada di Madinah dan Mekah nanti, perkara utama dan yang paling banyak untuk kita lakukan ialah berulang-alik ke masjid untuk solat 5 waktu. Di sanalah nanti peluang untuk kita merebut ganjaran pahala 1,000 kali ganda solat di Masjidil Nabawi dan 100,000 kali ganda di Masjidil Haram.
Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.
3. Belajar Bersabar dan Redha
Mulakan berlatih bersabar dan redha dengan setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita. Didik hati bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, merupakan ujian dari Allah dan Rasulullah SAW pun menyuruh kita menjadi orang yang sabar dan menahan kemarahan.
Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.
4. Belajar Jaga Tutur Kata
Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok seperti “Jauh berjalan macam ni, boleh patah kaki…!”
Setiap tutur kita adalah doa. Dan di Tanah Haram, insyaAllah… akan dimakbulkan segera apa yang kita tuturkan atau detikkan dalam hati sama ada yang baik atau yang buruk.
Ads
Apabila sudah biasa mendidik lidah kita, insyaAllah, hanya perkataaan-perkataan baik sahaja yang akan keluar dalam bicara kita di sana.
5. Belajar Berbaik Sangka
Didik hati untuk berbaik sangka dengan orang lain terutamanya dengan orang minta derma, minta sedekah atau mohon bantuan.
Di Tanah Haram nanti kita akan bertemu dengan macam-macam peminta sedekah. Bila hati sudah dididik berbaik sangka, jika kita menolak untuk tidak memberi sedekah pun, kita akan tolak dengan baik dan dengan senyuman.
6. Banyakkan Membaca Sirah Nabi dan Bersalawat
Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.
Di Masjidil Nabawi nanti, itulah peluang terbaik kita untuk berziarah makam Rasulullah SAW setiap hari selepas solat dan memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW.
Ads
Apabila hati sudah ditanam dengan kecintaan yang tinggi kepada baginda, insyaAllah…akan menitis air mata bila berziarah ke makam baginda.
7. Rendahkan hati, rasa diri banyak dosa
Kedatangan kita ke Baitullah adalah atas jemputan Allah. Kita ini hamba yang banyak berdosa. Namun, atas kasih sayang Allah, kita masih dijemputnya untuk ke sana.
Inilah peluang terbaik kita bertawaf depan Kaabah, solat taubat, solat sunat dan mohon keampunan kepada Allah, banyakkan berdoa, membersihkan diri untuk menjadi hamba-Nya dan umat nabi Muhammad yang lebih baik.
Semoga persiapan rohani kita dari awal sebelum berangkat ke Tanah Suci akan menjadikan kita benar-benar hamba-Nya yang berserah sepenuhnya kepada Allah sepanjang berada di Tanah Suci.
Tiada lain yang kita harapkan, hanyalah umrah yang mabrur serta dapat kita istiqamah dalam perkara ibadah-ibadah dan akhlak baik kita apabila kembali ke tanah air, insyaAllah…
Dan kepada sahabat-sahabat yang masih belum berpeluang ke sana, lakukanlah juga persiapan rohani seperti di atas. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, amalan dan istiqamah kita boleh menjadi asbab untuk kita dijemput ke Baitullah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya , dia boleh jemput kita dengan pelbagai cara dan jalan yang tidak disangka-sangka.
“Allah tidak memanggil orang-orang yang mampu, tapi Allah memampukan orang-orang yang terpanggil”.
Sering kali kita menghadapi masalah untuk menyimpan makanan di rumah kerana tidak bertahan lama. Apatah lagi, tidak semua orang mempunyai masa untuk ke kedai setiap hari semata-mata mahu membeli barang untuk memasak.
Jadi, kita kena tahu cara tepat untuk menyimpan makanan di rumah, supaya tahan lebih lama.
10 makanan berikut jika disimpan dengan kaedah berikut akan lebih lama, tidak basi, layu, atau rosak.
Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.
1.Bekukan Susu Selama Beberapa Minggu
Dah beli susu dengan banyak, tetapi tiba-tiba kena outstation, atau balik kampung. Jangan risau, kerana anda boleh sahaja bekukan susu untuk ia bertahan lebih lama. Tetapi, perlu menuang sedikit susu tersebut, untuk memberi ruang di dalam botol susu tersebut. Namun, tidak lebih dari 4 ke 6 minggu, jika disimpan dengan cara ini.
2. Bekukan Telur Dalam Kiub Ais
Ada masanya kita terlebih beli telur, dan tak mampu guna semuanya, atau, hanya menggunakan putih telur sahaja dalam masakan. Tetapi dengan membekukannya, di dalam ice tray, dan ditambah sedikit gula serta garam, telur ini mampu bertahan lebih lama.
3. Simpan Sos Dalam Beg Penyejukbeku
Sos atau kuah spageti yang berlebihan, rugi untuk dibuang kerana boleh digunakan untuk masakan yang lain. Masukkan sahaja dalam beg penyejukbeku dan bekukan. Apabila sudah membeku, potong secara kiub dan gunakan bila perlu
4. Balut Daun Salad Dengan Tisu
Ia akan membuatkan salad lebih segar dan rangup, sehingga seminggu lamanya. Ini kerana kelembapan yang berlebihan, akan terserap masuk ke dalam tisu.
5. Epal Bertahan Lebih Lama Dalam Peti Sejuk
Epal sememangnya mampu bertahan lebih lama, berbanding buah-buahan yang lain, dan masih mampu mengekalkan rasanya walau disimpan lama dalam peti sejuk. Namun, jika simpan epal dalam peti sejuk, jangan biarkan ia bersentuhan antara satu sama lain, cuba balutkannya dengan surat khabar, atau tisu.
6. Simpan Lobak Dalam Pasir
Sebelum gali pasir tu, pastikan bersih dari sebarang najis haiwan ya. Lobak akan kekal segar jika disimpan dalam pasir, ini kerana pasir melambatkan proses air tersejat, juga pereputan.
7. Terbalikkan Keju Dan Krim Masam
Jika menyimpan keju, atau krim masam di dalam peti sejuk, pastikan anda terbalikkannya. Ini kerana, ia akan menghalang pertumbuhan bakteria.
8. Daun Bawang Lebih Segar
Daun bawang yang ada bersama dengan akarnya, lebih baik disimpan di dalam gelas berserta dengan air. Ia akan membuatkan daun bawang lebih segar dan boleh terus tumbuh dari anda meletakkannya dalam peti sejuk.
9. Tumbuhan Hijau Dalam Balang Kaca
Balang kaca amat sesuai untuk penyimpanan tumbuhan berunsurkan herba. Bawang, bawang putih, atau daun pasli, akan bertahan selama sebulan jika disimpan dengan cara ini. Sayur-sayuran juga tidak akan layu, atau rosak.
10. Madu Dalam Balang Kaca
Bekas kaca akan menyebabkan madu bertahan lama, sehingga bertahun-tahun, jika ditutup rapat. Sebab itu jugalah, banyak penjual madu di luar sana, yang memasukkan madu di dalam botol kaca.
Sumber: www.brightside.me
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak kisahlah rumah besar ke kecil, dari bujang atau keluarga besar, peti sejuk dah jadi satu keperluan wajib dalam rumah. Mana nak simpan sayur, daging, susu anak, kek birthday, stok lauk seminggu, semua ni memerlukan peti sejuk yang tahan lasak dan bijak urus suhu secara automatik.
Dan sekarang ni, Xiaomi pula bawakan satu lagi pilihan power untuk korang yang tengah merancang untuk upgrade dapur: Mijia Refrigerator Cross Door 510L, peti sejuk smart, cantik dan serba boleh, sesuai untuk gaya hidup moden rakyat Malaysia!
Smart, Stylish & Sangat Selesa
Rekaan moden warna slate gray dia memang buat dapur nampak macam rumah dalam Pinterest. Tapi bukan rupa je yang menang, fungsi pun padu. Ruang simpanan 510 liter tu memang luas gila—nak simpan bahan basah seminggu pun no problem.
Apa yang best, peti ni ada zon khas i Fresh yang boleh laras suhu ikut jenis makanan. Dari -1°C sampai 5°C, semua boleh ditetapkan mengikut keperluan. Nak simpan ikan, sayur, kek atau lebihan makanan yang tak habis, semuanya kekal segar lebih lama. Tambah lagi dengan teknologi Ag+ Fresh, bau-bau pelik pun takde, sebab ia bunuh bakteria sampai 99.99%.
Segalanya Terkawal, Terus Dari Telefon
Korang boleh kawal suhu, tukar mode dan dapat alert terus dari aplikasi Xiaomi Home. Kalau pintu peti terbuka lebih 2 minit, terus dapat notifikasi—tak adalah tenaga elektrik membazir atau makanan rosak. Nak tambah gaya hidup smart? Peti sejuk ni pun boleh sync dengan Google Assistant; anda hanya perlu cakap je, suhu boleh ubah sendiri. Malas tekan-tekan pun takpe, cuma sebut apa yang diinginkan.
Senyap, Jimat & Sesuai Untuk Ruang Sempit
Walaupun power, bunyi dia sangat senyap. Teknologi dual inverter bukan saja jimat tenaga, tapi juga pastikan suhu stabil dan tak bising; sesuai sangat untuk apartment kecil atau rumah yang ada anak kecil.
Pintu dia pula boleh buka sampai 90°, jadi walau peti letak rapat ke dinding, nak buka drawer dalam tu tetap mudah. Kawalan suhu pun semua ada kat depan hanya perlu guna touch panelyang responsive dan user-friendly.
Harga Berbaloi, Promosi Lagi Berbaloi
Mijia Refrigerator Cross Door 510L mula dijual kat Malaysia 5 Jun jam 8 malam, harga asal RM2,899. Tapi kalau cepat, ada early-bird promo RM2,399 je! Haa, memang rugi kalau tak grab!
Yang lagi best, setiap pembelian kat Semenanjung Malaysia datang dengan penghantaran & setup percuma. Dan jangan risau pasal jaminan kerana ada tempoh 2 tahun waranti umum + 10 tahun untuk compressor.
Nak tengok sendiri? Boleh terus ke kedai-kedai rasmi Xiaomi terpilih seperti Pavilion KL, IPC, AEON Bukit Tinggi, Setia City Mall, IOI Puchong, Gurney Plaza dan banyak lagi seluruh Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di