Hidangan tomyam dengan rasanya masam-masam pedas boleh dikatakan itulah menjadikan tarikan ramai menggemari sajian ini.
Apatah lagi jika kuahnya dimasak terasa lebih kaww dengan ramuannya yang serba serbi terasa. Memang boleh buat keluarga kita makan bertambah!
Bercerita tentang rahsia mendapatkan rasa kuah tomyam yang asli, pastinya pemilihan pes tomyam yang terbaik dapat menentukan rasa sebagaimana yang diharapkan.
Oleh itu, elok kiranya kita baca perkongsian ini untuk memudahkan kita membezakannya dan akhirnya dapat tahu pes mana paling kaww dan original rasanya.
Jom semak. Ini review ikhlas. Sy bukan penjual
Tadi whatsap2 dgn jiran. Rupanya ada lg yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap.
Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat Padang Besar masa duduk Jitra dulu.
Sekali imbas korang tengok botol2 tu semua sama kan. Dan ramai bile sis cerite tiga2 botol ni lain2 jenama baru orang perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok orang review2 masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.
1. Yg tulisan thailand tu paling sedap.
Ads
Yang ni tahun lepas sis try cari kat Padang Besar memang payah jumpa. Diaorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari 1kedai ke 1kedai & ada 2botol je. Dia mahal sikit dari 2jenama botol yang lain tu.
Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak sgala isi2 tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tp kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu..
Tapi sis masak tak letak pon. Letak paste je banyak-banyak.. Baru tomyam pekat memikat!
2. Paste tomyam jenama Nang Fah.
Ads
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan thai tadi.
Cara masak pon sama. Letak semua tak yah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam..Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.
3. Paste tomyam jenama PUM.
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap dan banyak orang review masak-masak buat guna paste ni.
Ads
Maybe kat tempat diaorang ada jenama ni je kot. Yg pum ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum2 ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lg laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat Padang Besar dan harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.
Ok done.
Lepasni korang nak beli paste tomyam perati bende yg sis bulat2 kan tu ok. Selamat mencuba…
SEKIAN wasalam..
*Sis selalu beli jenama 1 & 2. Masak ni paling senang selain singgang pokman.
Selain itu, nak tahu lebih berkaitan menyediakan Tomyam boleh baca artikel ini
Sayang pula jika lebihan nasi dibuang begitu sahaja. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau kuih apam, ibu-ibu boleh jadikan ia keropok pula. Resipi ini dikongsikan oleh Widyana Ali.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni. Sedap sangat dan juga berkhasiat . Anak- anak suka makan.
Jom cuba resepi saya. Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara:
Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Selamat mencuba. ?
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ramai yang tersenyum mengingatkan kembali iklan-iklan produknya yang cukup mencuit hati dan sememangnya cara tersebut cukup berkesan apa tidaknya baik kanak-kanak mahupun orang tua semuanya mengenali tokoh usahawan tersohor ini.
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs.
“Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang cukup perit terpaksa dilalui. Jujur saya katakan, berniaga bukan seindah yang disangkakan. Sebelum ini macam-macam bisnes saya cuba namun gagal, berkali-kali kena tipu dan macam-macam lagi pengalaman pahit yang terpaksa dilalui.
“Itulah yang membuatkan saya berpegang pada prinsip tiada istilah saudara di dalam bisnes. apabila kita terbabit dalam bisnes, hati kena kering tidak boleh lembut, tidak boleh ada perasaan malu kerana itu boleh buat kita ‘bankrup’. Disiplin sangat penting dan itu yang saya terapkan dan kerja kena ‘punctual’. Saya bangun awal pagi dan sebelum ke pejabat saya akan melakukan senaman terlebih dahulu untuk memastikan badan sentiasa cergas.
Dalam hal kerja, saya cukup teliti. Dua hari sekali saya akan mengadakan mesyuarat untuk lihat apa masalah yang ada dan akan mencari jalan penyelesaian. Saya bukan sekadar bos, sebaliknya sayalah pelakon, pengarah, tukang cari idea dan macam-macam lagi. Pendek kata semua kerja saya buat. Penat memang penat tetapi inilah jalan yang saya pilih dan saya mahu pastikan nama saya dan jenama produk yang diusahakan ini terus diingati dan mampu bertahan.
“Saya sedar ada yang ketawa dan menganggap iklan yang saya hasilkan lawak dan tidak kurang yang memandang serong. Tetapi saya tidak mahu sekadar membuat iklan bodoh tetapi tidak ada sebarang impak, sebaliknya saya mahu buat sesuatu iklan yang akan diingati oleh orang lain dan dalam masa yang sama mereka akan membeli produk tersebut. Kerana itu, saya cuba sebaik mungkin dan berusaha bersungguh-sungguh sementara tengah ‘laku’ sekarang ini.
“Sesuai dengan konsep yang saya pegang iaitu perlu berlagak umpama singa, untuk berjaya kita kena lalui 100 pintu. Tetapi harus berhati-hati kerana di antara pintu tersebut ada yang boleh membuatkan kita terjatuh ke dalam gaung. Industri kosmetik tidak akan kekal lama, kerana itu saya tidak memberi tumpuan pada satu bisnes sahaja, sebaliknya mencuba pelbagai bidang supaya dapat bertahan lama dan dalam masa yang sama mengumpul aset untuk masa depan kami anak-beranak
Menyambung legasi.
Ditanya mengenai perancangan untuk anak-anaknya, baik Dato Aliff mahupun isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid memberi kebebasan penuh kepada anak-anak dalam memilih kerjaya yang mereka minati.
“Bohonglah andai kata saya tidak mengharapkan salah seorang daripada anak kami Ammar Ahyan,9, Qadejah Eh Zahra,6 dan Ibraheem Adham, 4 mengikut jejak langkah dan mewarisi bisnes daripada saya. Namun, jika mereka tidak berminat saya sebagai ayah tidak akan membantah. Sebaliknya jauh di sudut hati saya berharap mereka akan menjadi seseorang yang alim. Itu yang paling penting. Malah, saya berharap mereka akan bekerja dalam bidang profesionalisme seperti akauntan, doktor ataupun peguam.
Saling melengkapi
1 of 3
Melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile, sang suami sendiri turut mengakui hal tersebut. Jujur mengakui antara mereka sangat kontra, namun dia susah andai tiada isteri di sisi.
“Kami pasangan yang sangat kontra dalam banyak hal. Saya kuat merajuk berbanding isteri. Malah, dia boleh siap dalam masa lima minit sahaja tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam. Dalam sehari saya menukar sekurang-kurangnya tiga pakaian. Itu tabiat saya sejak dahulu lagi memandangkan saya bertemu dengan individu mahupun kumpulan yang berbeza lapisan umur dan bidang. Saya juga lebih cerewet berbanding isteri.
“Dalam berpakaian saya yang akan tentukan manakala isteri hanya mengikut. Tetapi saya bukan jenis yang suka berbelanja mewah. Mungkin kerana saya suka berfesyen manakala isteri pula lebih suka tampil simple. Dari segi jenama, cukup sekadar ada kerana saya lebih suka kumpul aset dan hartanah.
“Pun begitu, kehidupan kami anak-beranak cukup simple dan jika nampak di luar itu adalah kerana penampilan itu penting. Apatah lagi, saya sentiasa perlu berada di hadapan kamera seharusnya penampilan kena jaga dibandingkan isteri lebih suka berada di belakang tabir. Cuma ada perangai isteri yang saya membuatkan saya kecil hati. Misalnya, saya selalu membelikan hadiah padanya walaupun tidak pernah diminta. Dia pula jenis yang tidak suka menunjuk.
Tetapi untuk pendidikan anak-anak, kami berdua sepakat dan cukup tegas. Kami memilih untuk menghantar mereka ke sekolah swasta berkonsepkan Islamik. Setiap hari, jadual anak-anak penuh dengan segala aktiviti. Setiap kali musim cuti sekolah, saya akan penuhkan jadual mereka dengan aktiviti seperti kelas tambahan, kelas piano dan macam-macam lagi. Saya tidak suka mereka leka dan membuang masa dengan menonton televisen dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga, saya tidak memberikan mereka bermain gajet.
“Untuk duit poket ke sekolah, saya hanya beri RM2 sahaja setiap hari dan sediakan mereka bekalan makanan setiap hari. Walaupun saya mampu beri lebih daripada itu, saya mahu melatih anak-anak belajar erti susah dan bukan mudah untuk mencari duit.
“Walaupun masa saya bersama mereka cukup terhad, namun bab pendidikan saya tidak abaikan. Saya bukanlah seorang yang bijak dalam pelajaran. Dahulu saya selalu diejek tidak pandai gara-gara mengalami masalah Disleksia atau gangguan dalam pembelajaran seperti membaca dan menulis. Bahkan sehingga kini saya masih lagi sukar untuk mengingati sesuatu benda. Kerana itu saya tidak mahu anak-anak mengalami nasib yang sama seperti saya.
“Kebetulan anak kedua saya mewarisi masalah ini daripada saya. Hal ini disedari oleh cikgu sekolah. Justeru, saya dan isteri menghantarnya ke terapi sebulan sekali serta sekolah khas bagi memastikan dia dapat belajar seperti kanak-kanak yang lain. Alhamdulillah, dia seorang anak yang baik dan bijak cuma sukar untuk membaca.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seakan tidak dapat hendak dibayangkan bagaimana perasaannya bila kita yang telah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak, tiba-tiba dapat pula adik kecil seusia anak sendiri.
Seakan mustahil namun kisah ini memang benar-benar terjadi kepada seorang wanita ini yang turut berkongsi video di aplikasi Tiktok yang menarik perhatian wargamaya.
Bulan 4 Aku Bagi Cucu Baru Kat Abah
Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatin, ia berkongsi wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada bulan April yang lalu dan difahamkan sebelum ini anak pertamanya adalah seorang perempuan.
Bulan 6 Abah Bagi Adik Lagi
Namun bila namanya rezeki, tiada siapa dapat menolaknya. Bayangkan selang beberapa bulan abahnya pula ‘hadiahkan’ adik lelaki kepadanya dan apa yang lebih mengujakan bayi tersebut kembar.
Ini sekali gus menjadikan usia pakcik dan anak buah sebaya!
Memang boleh dikatakan 1 dalam 1000 terjadi kisah seperti ini, jarang-jarang sekali kita dapat lihat di zaman sekarang.
Video tersebut nyata mencuri tumpuan umum dan sekali gus tular di aplikasi Tiktok dengan meraih tontonan hingga melebihi 800 ribu tontonan setakat ini.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.