Merancang memiliki kediaman ada baiknya memahami dulu perkongsian daripada lelaki ini agar kita dapat membuat pilihan tepat dan bijak.
ini perkongsiannya.
Ada yang sambung cuti lagi ke harini sampai akhir tahun? Ada masa kat rumah tu boleh la belek-belek dokumen-dokumen penting macam LOA Bank untuk loan rumah ke.
Ramai sangat yang tak ambik cakna perkara ni. Ingat bila mati je rumah free. “Takpe.. insuren cover..” confident je jawab.
Lagi satu isu nak urus rumah pusaka waris perlu bayar lumpsum baki loan.
Bukan lagi bayar bulan-bulan sampai tamat tempoh loan untuk nak buat pertukaran nama kepada waris yang hidup.
Pagi ni SB share pengalaman sahabat Mohd Nuredlee yang mana SB yakin ramai yang alami situasi yang sama. (Sebab SB pun sama dulu). SB pun pernah tulis perkara ni sebelum ni.
Pengalaman Mendewasakan
MRTT/MRTA VS MLTT/MLTA
MRTT/MRTA- Mortgage Reducing Term Takaful/Assurance
MLTT/MLTA – Mortgage Level Term Takaful/Assurance
Ads
Lets talk about kekurangan MRTT
1. Coverage term loan tak sama dengan term MRTT.
Cuba tengok gambar LOA Housing loan (35tahun) dan COA MRTT (28tahun).
Kalau korang ada MRTT korang sedar tak? Let say tahun ke 29 terjadi sesuatu pada diri aku, apa akan jadi?
Waris kena selesaikan baki hutang. Tak dapat selesaikan, rumah ada kemungkinan kena lelong.
Ads
2. Coverage amount housing loan tak sama dengan amount coverage MRTT.
Even sesuatu terjadi pada diri aku, dalam tempoh MRTT, tetap tak dapat nak cover whole housing loan.
Waris kena selesaikan baki hutang. Tak dapat selesaikan, rumah kena lelong.
3. MRTT kene interest
Kenapa aku cakap kene interest. Perasan tak MRTT tu masuk dalam housing loan.
Melainkan aku boleh sediakan amount MRTT bayar lumpsum which memang takda la kan.
Dah la kena 10% deposit dan lain-lain. Nak tambah lagi MRTT? Time tu tak sedar tapi now dah sedar aku terjerat.
Ads
4. Coverage term kedua-dua loan dan MRTT tak sama.
Maksud aku, monthly installment start bila full drawdown dari bank. Which sebelum tu kita just bayar interest sahaja, tapi MRTT dah start.
Jadi katakan monthly installment start after a year, tapi MRTT dah start coverage once payment is made.
Ada banyak lagi nak list down tapi cukup la 4 yang penting ni.
Kekurangan MRTT ni boleh diatasi dengan MLTT/Life Takaful. Bukan sahaja masalah loan rumah selesai malah dapat extra RM untuk waris uruskan pertukaran nama asset. Tak membebankan waris-waris kelak.
Pengalaman aku ni, aku share pada Mya Amira supaya dia tak buat kesilapan yang sama.
Its how we lowered down the risk and manage the risk. Money management and wealth management.
Fahami fungsi instrument perancangan pusaka, hukum faraid dan undang-undang pusaka.
“Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain.”
Betullah orang kata, apabila sudah bergelar ibu segala penat lelah hilang tatkala menatap wajah si kecil, demikian juga dengan usahawan terkenal Neelofa.
Usai 4 bulan melahirkan bayi sulungnya, dia mengakui segala masalah hilang dan hatinya rasa tenang sebaik sahaja melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal.
Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka. Apa lagi ketika tempoh berpantang dan keadaan diri dimana hormon masih belum stabil.
Bagaimanapun, betul kata orang semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.
“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya.
Walaupun baru bergelar ibu, namun Neelofa tidak kekok menguruskan anaknya. Sementelah dia rajin bertanyakan tip penjagaan anak kepada rakan-rakan serta sentiasa mengikut nasihat doktor.
“Ramai kawan-kawan sudah bergelar ibu, jadi setiap kali ada masalah saya akan hubungi mereka bertanyakan tip yang sesuai.
“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” katanya.
Tiada siapa sangka mahu pun menduga, mahligai yang dibina antara pasangan suami isteri Umy dan Aby yang mana warganet umum mengetahui dan menyaksikan sendiri betapa cekalnya hati isteri berkorban menjaga suami terlantar sakit bertahun-tahun dan betapa sang suami pula cekal untuk bangkit sembuh daripada lumpuh, namun akhirnya memilih untuk berpisah sebagai pilihan terbaik untuk keduanya.
Buat kali terakhir ku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat diri mu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu.😭 Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.😭
Segalanya salah diri ku, muncul dalam hidup mu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua, Redha🥹Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala2nya, Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami.😭
Jika sebelum ini perkongsian Umy di facebook menyebabkan ramai yang berteka teki, namun hari ini (17 Okt) terjawab sudah apabila Umy melalui laman Facebooknya mengesahkan sudah pun selesai proses perpisahannya bersama suami.
Turut dikongsikan video perjalanan mereka menuju ke perkarangan Mahkamah Syariah Daerah Besut. Dapat dilihat melalui video tersebut, kedua-duanya saling merangkul tangan masing-masing ketika berjalan dalam keadaan sayu.
Apabila lafaz talak diucapkan oleh suaminya di hadapan hakim, Umy yang turut ditemani rakan serta ahli keluarganya terus melangkah ke luar dan masih sempat juga berpesan kepada bekas suaminya itu untuk menjaga diri buat kali terkahir.
Ketika berada di dalam kereta, jelas dapat dilihat Umy tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sambil menegaskan akan memulakan hidup baharu dan berharap tiada lagi sebarang gangguan daripada pihak lain seperti sebelumnya. Malah berharap agar bekas suaminya itu dapat dijaga lebih baik oleh keluarganya, lebih baik daripada dia jaga sebelum ini.
Benarlah, jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut itu semua menjadi rahsia Allah. Pun begitu, sebagai wanita yang telah diceraikan ketahui ada hak-haknya yang boleh dituntut. Ini sebagaimana yang dikongsikan di facebook Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :
‘Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya’.
( Surah at-Talak : 6 )
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.
Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak terus dilindungi.
PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH
Mengenai hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:
Nafkah Edah
Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.
Muta’ah
Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakann ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.
Tunggakan Nafkah Anak
Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.
Hak Jagaan Anak
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).
Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Nafkah Anak
Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.
Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
Hak Tempat Tinggal
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tingga semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila bercerita mengenai hubungan intim antara suami dan isteri, sebenarnya ada banyak perkara yang kita masih tidak tahu.
Hubungan intim bukan sekadar melepaskan sahaja keinginan tetapi sebaliknya ia adalah terapi untuk kedua pasangan halal ini.
Jadikan info ini sebagai ilmu untuk memantapkan lagi kerukunan hubungan suami isteri anda. Bagi pasangan yang sudah lama berumah tangga, mungkin ilmu dan fakta ini mampu membuka mata dan menambah skill serta ilmu baru.
Ini yang anda perlu tahu.
1.Di bahagian klitoris wanita terdapat 8000 hujung sarafyang merupakan jumlah terbanyak dalam tubuh manusia. Penis pada lelaki pula hanya memiliki setengah daripada jumlahnya.
2.Bagi penghidap asma, hubungan intim mampu meredakan anda sebagai ubat antihistamin untuk melawan asma dan penyakit alergi lain.
3. Lelaki akan berejakulasi sebanyak 1.5 liter sperma sepanjang hidup mereka.
4. Hubungan intim adalah cara hebat untuk melepaskan ketegangan. Otak akan melepaskan bahan kimia dopamin yang membuat kita merasa lebih relaks.
5. Pada usia 70 tahun, 73 peratus lelaki di dunia masih mampu ‘turned on’.
6.Orgasme akan terjadi lebih agresif pada suhu yang tinggi atau panas. Tekanan darah akan naik lebih cepat sehingga lelaki lebih cepat terangsang.
7. Lelaki mengalami beberapa kali orgasme asalkan orgasme pertama terjadi tanpa ejakulasi dan tidak kehilangan ereksinya.
8. Menurut penelitian University of Groningen, Belanda, sebahagian besar otak wanita akan berhenti bekerja ketika orgasme, terutama pada pusat saraf yang mengatur rasa takut.
9. Bahagian kiri testis lelaki juga biasanya tergantung lebih rendah jika dibandingkan dengan yang kanan.
10 Ketika terangsang, vagina wanita akan memanjang sekitar 4 inci atau lebih bergantung kepada daya ransangan dan tekanan yang dihadapi.
11. Aroma yang dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah ke penis adalah bau lavender, coklat, donat dan tak kurang juga bau enak daripada sebiji buah labu.
12. Ketika lelaki sedang berejakulasi, hanya 200 daripada 100 juta sperma yang dapat mendekati sel telur. Namun hanya satu sahaja yang menjadi juara.
13. Penelitian yang dilakukan oleh University of British Columbia mengatakan, 20 minit senaman setiap hari dapat meningkatkan tindak balas seksual yang lebih baik pada wanita.
14. Abraham Morgentaler, M.D., penulis buku tentang hubungan intim dan lelaki mengatakan lelaki muda tidak terlepas daripada mempunyai disfungsi ereksi yang disebabkan oleh psikologi mereka sendiri. Mungkin rasa tidak yakin berbanding lelaki sudah berusia.
15. Menurut penelitian, secara rata manusia mampu membakar lebih 200 kalori setiap kali melakukan hubungan intim selama 30 minit.
Wow!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di