Tidak dinafikan ramai yang suka melihat dua buah keluarga harmoni ini. Saban tahun mereka tetap meraikan antara satu sama lain. Begitulah dua buah keluarga ini iaitu keluarga Norman Hakim dan Keluarga Abby Abadi.
Biarpun mereka pernah berpisah dan kini masing-masing mempunyai pengganti baru, ia tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan hubungan baik.
Terbaru, Norman Hakim sekali lagi meraikan sambutan hari jadi Abby Abadi. Malah ia turut dibantu isterinya, Memey Suhaiza dan suami Abby, Faizal Zakaria.
Terharu hubungan yang amat baik
Ads
Dalam pada itu, Norman dalam posting yang lain turut meluahkan rasa syukur dengan sikap yang ditonjolkan oleh Abby dalam membesarkan anak-anak hasil daripada perkahwinan mereka dahulu.
Juga bertuah memiliki Memey Suhaiza yang turut membimbang anak-anaknya.
Ads
“Bila tiap kali tengok ukhuwah korang berdua ni dari dekat ke,dari jauh ke atau mcm tgk video ni ke..mcm nak bergenang mata tp malu la,laki takkan nak angis kot.Tak mecho la.So ku gantikan air mata yg tak jadi nak genang tu dgn rasa terima kasih & syukur pada Allah diatas ‘skrip’Nya ini.”
“Semoga ukhuwah & kasih sayang ini kekal sampai akhir hayat hingga ke Jannah tertinggi dan mohon Allah sambung lagi ‘kat sana’ nanti.”
“Love u so much Adikku sayang Yebby Yabadi.Jaga diri,hiasi peribadi. Semoga di dalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t sepanjang masa Aamiin Ya Rabb.”
Berkebun ini banyak manfaat terutama bila tanaman menjadi subur dan menghasilkan sayur dan buah-buah yang segar.
Tetapi bukan mudah untuk memastikan tanaman itu ‘menjadi’ dan subur. Ada teknik yang kena tahu.
Bagi newbie yang baru nak belajar, boleh tahu cara asas untuk memindahkan anak pokok dari tapak semaian termasuk medium tanah apa yang harus digunakan.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Medium tanah yang digunakan
Malam ni saya cuma nak bagi petua kepada beginner yg nak pindahkn anak pokok dari tapak semaian. Medium tanah apa yang hndak digunakn spy anak pokok brjaya mmbesar sbg juara. Dlm bracket tu ialah nisbahnya.
Tanah hitam atau tanah organic.(3) Tanah sawit atau tanah bakar.(1) Sekam bakar atau sekam mentah.(1) Cocopeat halus.(1) Pasir.(2 genggam) Baja tinja ayam/kambing(2 sudu). Gaul rata kesemua sekali dan biarkn selama 4-5 hari baru tanam anak pokok. Jika tak ada tanah sawit atau tanah bakar blh guna tanah hitam biasa atau tanah organik.
Kesibukan dengan urusan rumah tangga dan anak-anak membantutkan ibu-ibu dalam mengambil berat bab penjagaan diri. Apa lagi nak ke spa untuk memanjakan diri.
Sibuk macam mana pun, kena juga curi sedikit masa untk belai wajah, usah biarkan ia kusam tak bermaya, tamabh-tambah lagi jika anda penat menguruskan segalanya.
Jom kita cuba petua masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni jika mahu menyegarkan muka dan sekaligus mengembalikan rasa ceria.
Hanya dengan menggunakan bahan yang ada di dapur tak perlu anda ke spa jika tiada masa. Selain menyegarkan kulit, masker ini juga sesuai buat anda yang memiliki kulit wajah jenis berminyak.
RAHSIA HAPUSKAN KULIT BERMINYAK
Jarang orang buat camni.tapi sangat berkesan. Tak percaya cuba u buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.
Masker Untuk Kulit Berminyak
Cara membuat:
Cara nak buat masker ni senang je.
Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.
Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.
Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.
Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.
Wajah anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?
4. Bilas dengan air suam
Selepas bilas dengan air suam, wajah akan menjadi segar seketika, bebas minyak dan makin putih berseri.
Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.
Tip Kesihatan:
Oatmeal, selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.
Telur memiliki fungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.
Gunakan campuran oatmeal dan telur (putih telur) sebagai masker wajah untuk perawatan kulit berminyak.
Subhanallah! meremang rasanya bila membaca kisah yang dikongsikan oleh Heliza Helmi yang mengikuti misi kemanusiaan baru-baru ini.
Biarpun tahu nyawa ibarat dihujung tanduk, namun srikandi Islam ini yang tidak sedikit pun ada rasa gentar dalam jiwanya untuk berbuat bakti di jalan Allah.
Semoga perkongsian ini mampu membuka mata dan hati supaya kita menjadi hamba yang bersyukur serta sentiasa mendoakan supaya suadara Islam kita disana mencapai keadilan kelak.
Menurut Heliza, dia dan rombongan hampir syahid dibedil peluru ketika dalam misi kemanusiaan tersebut. Biarpun sedar keadaan di sana cukup bahaya, tapi penyanyi dan sukarelawan cekal ini tetap nekad untuk turun ke bumi bergolak bagi menghulurkan bantuan.
Dalam satu temubual bual bersempena hari wanita bersama Suria Fm, Heliza telah menceritakan detik cemas ketika melakukan aktiviti sukarelawan di bumi Palestin, apabila secara tiba-tiba mereka mendapat panggilan supaya beredar dari kawsan yang dilawati kerana satu peluru akan dilancarkan ke arah mereka.
“Ketika kami mahu salurkan bantuan kemanusiaan, kami dikhabarkan akan ada sebuah roket peluru berpandu bakal meletupkan objek yang bergerak. Dan objek bergerak itu sebenarnya adalah kami kerana ketika itu berada di dalam van.
“Masya-Allah, kami takut ketika itu dan benar niat kami mahu mati syahid tetapi apabila terperangkap dalam situasi sebegitu, mahu atau tidak kami perlu cuba selamatkan diri. Masuk sahaja ke dalam van dan pemandu van memecut laju. Dijadikan cerita dalam perjalanan tersebut, van kami diberhentikan oleh seorang pemuda.
“Katanya kami perlu keluar dari kawasan itu kerana ia tidak lagi selamat. Lokasi itu telah dihujani bom, bermandi darah dan sebagainya. Syukur kerana Allah SWT masih lanjutkan usia kami. Mungkin juga kerana niat kami mahu membantu dan semoga Allah menggunakan kami untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Ujar Heliza lagi, mereka menyorok dalam liang lahad dan terus tawakal pada Allah. Akuinya, jika sampai masa sudah ada tempat untuk disemadikan. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana jika mereka terus lari menggunakan kenderaan mudah untuk mereka menjadi sasaran peluru.
Selain itu, Heliza turut berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati.
“Setiap misi yang saya sertai memberi pengalaman yang berbeza. Salah satunya ketika menyertai misi kemanusiaan bersama NGO Aman Palestin di Syria. Ketika itu kami berada di kem Yarmouk berjumpa dengan pelarian Gaza.
“Saya sempat bertanya kepada seorang lelaki warga emas, apa yang dimakannya jika bantuan makanan tidak sampai ke sana. Jawabnya, “Apa yang kambing makan itulah yang kami makan.”
“Lebih memilukan, mereka mengambil kotak yang kami isi dengan pek makanan lalu mereka akan koyak menjadi cebisan-cebisan kecil kemudian direbus dengan air hujan lalu disuap kepada anak-anak kecil untuk mengalas perut.
‘Dan apa yang membuatkan kami (peserta misi kemanusiaan) berasa kagum dan hebat dengan sikap mereka adalah, walaupun dalam keadaan seperti itu mereka berkata, “Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami.”
Kisah sepenuhnya dikongsikan ketika temu bual bersama Heliza yang dimuat naik di dalam sebuah video.
Sempena Minggu Bunga Suria ini, Kami bawakan Heliza Helmi untuk berkongsikan tentang kisahnya pergi ke bumi Palestin bersama Issey, Fizi Ali dan juga Ain Sufia. Semoga kita semua dapat ilmu daripada pengisian Heliza Helmi. #suriafm #suriamalaysia #segalanya