Untuk kekal istiqamah bagi seseorang yang ingin berubah bukan mudah. Manusia berubah ada ketikanya sedikit demi sedikit dan ada juga yang drastik. Justeru, setiap orang perlu hormat pendirian masing-masing.
“Seorang yang berubah ke arah kebaikan ada yang jadi baik dan ada juga sebaliknya. Bukan mudah nak berubah dan istiqamah. Jadi masyarakat kena faham. Malah, istiqamah bukan setakat jahat jadi baik, Itu yang pentingnya peranan orang sekeliling.
“Ada kawan yang rapat, tak perlu jadi ustaz tapi ikhlas dalam menegur. Maksudnya tak da kepentingan, tak cemburu, selalu sampaikan kebaikan, sentiasa mengingatkan. Individu itu sendiri juga kena ambil inisiatif pergi ke majlis ilmu dan bertemu dengan ustaz untuk lebih faham.
“Masyarakat juga kena faham dan ubah persepsi bahawa yang berubah itu akan jadi ustazah. Apabila patah balik ke arah keburukan, masyarakat kena faham bukan salah dia tapi mungkin salah kita sendiri. Jadi, ada masing-masing punya salah.
“Dalam al-Quran sendiri ada menyebut bahawa istiqamah adalah benda yang paling berat sekali, malah Nabi juga pernah kata sampai beruban rambutnya kerana istiqamah. Selagi mana seseorang itu ikhlas berubah kerana Allah dan tak ada niat yang lain Tuhan akan bantu.
8 tahun berada dalam industri dan bergelar Imam Muda bukanlah satu tempoh yang singkat. Bagi Asyraf, setiap cabaran dan dugaan adalah perkara biasa.
Ads
Justeru jelasnya, kena ada kekuatan untuk berhadapan dengan masyarakat, media dan sebagainya. Namun, akui bapa kepada tiga cahaya mata ini, setiap cabaran yang hadir dapat ditangani dengan baik.
“Kalau sekadar nak seronok, glamor atau jadi ‘ustaz nakal’ bukan susah pun, tapi saya berfikiran jauh kerana apa yang saya bawa adalah bukan sekadar nama sendiri tetapi juga title ‘ustaz’ itu sendiri.
“Kalau dalam proses membantu mana-mana artis wanita misalnya, jika saya rasa lebih baik isteri yang mengambil alih, jadi saya serahkan padanya untuk selesaikan.
“Dalam masa yang sama, saya lebih suka menjaga dan rahsiakan apa yang dikongsi oleh artis berkenaan kerana ini melibatkan aib seseorang.
Belum mampu tambah cawangan
Ads
Mengulas mengenai gosip yang kononnya dia bakal berkahwin kali kedua, Imam Muda Asyraf menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia mengakui masih belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Tak dinafikan semua lelaki teringin tapi saya tiada perancangan ke arah itu. Memang saya ada terdengar khabar angin tentang hal ini, tetapi apa yang boleh saya katakan sekarang saya belum cukup mampu lagi.
“Keluarga yang sudah sedia ada pun saya rasa belum cukup mampu memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’ lain. Jadi, saya rasa cukuplah tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
Ads
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan kalau mampu,” katanya yang dilantik menjadi duta bagi produk Jus Hidayah Gold.
Imam Muda Asyraf bergambar dengan pemenang Peraduan Wefei Raya Bersama Jus Hidayah Gold. turut serta Pengasas produk, pn Sunita Bibi Ali Akhbar (tiga dari kanan)
Bukan Ustaz Selebriti
Tambah Asyraf lagi ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Seraimas dan majlis penyampaian hadiah pemenang Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold di Ruang, Shah Alam baru-baru ini, isterinya cukup memahami dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Dalam menjalani kehidupan berumah tangga yang sudah masuk 5-6 tahun, jadi dia dah faham peranan saya dalam masyarakat. Cuma bila bercakap tentang hak masyarakat, saya agak kurang ‘selesa’ digelar ‘ustaz selebriti’ kerana saya bukan artis.
“Sebab itu saya agak ‘selektif’ dan tak semua hal rumah tangga diceritakan di media massa kerana orang bukan sekadar lihat apa yang kita sampaikan tetapi juga turut fokus pada cara hidup kita.
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang puteri, Setiaku Aisyah.
Pelakon Tasha Shilla mengakui kehamilan kali ini agak berbeza kerana gemar bersolek.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya berserta gambar dirinya yang memakai gaun rona putih sedang tersenyum selepas siap ditatarias.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander.
Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah sebelum ini pernah berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini usia perkahwinan mereka sudah memasuki 18 tahun dan dia tetap setia di sisi isterinya.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit dahulu bersenang kemudian. Demikian ungkapan yang sesuai digambarkan pada usaha keras gadis ini sehingga mencipta kejayaan yang manis buat dirinya.
Gadis yang dikenali sebagai Nur Shahira Sazlin ini dinobatkan anugerah dekan apabila berjaya mendapat Anugerah PKT Excellence Award 2019. Sekaligus membawa pulang wang sebanyak RM80 ribu selepas memperoleh keputusan cemerlang keseluruhan pengajiannya.
Graduan daripada Politeknik Sultan Ahmad Shah ini telah berjaya memperoleh anugerah dekan dan sekali gus melayakkannya menerima augerah tersebut. Perkara itu telah dikongsi menerusi Twitter dan dikicau semula sebanyak 4 ribu kicauan.
Sempat kongsi tips belajar
Shahira yang juga seorang pelajar politeknik dalam jurusan pengurusan logistik dan rangkaian bekalan sempat menyertakan beberapa tips cara belajar yang diamalkan di Twitter miliknya. Perkara itu bertujuan untuk membantu rakan-rakan yang masih berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang sepertinya.
Dahlah cantik, pandai pulak tu
Menjengah keruangan komen posting yang dibuat Shahira, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaannya mendapat anugerah dekan dan juga memperoleh penghargaan berupa wang tunai sebanyak RM80 ribu.
Mereka turut tumpang bangga dengan perkongsian mengenai kecemerlangan Shahira di Politeknik Sultan Ahmad Shah.