Bertuahnya buat jemaah yang dapat menunaikan amalan rukun Islam ke lima yang merupakan ibadah impian setiap mukmin.
Dugaan ketika mengerjakan amalan ibadat pasti ada biarpun di Tanah Suci.
Namun ia sebenarnya adalah pertunjukan yang Maha Esa untuk menginsafkan kita.
Kejadian yang terjadi kepada salah seorang jemaah iaitu saudara Hafizul Hakim harus dijadikan iktibar apabila telah memasang niat untuk menggunakan selipar yang mahal dan berjenama ketika melakukan ibadah telah menginsafkannya.
Kejadian selipar jenama mahal yang putus sebelum dia melakukan Arafah telah membuatkan dirinya terkesan. Akhirnya selipar murah digunakan untuk melakukan ibadah di sana.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau. Moga kita muhasabah diri.
Dari guna selipar Skechers, berakhir dengan selipar jamban
Sebelum bertolak ke Arafah, saya guna selipar brand Skechers yang dah dipakai lebih dari setahun. Tahan lasak dan sangat selesa. Memang rasa berjalan seperti atas tilam Vono tau. Huhu.
Masa jemaah haji bercerita tentang jarak perjalanan jalan kaki yang jauh di Mina, entah macam mana tiba-tiba terdetik dalam hati,
“Oh aku pakai Skechers. Okay kot. Mesti jalan laju.”
Terlupa nak istighfar. Lintasan hati. Allahu!
Ads
Entah macam mana ditakdirkan malam sebelum bertolak ke Arafah, tali selipar Skechers tetiba putus.
Ah sudah.
Dek kerana masa terlalu singkat, aku berlari dari Hotel Majad al-Bayt pergi beli selipar jenama Crocs warna putih di Abraj, Clock Tower.
Harga SR120. Masih lagi beli sebab fikir penting untuk keselesaan.
Mahal = selesa. Kononnya.
Sampai je hotel, petugas Tabung Haji tegur selipar tu tak ‘comply’ sebab jari kaki yang kecik sekali tersorok. Mesti jelas kelihatan semua jari kaki. Pantang larang dalam berihram.
Kalau tak, kena dam. Huhu.
Akhirnya tiada pilihan lain, saya pakai selipar jamban warna hijau yang di bekal. Harga RM2.50. Bila fikir balik malam tu, seolah Allah nak tegur. Sebenarnya, yang bagi keselesaan, kebahagiaan semuanya dari Allah bukan seperti aku fikirkan.
Ads
Ajaibnya, selipar hijau murah ni tahan berjalan malah sangat selesa sejak dari Arafah, Mudzalifah, melontar di Jamratul hingga habis sai’e haji. Jumlah jarak berjalan di Mina lebih kurang 27 kilometer! Huhu!
Pagi semalam saya dan isteri minum di D’saji Restaurant, As Safwah Tower. Berkongsi meja dengan pasangan suami isteri dari Kajang, Selangor. Rupanya kami ada kisah sama, guna selipar Skechers dan ‘end up’ guna selipar jamban jugak.
Bezanya, seliparnya hilang.
Kawan-kawan,
Yang memberi mudarat, ketenangan, kepuasan, nikmat, yang menghidupkan, mematikan, memuliakan, memberi kehinaan, kesenangan semuanya adalah dari Allah.
Kita ini makhluk ciptaan, tak mampu buat apa-apa tanpa izin dari Allah. Begitulah!
Wang nafkah tidak sama dengan wang belanja yang diberikan oleh suami kepada isterinya. Sering kali kita mendengar ada suami yang tidak faham atau buat sambil lewa soal pemberian nafkah kepada isteri.
Dalam satu perkongsian, pelawak terkenal Achey dari Kumpulan Bocey berkongsi bagaiamana cara dia menyerahkan wang nafkah buat isteri tersayang, Nor Hasanah dengan cara yang cukup unik.
Pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah ini menjelaskan, jika kita menunaikan perkara wajib dengan cara yang cukup menyeronokkan, pasti kita akan lebih berasa bahagia.
Takda apa pun… just nak share
Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya..
Isteri di pinjamkan Allah untuk kita di dunia.. dia hak Allah.. maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ni.. .. Yang baik korang ikut… yang tak baik dari saya jgn ikut tau…
Kehidupan rumah tangga yang bahagia tentu jadi impian setiap keluarga, bukan? Sayangnya, kesibukkan menjadikan suami alpa dengan kemanisan berumahtangga.
Oleh itu, inspirasi untuk menjadikan hubungan itu semanis kurma, suami harus memainkan peranan. Jom kita ikuti panduan ini.
1.Berikan pelukan
Setelah seharian penuh bekerja di pejabat dan menguruskan anak-anak, berikan pelukan kepada isterimu. Entah dia bahagia, sedih, marah, atau puas, pelukan selalu hadiah luar biasa dari suaminya. Tunjukkan padanya, tanpa isyarat seksual yang terlibat bahawa kamu mencintainya dan ingin dekat. Selain itu pelukan juga mengisyaratkan bahawa kamu merindukannya dan senang bertemu kembali dengannya.
Genggam tangannya di depan umum
Beberapa wanita tidak suka pernyataan cinta di depan awam, tetapi jangkaulah dan genggamlah tangannya. Genggaman tangan yang kamu lakukan membuatnya merasakan bahawa kamu bangga dia miliki kamu dan dia akan berjalan dengan lebih tegap dan tersenyum lebih lebar.
Biarkan dia yang memilih
Baik dalam memilih filem untuk ditonton maupun kegiatan untuk dilakukan. Dia perlu tahu bahawa pendapatnya penting dalam pernikahan kalian. Bergiliran membuat pilihan-pilihan kecil menjadikan kompromi lebih mudah bahkan pada pilihan-pilihan yang lebih besar.
Jangan lupakan acara special
Kamu tidak perlu mengingat tahun pertama kali kamu makan pasta Bersama. Tapi, ingat tahun-tahun penting seperti ulang tahun kamu, ulang tahun anak-anak, ulang tahun isteri, ulang tahun pernikahan, atau apapun yang telah kalian raikan di masa lalu. Dengan teknologi akhir-akhir ini, tidak ada lagi alasan untuk melupakan hari yang istimewa.
Luangkan waktu untuk Bersama secara rutin
Di dunia yang super sibuk, sangatlah mudah untuk terjebak dalam rutin anak-anak, pekerjaan, keluarga besar, dan rutin lainnya yang sangat penat. Luangkan satu malam spesial setiap minggunya hanya untuk kalian berdua. Tidak perlu mahal ataupun mewah, tetapi berusahalah menyenangkannya, seperti ketika kamu masih seperti pasangan kekasih dulu.
Katakan “Aku sayang kamu”
Ucapkan 3 kata ini dengan bahasa kamu. Ucapan sayang yang tulus akan memberikan energi positif dan pengakuan bahawa waktu tidak akan melunturkan rasa sayang kamu kepadanya.
Membukakan pintu
Cara ini mungkin terdengar klasik, tapi membukakan pintu kereta terbukti membuat hati isteri bahagia.
Siapa sahaja tak suka berkongsi cerita tentang kejayaan anak-anak? Namun, ada ibu bapa yang terlalu ingin bersikap ‘rendah diri’ sehingga terlepas kata-kata yang negatif tanpa sedar. Lebih menyedihkan kalau anak itu mendengarnya sendiri.
Menerusi perkongsian keibubapaan dari Puan Wawa Shauqi, sebagai ibu bapa harus mengelak dari menggunakan perkataan negatif ketika memulakan perbualan dengan anak.
Dalam ingin merendah diri, penggunaan ayat perlulah betul kerana anak yang mendengarnya akan menanam kepercayaan bahawa itu adalah dirinya sekaligus, membentuk siapa dirinya di masa depan.
Ilustrasi : Nazr Syaff
JANGAN BUAT SILAP MACAM NI. “Anak saya ni pemalu sikit.” “Anak saya ni nakal!” “Anak saya ni belajar tak pandai.”
Ibu ayah. Jangan sesekali sebut perkataan begini depan anak. Walaupun hakikatnya kita kononnya nak ‘humble’ depan orang lain.
Sekali kita sebut, anak akan percaya. Dan tanam dalam-dalam sifat ni dalam diri dia. Kepercayaan tersebut, akan menjadi self image mereka. Dan ia akan membentuk tabiat anak. Dan tabiat tersebut akan membentuk siapa anak di masa akan datang.
Kalau anak dengar kita sebut dirinya ‘pemalu’, secara automatik sifat pemalu akan terbina dalam diri anak. Bayangkan kalau dia dengar kita sebut dia ‘jahat’.
Alangkah ruginya kita. Kerana kita membuka seluas-luasnya kepercayaan dalam dirinya bahawa dia memang jahat. Sedangkan kalau kita tukar sedikit ayat, kita boleh ilhamkan karektor luar biasa pada diri anak.
CARA GUNA AYAT YANG BETUL
Tukar “Anak saya pemalu.” Kepada “Anak saya awal-awal memang macam ni. Nanti dia dah ok, banyaklah cakapnya tu.” Tukar “Anak saya ni tak pandai.”
Kepada “Anak saya ni kalau bagi peluang, boleh pandai cepat ni insya Allah. Saya nampak potensi dia.” Tukar “Anak saya ni nakal.”
Kepada “Anak saya ni nampak aktif. Mungkin sebab dia excited terlebih.Tapi, bila dia buat baik, sejuk hati kami. Kalau pesan baik-baik insya Allah dia dengar.”
Kadang-kadang, anak kita ni asalnya ok je. Boleh je behave kalau dipesan. Rajin je mengemas kalau kita motivate. Mau je makan sayur kalau dipujuk. Mau je ramah kalau ada yang pandai mengajak sembang.
Tapi kerana telinga mereka mendengarkan kata-kata dari mulut kita, perkara yang baru terdetik sikit dalam diri mereka, terus mereka pahat jadi imej diri. Jadi lepas ni, walau serakah manapun perangai anak kita, elak bercerita pada orang. Lebih-lebih lagi jika anak ada bersama.
Nampak macam anak sedang leka. Tapi sebenarnya, mereka sedang pasang telinga. Sebaliknya, rajin-rajin ajak pasangan ‘mengumpat’ kebaikan anak. Pastikan anak pun sedar yang diri mereka ‘diumpat’.
“Abang tau. Tadi anak kita tolong saya kemas rumah. Rajin betul Bangga saya dengan dia.” “Sayang, hari ni adik berjaya makan sayur. Hebat kan dia!” Kata-kata yang positif tentang anak, akan membentuk imej diri anak yang baik. Begitu juga sebaliknya. Bentuk imej diri anak yang positif dengan kata-kata yang positif.